1. Definisi Budaya
cara hidup yang
meliputi semua aspek politik,ekonomi dan social.Ini termasuklah sistem-sistem
dan institusi yang telah terbina dalam masyarakat itu sebagai cara hidup
yang telah dterima dan diwarisi secara turun temurun. Ini dilakukan
melalui pemindahan nilai-nilai dan norma, adat istiadat, adat resam, kesusteraan,
bahasa, peraturan dan perundangan, pakaian, pemakanan, tingkah laku,
perwatakan, sistem kepercayaan, agama, sistem perkahwinan, sistem kekeluargaan,
susun lapis masyarakat dan sebagainya keatas generasi demi generasi. Perubahan
boleh berlaku dalam proses pemindahan itu samada pengguguran, penambah-baikan
ataupun penciptaan baru untuk kesesuaian dan kelangsungan hidup/survival
masyarakat itu. Sering kali beberapa ciri dan bentuk-bentuk akan terjelma hasil
daripada pemikiran baru akibat pertembongan masyarakat itu dengan masyarakat
luar. Dengan itu elemen tradisional akan berubah walaupun sesetengahnya masih
dikekalkan sebagai identiti masyarakat tersebut dimata dunia.
Ternyata,masyarakat yang telah tinggi budayanya akan menjadi penyaring kepada
unsur luar untuk diterima dan ditolak, sehingga yang terlekat kepadanya adalah
sesuatu yang sesuai ataupun senada dengan kehendak mereka.
Contoh terbaik ialah
masyarakat Melayu di Malaysia. Walaupun telah dikuasai oleh kuasa luar yang
membawa pelbagai perkara baru kepadanya, namun warisan yang dimilikinya menjadi
satu identiti yang boleh membezakan mereka dengan masyarakat lain.Aspek-aspek
yang telah mendarah-daging dalam kehidupan mereka dikekalkan sesuai dengan kehendak
mereka disamping menerima perubahaan luar yang disepadankan dengan sistem
kehidupan dan kepercayaannya iaitu agama Islam. Memang berlaku perubahaan yang
ketara dari semasa kesemasa disegi nilai, adat resam, intektual dan sebagainya,
namun melalui mekanisme tertentu mereka meneruskan aspek-aspek tertentu
yang telah diwarisi turun temurun seperti agama Islam, institusi raja, pakaian
dan makanan yang menjadi identiti mereka dengan masyarakat lain. Dengan itu
mereka menjadi pemilih dan katalis kepada perubahaan itu. Ini perlu
dipertahankan supaya globalisasi tidak akan menelan masyarakat Melayu sehingga
mereka hilang identitinya
2. Latarbelakang Malaysia
Malaysia terbentuk pada
16 September 1963,dengan 13 buah negeri sebagai anggotanya iaitu Perlis, Kedah,
P.Pinang, Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu,
Kelantan, Singapura, Sabah dan Sarawak. Singapura kemudian keluar pada tahun
1965. Pada 2007 pula Wilayah Persekutuan telah dibentu sebagai salah sebuah
negeri dalam Malaysia dan ia terdiri daripada K.Lumpur, Putrajaya dan
Labuan. Kesemua kawasan ini adalah bekas jajahan takluk dan naungan British,
Jepun dan Siam pada satu masa dahulu.
Akibat penjajahan dan
naungan kuasa-kuasa luar itu,impak dan kesan keatas masyarakt pribumi adalah
jelas sekali. Dasar British yang menjajah P.Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah
telah menghilangkan institusi raja dan system pentadbiran tempatan yang
berteraskan Melayu. Sistem pentadbiran barat diguna pakai secara
keseluruhannya. Bagaimanapun system pentadbiran kampong dan mukim dikekalkan
dengan Ketua Kampong dan Penghulu masih diteruskan pada hari ini. Bagi
negeri-negeri Melayu lain, sistem pentadbiran tradisional dikekalkan dengan
institusi raja tetap menjadi ketuanya. British dan Jepun hanya mengambil alih
pentadbiran yang diasaskan diatas pentadbiran barat. Sistem pentadbiran yang
selari ini dikekalkan sehingga ke hari ini. Sekali lagi dilihat, kuasa barat
dan timur yang menguasai Tanah Melayu tidak membuang institusi raja dan segala
unsur budaya pribumi yang kekal dalam pentadbiran mereka sendiri,tetapi kuasa
luar itu memberi sesuatu yang baru dalam pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan
sosial dan unsur-unsur budaya kehidupan harian yang lain, yang menjadi
amalan masyarakat Melayu hari ini.
Perkara kedua ialah
pembentukan masyarakat majmuk akibat daripada dasar pintu terbuka British
keatas negeri-negeri tersebut.Bagi negeri-negeri taklok British,dasar buka
pintu itu telah menyebabkan penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa yang
dating bekerja, berniaga dan membuat perlaburan; mereka dengan mudah diterima
sebagai rakyat British. Bagi negeri-negeri yang beraja, rakyatnya adalah Rakyat
Raja yang terbuka kepada orang Melayu dan orang Asli sahaja.Mereka yang lain
menjadi penduduk sementara dan tidak tertaklok kepada perundangan negeri,
kecuali mereka yang melakukan jenayah seperti di Johor, akan didaftarkan
sebagai rakyat raja.Ini berlaku secara terpencil sahaja. Walaupun begitu
disegi demografi telah terbentuk masyarakat pelbagai kaum/majmuk dalam negeri-negeri
tersebut.
Apabila British
memulakan proses kerajaan sendiri dan seterusnya memberi kemerdekaan kepada
negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu,yang dibentuk pada 1 Febuari 1948,
soal kerakyatan telah dijadikan landasan untuk melahirkan cita-cita tersebut.
Kerakyatan Negeri atau State Nationality 1951 telah diperkenalkan dengan memberi
kerakyatan kepada mereka yang lahir di negeri-negeri Melayu dari ibu atau bapa
yang telah menjadi warganegara Persekutuan anak Melayu. Kerakyatan secara
Permohonan juga diperluaskan. Kesemua ini berlaku dengan persetujuan Raja-raja
Melayu yang membuka negeri masing-masing kepada kerakyatan pelbagai bangsa. Sebagai
balasan,orang Melayu mendapat satu badan yang membantu peningkatan
pendidikan,ekonomi dan pembangunan orang Melayu dan luar Bandar. Lembaga
Pembangunan Perusahaan Luar Bandar atau Rural Industrial Development Authority
(RIDA) ditubuhkan sebagai agensi menjaga hal ehwal tersebut. Dengan pembukaan
kerakyatan negeri dan Persekutuan itu, rakyat Persekutuan Tanah Melayu menjadi
majmuk. Inilah asas kepada kepelbagaian budaya masyarakat/bangsa Malaysia.
British pula
mengamalkan dasar Pecah –Perintah melalui dasar mengasingkan penduduk mengikut
lokasi penempatan dan juga pekerjaan.British tidak mempunyai satu dasar jelas
menggabungkan penduduk Malaysia.Sebagai penjajah British selesa dengan
perpecahan itu. Orang Melayu terus tinggal diluarbandar dengan pertanian
sebagai pekerjaannya dan terasing daripada pembaharuan yang dibuat oleh British
dalam semua aspek. Bagi orang Cina yang datang sebagai buruh dan pekerja
lombong, mereka tinggal terasing dikawasan baru disekitar kawasan
perlombongannya. Bagi mereka yang membuka perniagaan dan perlaburan,mereka
tinggal dibandar-bandar baru bersama-sama dengan pentadbiran British. Bandar-bandar
diraja ditinggalkan untuk Raja-raja Melayu dan rakyat Melayu.Orang-orang India
juga datang dalam beberapa kelompok dengan pekerjaan yang tertentu. Bagi orang
India Selatan mereka datang sebagai pekerja-pekerja ladang getah dan membuat
petempatan disitu. Bagi golongan Sikh pula mereka menjadi anggota polis dan
perkhidmatan awam lain. Manakala golongan pedagangnya muncul dan membuat
penempatan dibandar-bandar.
Dengan itu pembahagian
pekerjaan yang dibuat oleh British dengan secara langsung telah melahirkan
dasar pecah dan perintah ini,yang pula berkait rapat dengan pengasingan
petempatan oleh penduduk Malaysia.British juga membuka Bandar-bandar baru yang
juga menjadi pemisah jurang petempatan dan pendapatan penduduk.Sistem
pendidikan juga dibuat secara sistemetik oleh British untuk memisahkan orang
Melayu dengan pendidikan Inggeris yang banyak dibena dibandar-bandar besar,
sedangkan dikampong-kampong tempat tinggal orang Melayu dibina sekolah-sekolah
atap yang diwajibkan keatas orang-orang Melayu. Bagi orang Cina pula, sistem
pendidikan mereka berjalan mengikut kehendak mereka tanpa ada camportangan
daripada British. Bagi orang India pula,pendidikan mereka diusahakan oleh
majikan estet, yang selalunya mengabaikan perlaksanaannya. Dengan itu tahap pencapaian
sosial dan ekonomi antara bangsa-bangsa yang tinggal di Malaysia. Akibat
daripada pengasingan petempatan dan pekerjaan ini, maka kepelbagaian budaya
yang terasing diantara satu sama lain wujud dalam Malaysia. Orang Melayu dengan
budayanya, Cina dengan budaya tersendiri dan India serta pecahannya dengan
budaya hidup masing-masing. Etnik-etnik-etnik dan kaum-kaum lain juga hidup
dengan budaya masing-masing. Tidak ada penyatuan budaya yang jelas sehingga
masing-masing dapat mengekalkan budaya mereka dengan ketara sekali. Pengasingan
ini mempengaruhi semua tindakan masyarakat dalam semua kehidupan mereka seperti
politik, ekonomi dan sosial.
3. Malaysia Selepas Merdeka
Dengan kemerdekaan
usaha-usaha penyatuan rakyat mula dilakukan. Antaranya: Sistem pentadbiran
berpusat melalui sistem Persekutuan dan Negeri, yang meletakkan rakyat dibawah
satu sistem pentadbiran yang sama.
Sistem Pendidikan
Kebangsaan yang berteraskan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar; bagaimanapun sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil
diberi tempoh peralihan tetapi kemudian diterima sebagai sekolah tanggongan
kerajaan. Perpaduan susah nak dicapai dengan sistem pendidikan yang berbeza
ini, walaupun silibus cuba disatukan.
Kementerian Perpaduan
Negara telah diwujudkan pada tahun 1970 selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei
1969 yang menggugat perpaduan Negara. Dengan Kementerian ini pelbagai usaha
dilakukan bagi menyatu padu rakyat Malaysia.Agenda melahirkan perpaduan dan
kerjasama dikalangan rakyat Malaysia telah dilakukan.Mata pelajaran sivik telah
diperkenalkan dan konsep kerjasama kejiranan juga dilaksanakan seperti Rukun
Tetangga,Kelas Perpaduan/Tabika juga dilaksanakan.
Konsep Kebudayaan
Kebangsaan juga telah dilaksanakan bagi pentadbiran dan rakyat.Kebudayaan
Kebangsaan yang berteraskan budaya Melayu hanya dapat diserapkan dalam kegiatan
resmi tetapi kebudayaan rakyat hari ini berbalik kepada budaya setiap kaum. Adat
resam, tarian, pemakanan, pakaian, sistem kepercayaan dan agama mengikut
kehendak setiap kaum atau etnik, walaupun agama Islam adalah agama Persekutuan.
Dasar Ekonomi
Baru(DEB)dilihat sebagai satu cara menyusun semula masyarakat yang tidak
seimbang pendapatan dan tahap kehidupannya. Dalam hal ini masyarakat yang
berada dalam tahap kemunduran yang tinggi telah dibantu,terutama masyarakat
Melayu luar Bandar. Namun,ini dilihat sebagai suatu yang bersifat pro-Melayu. Bagaimanapun,
konsep keadilan
social yang telah dilaksanakan itu
diteruskan sehingga kehari ini. Disamping iitu pelaboran asing juga dijadikan
satu dasar Negara untuk menentukan perkembangan ekonomi terus berlaku dengan
baik;pencapaian pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah diantara yang terbaik didunia.
1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan;
adalah satu konsep yang cuba melahirkan semangat perpaduan dikalangan
masyarakat dengan berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara. Didalam konsep ini
kepeibagaian budaya masyarakat sangat disedari oleh kerajaan; apa yang
dikehendaki ialah masayarakat Malaysia mengamalkan 8 nilai penting dalam
konsep 1Malaysia. Antaranya yang penting ialah konsep Penerimaan kepelbagaian yang terdapat dalam
maayarakat Malaysia. Ini bermakna, perbezaan budaya yang terdapat dalam
masyarakat Malaysia sejak turun temurun itu bukanlah suatu yang baru,tetapi
telah berlaku sejak dahulu dan telah diterima kepelbagaian itu sebagai satu
cirri masyarakat Malaysia.
Sejauhmana Kepelbagaian
Budaya itu dapat melahirkan Perpaduan Bangsa Malaysia.
Konsep Bangsa Malaysia
adalah suatu yang abstrak yang hanya boleh dilihat dari segi semangat
kenegaraan Malaysia.Ia kadang-kadang disamakan dengan kewarganegaraan itu
sendiri yang merujuk kepada warganegara Malaysia.Jika dilihat dalam
konsep satu bahasa,satu bangsa dan satu Negara secara longgar,bangsa Malaysia
telah ada bentuknya dan sifatnya.Ini kerana sebagai sebuah Negara moden, Malaysia
terbentuk hasil daripada insiden-insiden sejarah yang terbentuk dengan
sengaja dan tidak sengaja hasil daripada tindakbalas masyarakat dengan
keperluan dan tuntutan semasa itu. Dengan itu segala hal yang telah berlaku
dalam sejarah Malaysia telah menjadi factor pengikat kepada kewujudan bangsa
Malaysia yang ada pada hari ini. Bangsa Malaysia juga dilihat wujud secara
longgar kerana semua rakyatnya berkongsi satu Negara,walaupun mempunyai budaya
yang berbeza. Mereka disatukan atau dikaitkan sebagai satu bangsa melalui
sistem pentadbiran, perundangan, peraturan dan kepimpinan yang sama. Semua
rakyat Malaysia tertaklok kepada perintah Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua
Negara Malaysia.
Untuk mencari satu
makna perpaduan yang sempurna tentunya tidak terdapat dalam Malaysia kerana
kepalbagaian bangsa,kaum ataupun etnik yang membentuk bansa Malaysia.Apa yang
berlaku dalam Malaysia ialah satu perpaduan yang longgar yang diikat oleh
sistem kenegaraan Malaysia itu sendiri. Mereka juga terikat dengan sejarah yang
sama dan taat setia yang sama sebagai warga Negara Malaysia.
Namun, diperingkat
kehidupan peribadi mereka bersifat asing diantara satu kaum dengan kaum yang
lain.Ini sangat jelas selepas penolakan dasar kebudayaan kebangsaan yang
berteraskan budaya Melayu. Pengenalan 1Malaysia juga memperdalamkan lagi
keinginan rakyat Malaysia untuk menunjukkan perbezaan kebudayaan diantara
mereka.Setiap masyarakat kini ingin mempamirkan tarian tradisional mereka
disamping pakaian, makanan dan nilai-nilai dan sistem kepercayaan
masing-masing.Malah sikap ekstremism mula dipamirkan dengan sengaja bagi
menunjukkan kehebatan mereka. Sifat hormat menghormati terhadap perbezaan
budaya itu tidak lagi terpamer dengan baik sepeti dahulu. Kepala khinzir
digantung disurau dan dibaling dimasjid atau dicat dengan kata-kata yang kurang
sopan dan mencabar kesabaran orang Islam.
Perpaduan hari ini
menjadi sangat tercabar kerana perebutan kuasa politik dan pengaruh peribadi. Selepas
Pilihanraya 12 pada 2008, perpaduan kaum menjadi bahan taruhan ahli-ahli
politik untuk mendapat sokongan kaum-kaum tertentu ataupun para penyokongnya. Untuk
mengukuhkan kedudukan mereka, kaum-kaum tertentu juga menjadikan politik
sebagai satu pendekatan yang berkesan ,walaupun tuntutannya itu bersifat
perkauman. Bagi parti-parti yang cuba membuat kerjasama dalam satu pakatan, namun
kecondongan untuk menegakkan kaum sendiri dalam kuasa politik tetap
jelas.Misalnya DAP tetap menaikkan kaum Cina dalam kepimpinannya,walaupun
terpaksa mengubah angka pengundian walaupun itu adalah satu tindakan yang
sangat memalukan dan tidak berintegriti.
Bagi Perdana Menteri
Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, perbezaan dan kepelbagaian budaya
rakyat Malaysia adalah satu eset dan keunikan Malaysia sebagai Negara yang
mempunyai rakyat pelbagai kaum. Ia menjadi satu kekaguman masyarakat
antarabangsa yang sentiasa memuji kehebatan Malaysia kerana dapat meyakinkan
rakyat untuk bersatu padu. Peristiwa 13 Mei 1969 tidak mahu diulang semula. Namun,cara
pendekatan ekstremise mula dilakukan atas nama hak asasi manusia yang mencabar
peundangan dan penguatkuasaannya. Setelah 55 tahun merdeka, rakyat Malaysia
sepatutnya telah bersatu dengan baik; tetapi permainan politik yang tidak
ikhlas dan mementingkan kuasa semata-mata tidak akan menjamin kestabilan dan
perpaduan rakyat. Sikap bermain politik yang melampau kadang-kadang tidak dapat
membezakan kepentingan kedaulatan dan keselamatan Negara serta perpaduan rakyat
sebagai satu kepentingan nasional dan bukannya politik semata-mata.