Sunday 19 October 2014

Kepelbagaian Budaya Sebagai Alat Perpaduan Bangsa Malaysia

1.      Definisi Budaya
cara hidup yang meliputi semua aspek politik,ekonomi dan social.Ini termasuklah sistem-sistem dan institusi yang telah terbina dalam masyarakat itu sebagai  cara hidup yang telah dterima dan diwarisi secara turun temurun. Ini dilakukan  melalui pemindahan nilai-nilai dan norma, adat istiadat, adat resam, kesusteraan, bahasa, peraturan dan perundangan, pakaian, pemakanan, tingkah laku, perwatakan, sistem kepercayaan, agama, sistem perkahwinan, sistem kekeluargaan, susun lapis masyarakat dan sebagainya keatas generasi demi generasi. Perubahan boleh berlaku dalam proses pemindahan itu samada pengguguran, penambah-baikan ataupun penciptaan baru untuk kesesuaian dan kelangsungan hidup/survival masyarakat itu. Sering kali beberapa ciri dan bentuk-bentuk akan terjelma hasil daripada pemikiran baru akibat pertembongan masyarakat itu dengan masyarakat luar. Dengan itu elemen tradisional akan berubah walaupun sesetengahnya masih dikekalkan sebagai identiti masyarakat tersebut dimata dunia. Ternyata,masyarakat yang telah tinggi budayanya akan menjadi penyaring kepada unsur luar untuk diterima dan ditolak, sehingga yang terlekat kepadanya adalah sesuatu yang sesuai ataupun senada dengan kehendak mereka.

Contoh terbaik ialah masyarakat Melayu di Malaysia. Walaupun telah dikuasai oleh kuasa luar yang membawa pelbagai perkara baru kepadanya, namun warisan yang dimilikinya menjadi satu identiti yang boleh membezakan mereka dengan masyarakat lain.Aspek-aspek yang telah mendarah-daging dalam kehidupan mereka dikekalkan sesuai dengan kehendak mereka disamping menerima perubahaan luar yang disepadankan dengan sistem kehidupan dan kepercayaannya iaitu agama Islam. Memang berlaku perubahaan yang ketara dari semasa kesemasa disegi nilai, adat resam, intektual dan sebagainya, namun melalui mekanisme tertentu mereka meneruskan aspek-aspek tertentu  yang telah diwarisi turun temurun seperti agama Islam, institusi raja, pakaian dan makanan yang menjadi identiti mereka dengan masyarakat lain. Dengan itu mereka menjadi pemilih dan katalis kepada perubahaan itu. Ini perlu dipertahankan supaya globalisasi tidak akan menelan masyarakat Melayu sehingga mereka hilang identitinya


2.      Latarbelakang Malaysia
Malaysia terbentuk pada 16 September 1963,dengan 13 buah negeri sebagai anggotanya iaitu Perlis, Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Singapura, Sabah dan Sarawak. Singapura kemudian keluar pada tahun 1965. Pada 2007 pula Wilayah Persekutuan telah dibentu sebagai salah sebuah negeri  dalam Malaysia dan ia terdiri daripada K.Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Kesemua kawasan ini adalah bekas jajahan takluk dan naungan British, Jepun dan Siam pada satu masa dahulu.

Akibat penjajahan dan naungan kuasa-kuasa luar itu,impak dan kesan keatas masyarakt pribumi adalah jelas sekali. Dasar British yang menjajah P.Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah telah menghilangkan institusi raja dan system pentadbiran tempatan yang berteraskan Melayu. Sistem pentadbiran barat diguna pakai secara keseluruhannya. Bagaimanapun system pentadbiran kampong dan mukim dikekalkan dengan Ketua Kampong dan Penghulu masih diteruskan pada hari ini. Bagi negeri-negeri Melayu lain, sistem pentadbiran tradisional dikekalkan dengan institusi raja tetap menjadi ketuanya. British dan Jepun hanya mengambil alih pentadbiran yang diasaskan diatas pentadbiran barat. Sistem pentadbiran yang selari ini dikekalkan sehingga ke hari ini. Sekali lagi dilihat, kuasa barat dan timur yang menguasai Tanah Melayu tidak membuang institusi raja dan segala unsur budaya pribumi yang kekal dalam pentadbiran mereka sendiri,tetapi kuasa luar itu memberi sesuatu yang baru dalam pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan sosial dan unsur-unsur budaya kehidupan harian yang lain, yang menjadi  amalan masyarakat Melayu hari ini.

Perkara kedua ialah pembentukan masyarakat majmuk akibat daripada dasar pintu terbuka British keatas negeri-negeri tersebut.Bagi negeri-negeri taklok British,dasar buka pintu itu telah menyebabkan penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa yang dating bekerja, berniaga dan membuat perlaburan; mereka dengan mudah diterima sebagai rakyat British. Bagi negeri-negeri yang beraja, rakyatnya adalah Rakyat Raja yang terbuka kepada orang Melayu dan orang Asli sahaja.Mereka yang lain menjadi penduduk sementara dan tidak tertaklok kepada perundangan negeri, kecuali mereka yang melakukan jenayah seperti di Johor, akan didaftarkan sebagai rakyat raja.Ini berlaku  secara terpencil sahaja. Walaupun begitu disegi demografi telah terbentuk masyarakat pelbagai kaum/majmuk dalam negeri-negeri tersebut.

Apabila British memulakan proses kerajaan sendiri dan seterusnya memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu,yang dibentuk pada 1 Febuari 1948, soal kerakyatan telah dijadikan landasan untuk melahirkan cita-cita tersebut. Kerakyatan Negeri atau State Nationality 1951 telah diperkenalkan dengan memberi kerakyatan kepada mereka yang lahir di negeri-negeri Melayu dari ibu atau bapa yang telah menjadi warganegara Persekutuan anak Melayu. Kerakyatan secara Permohonan juga diperluaskan. Kesemua ini berlaku dengan persetujuan Raja-raja Melayu yang membuka negeri masing-masing kepada kerakyatan pelbagai bangsa. Sebagai balasan,orang Melayu mendapat satu badan yang membantu peningkatan pendidikan,ekonomi dan pembangunan orang Melayu dan luar Bandar. Lembaga Pembangunan Perusahaan Luar Bandar atau Rural Industrial Development Authority (RIDA) ditubuhkan sebagai agensi menjaga hal ehwal tersebut. Dengan pembukaan kerakyatan negeri dan Persekutuan itu, rakyat Persekutuan Tanah Melayu menjadi majmuk. Inilah asas kepada kepelbagaian budaya masyarakat/bangsa Malaysia.

British pula mengamalkan dasar Pecah –Perintah melalui dasar mengasingkan penduduk mengikut lokasi penempatan dan juga pekerjaan.British tidak mempunyai satu dasar jelas menggabungkan penduduk Malaysia.Sebagai penjajah British selesa dengan perpecahan itu. Orang Melayu terus tinggal diluarbandar dengan pertanian sebagai pekerjaannya dan terasing daripada pembaharuan yang dibuat oleh British dalam semua aspek. Bagi orang Cina yang datang sebagai buruh dan pekerja lombong, mereka tinggal terasing dikawasan baru disekitar kawasan perlombongannya. Bagi mereka yang membuka perniagaan dan perlaburan,mereka tinggal dibandar-bandar baru bersama-sama dengan pentadbiran British. Bandar-bandar diraja ditinggalkan untuk Raja-raja Melayu dan rakyat Melayu.Orang-orang India juga datang dalam beberapa kelompok dengan pekerjaan yang tertentu. Bagi orang India Selatan mereka datang sebagai pekerja-pekerja ladang getah dan membuat petempatan disitu. Bagi golongan Sikh pula mereka menjadi anggota polis dan perkhidmatan awam lain. Manakala golongan pedagangnya muncul dan membuat penempatan dibandar-bandar.

Dengan itu pembahagian pekerjaan yang dibuat oleh British dengan secara langsung telah melahirkan dasar pecah dan perintah ini,yang pula berkait rapat dengan pengasingan petempatan oleh penduduk Malaysia.British juga membuka Bandar-bandar baru yang juga menjadi pemisah jurang petempatan dan pendapatan penduduk.Sistem pendidikan juga dibuat secara sistemetik oleh British untuk memisahkan orang Melayu dengan pendidikan Inggeris yang banyak dibena dibandar-bandar besar, sedangkan dikampong-kampong tempat tinggal orang Melayu dibina sekolah-sekolah atap yang diwajibkan keatas orang-orang Melayu. Bagi orang Cina pula, sistem pendidikan mereka berjalan mengikut kehendak mereka tanpa ada camportangan daripada British. Bagi orang India pula,pendidikan mereka diusahakan oleh majikan estet, yang selalunya mengabaikan perlaksanaannya. Dengan itu tahap pencapaian sosial dan ekonomi antara bangsa-bangsa yang tinggal di Malaysia. Akibat daripada pengasingan petempatan dan pekerjaan ini, maka kepelbagaian budaya yang terasing diantara satu sama lain wujud dalam Malaysia. Orang Melayu dengan budayanya, Cina dengan budaya tersendiri dan India serta pecahannya dengan budaya hidup masing-masing. Etnik-etnik-etnik dan kaum-kaum lain juga hidup dengan budaya masing-masing. Tidak ada penyatuan budaya yang jelas sehingga masing-masing dapat mengekalkan budaya mereka dengan ketara sekali. Pengasingan ini mempengaruhi semua tindakan masyarakat dalam semua kehidupan mereka seperti politik, ekonomi dan sosial.


3.      Malaysia Selepas Merdeka
Dengan kemerdekaan usaha-usaha penyatuan rakyat mula dilakukan. Antaranya: Sistem pentadbiran berpusat melalui sistem Persekutuan dan Negeri, yang meletakkan rakyat dibawah satu sistem pentadbiran yang sama. 

Sistem Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar; bagaimanapun sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil diberi tempoh peralihan tetapi kemudian diterima sebagai sekolah tanggongan kerajaan. Perpaduan susah nak dicapai dengan sistem pendidikan yang berbeza ini, walaupun silibus cuba disatukan.

Kementerian Perpaduan Negara telah diwujudkan pada tahun 1970 selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 yang menggugat perpaduan Negara. Dengan Kementerian ini pelbagai usaha dilakukan bagi menyatu padu rakyat Malaysia.Agenda melahirkan perpaduan dan kerjasama dikalangan rakyat Malaysia telah dilakukan.Mata pelajaran sivik telah diperkenalkan dan konsep kerjasama kejiranan juga dilaksanakan seperti Rukun Tetangga,Kelas Perpaduan/Tabika juga dilaksanakan.

Konsep Kebudayaan Kebangsaan juga telah dilaksanakan bagi pentadbiran dan rakyat.Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan budaya Melayu hanya dapat diserapkan dalam kegiatan resmi tetapi kebudayaan rakyat hari ini berbalik kepada budaya setiap kaum. Adat resam, tarian, pemakanan, pakaian, sistem kepercayaan dan agama mengikut kehendak setiap kaum atau etnik, walaupun agama Islam adalah agama Persekutuan.

Dasar Ekonomi Baru(DEB)dilihat sebagai satu cara menyusun semula masyarakat yang tidak seimbang pendapatan dan tahap kehidupannya. Dalam hal ini masyarakat yang berada dalam tahap kemunduran yang tinggi telah dibantu,terutama masyarakat Melayu luar Bandar. Namun,ini dilihat sebagai suatu yang bersifat pro-Melayu. Bagaimanapun, konsep keadilan social yang telah dilaksanakan itu diteruskan sehingga kehari ini. Disamping iitu pelaboran asing juga dijadikan satu dasar Negara untuk menentukan perkembangan ekonomi terus berlaku dengan baik;pencapaian pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah diantara yang terbaik didunia.

1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan; adalah satu konsep yang cuba melahirkan semangat perpaduan dikalangan masyarakat dengan berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara. Didalam konsep ini kepeibagaian budaya masyarakat sangat disedari oleh kerajaan; apa yang dikehendaki ialah masayarakat Malaysia mengamalkan 8 nilai penting  dalam konsep 1Malaysia. Antaranya yang penting ialah konsep Penerimaan kepelbagaian yang terdapat dalam maayarakat Malaysia. Ini bermakna, perbezaan budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sejak turun temurun itu bukanlah suatu yang baru,tetapi telah berlaku sejak dahulu dan telah diterima kepelbagaian itu sebagai satu cirri masyarakat Malaysia.


Sejauhmana Kepelbagaian Budaya itu dapat melahirkan Perpaduan Bangsa Malaysia.    

Konsep Bangsa Malaysia adalah suatu yang abstrak yang hanya boleh dilihat dari segi semangat kenegaraan Malaysia.Ia kadang-kadang disamakan dengan kewarganegaraan itu  sendiri yang merujuk kepada warganegara Malaysia.Jika dilihat dalam konsep satu bahasa,satu bangsa dan satu Negara secara longgar,bangsa Malaysia telah ada bentuknya dan sifatnya.Ini kerana sebagai sebuah Negara moden, Malaysia terbentuk hasil daripada insiden-insiden sejarah  yang terbentuk dengan sengaja dan tidak sengaja hasil daripada tindakbalas masyarakat dengan keperluan dan tuntutan semasa itu. Dengan itu segala hal yang telah berlaku dalam sejarah Malaysia telah menjadi factor pengikat kepada kewujudan bangsa Malaysia yang ada pada hari ini. Bangsa Malaysia juga dilihat wujud secara longgar kerana semua rakyatnya berkongsi satu Negara,walaupun mempunyai budaya yang berbeza. Mereka disatukan atau dikaitkan sebagai satu bangsa melalui sistem pentadbiran, perundangan, peraturan dan kepimpinan yang sama. Semua rakyat Malaysia tertaklok kepada perintah Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia.

Untuk mencari satu makna perpaduan yang sempurna tentunya tidak terdapat dalam Malaysia kerana kepalbagaian bangsa,kaum ataupun etnik yang membentuk bansa Malaysia.Apa yang berlaku dalam Malaysia ialah satu perpaduan yang longgar yang diikat oleh sistem kenegaraan Malaysia itu sendiri. Mereka juga terikat dengan sejarah yang sama dan taat setia yang sama sebagai warga Negara Malaysia.

Namun, diperingkat kehidupan peribadi mereka bersifat asing diantara satu kaum dengan kaum yang lain.Ini sangat jelas selepas penolakan dasar kebudayaan kebangsaan yang berteraskan budaya Melayu. Pengenalan  1Malaysia juga memperdalamkan lagi keinginan rakyat Malaysia untuk menunjukkan perbezaan kebudayaan diantara mereka.Setiap masyarakat kini ingin mempamirkan tarian tradisional mereka disamping pakaian, makanan dan nilai-nilai  dan sistem kepercayaan masing-masing.Malah sikap ekstremism mula dipamirkan dengan sengaja bagi menunjukkan kehebatan mereka. Sifat hormat menghormati terhadap perbezaan budaya itu tidak lagi terpamer dengan baik sepeti dahulu. Kepala khinzir digantung disurau dan dibaling dimasjid atau dicat dengan kata-kata yang kurang sopan dan mencabar kesabaran orang Islam.

Perpaduan hari ini menjadi sangat tercabar kerana perebutan kuasa politik dan pengaruh peribadi. Selepas Pilihanraya 12 pada 2008, perpaduan kaum menjadi bahan taruhan ahli-ahli politik untuk mendapat sokongan kaum-kaum tertentu ataupun para penyokongnya. Untuk mengukuhkan kedudukan mereka, kaum-kaum tertentu juga menjadikan politik sebagai satu pendekatan yang berkesan ,walaupun tuntutannya itu bersifat perkauman. Bagi parti-parti yang cuba membuat kerjasama dalam satu pakatan, namun kecondongan untuk menegakkan kaum sendiri dalam kuasa politik tetap jelas.Misalnya DAP tetap menaikkan kaum Cina dalam kepimpinannya,walaupun terpaksa mengubah angka pengundian walaupun itu adalah satu tindakan yang sangat memalukan dan tidak berintegriti.

Bagi Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, perbezaan dan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia adalah satu eset dan keunikan Malaysia sebagai Negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum. Ia menjadi satu kekaguman masyarakat antarabangsa yang sentiasa memuji kehebatan Malaysia kerana dapat meyakinkan rakyat untuk bersatu padu. Peristiwa 13 Mei 1969 tidak mahu diulang semula. Namun,cara pendekatan ekstremise mula dilakukan atas nama hak asasi manusia yang mencabar peundangan dan penguatkuasaannya. Setelah 55 tahun merdeka, rakyat Malaysia sepatutnya telah bersatu dengan baik; tetapi permainan politik yang tidak ikhlas dan mementingkan kuasa semata-mata tidak akan menjamin kestabilan dan perpaduan rakyat. Sikap bermain politik yang melampau kadang-kadang tidak dapat membezakan kepentingan kedaulatan dan keselamatan Negara serta perpaduan rakyat sebagai satu kepentingan nasional dan bukannya politik semata-mata.    


No comments:

Post a Comment