Thursday 2 October 2014

Institusi Raja dalam Perlembagaan Malaysia

Pendahuluan:


Institusi Raja adalah satu institusi lama yang telah bermula sejak kurun 1 dengan kerajaan yang dikenal sebagai Funan.Di Kepulauan Melayu pula kemunculan Sri Wijaya pada kurun 7 ,telah memberi legasi kepada kerajaan-kerajaan awal seperti Kesultanan Melayu Melaka.Lebih awal daripada itu juga telah terdapat kerajaan lebih awal seperti Gangga Negara, Kedah,Bruas di Semenanjung Emas ini(Tanah Melayu).Malah diseluruh Kepulauan Melayu telah terbit beratus buah kerajaan Melayu yang meletakkan Raja sebagai pemerintahnya.Institusi Raja terus berkembang sebagai institusi pemerintah negeri dan empayer sehinggalah kedatangan barat kedaerah ini yang dikenal sebagai Alam Melayu.Kedatangan Portugis di Melaka telah memusnahkan insitusi itu,sehingga kerajaan Melaka kini tidak mempunyai Raja sebagai pemerintahnya. Bagaimanapun kekuatan institusi raja sebagai pemerintah dan katalis budaya Melayu terus subur dengan pembebasan negeri-negeri naungan Melaka sebagai entiti-entiti baru sistem kerajaan Melayu.Antaranya Kesultanan Perak,Terengganu,Selangor,Johor Lama,Pahang dan lain-lain muncul sebagai penyambung warisan dan survival tamadun Melayu yang berpaksikan institusi raja sebagai pemangkinnya.Kedatangan dan penguasaan British di Tanah Melayu pula tidak memusnahkan institusi itu,tetapi sebaliknya mengekalnya sebagai pemerintah atau ketua negeri dengan bidang kuasa keatas agama Islam dan adat istiadat Melayu.British hanya menguasai pentadbiran dan hal ehwal luar serta ekonominya.Inilah keadaannya sehingga kemerdekaan didapati dan Malaysia ditubuhkan. Namun bagi kerajaan beraja di Indonesia,Belanda telah memusnahkannya dan Revolusi Indonesia menghapuskannya. Kemerdekaannya pula  telah melahirkan sebuah republik seperti hari ini. 

Di Semenanjung Tanah Melayu,British sebenarnya pernah cuba menghapuskan institusi itu dengan memperkenalkan konsep kerajaan republik melalui Malayan Union pada 1946.Bagaimanapun Raja-raja dan orang Melayu telah berjaya menolaknya dan menghidupkan semula kuasa raja seperti sebelum Malayan Union.Raja-raja menaiki semula tahta dan semua perkara mengenai kedudukan agama Islam dan orang Melayu dikekalkan.Perjanjian Persekutuan 1948 diantara British dan Raja-raja Melayu itu juga telah membuat satu perubahaan besar. Raja-raja Melayu telah sanggup menurunkan diri mereka sebagai Raja Berperlembagaan atau Constitutional  Monarchy dan menggugurkan konsep Raja Mutlak atau Absalute Monarchyyang diamalkan sebelum ini. Dalam konsep yang baru ini institusi raja telah dimasukkan dalam perlembagaan Negara sebagai satu kuasa pemerintah dan pentadbiran  yang  mempunyai bidang kuasa dan jurisdiksi pentadbiran yang jelas.Ini bermaana Raja masih lagi menjadi ketua negeri-negeri Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu tetapi mereka tidak lagi secara terus membuat perhubungan dengan rakyat jelata;kuasa menguruskan pentadbiran diserahkan kepada pegawai-pegawai kerajaan dibawah pimpinan Menteri Besar. Bagaimanapun hal-hal pentadbiran negeri tetap dirujuk  kepada Sultan.Sistem perundangan negeri tetap diluluskan oleh Sultan yang menjadi ketua negeri.Menteri Besar dilantik oleh Sultan.Dengan itu Sultan tetap dilihat sebagai pemerintah dan payung mahkota sesebuah negeri beraja.

Dalam Perlembagaan Persekutuan  1957  kedudukan raja sebagai Raja Berperlembagaan dikekalkan.Segala bidang kuasa pemerintahan dan perundangan dan kedudukan tradisionalnya tidak berubah. Kedudukan dan kuasa Sultan   dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu terutama adat istiadat diraja dikekalkan.Pemberian anugerah darjah,pingat dan bintang  dilakukan oleh Sultan dengan lebih kerap sebagai tanda kuasa pemerintahannya. Perlantikan Yang diPertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara dengan bidang-bidang kuasa yang jelas menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British dimaktubkan dalam perlembagaan Negara  dengan jelas dan teratur.Upacara-upacara rasmi Negara yang memerlukan penglibatan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan terus dipamirkan kepada rakyat;dengan itu kehadiran institusi raja dalam Negara dan masyarakat selepas merdeka adalah lebih menonjol.Majlis Raja-raja Melayu juga menjadi satu badan pentadbiran yang penting dalam perlembagaan negara;ia merupakan satu kelangsongan badan mesyuarat diraja diperingkat Negara yang telah diadakan sejak penubuhan Durbar pada 1896 lagi.Raja-Raja juga adalah penanda tangan Perlembagaan Merdeka 1957;ini bermakna kuasa pemerintahan tetap dipegang oleh Raja-Raja yang memerintah negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Perlembagaan Malaysia   yang diadakan dengan penubuhan Malaysia pada 1963 ,melalui Perjanjian Malaysia 1963,yang juga ditanda tangani oleh Raja-Raja Melayu,telah melangsungkan lagi institusi raja sebagai Raja Berperlembagaan dengan segala bidang kuasa dan kedudukan yang tidak berubah.Bagaimanapun pada 1983 dan 1990,terdapat perubahaan kepada kuasa Yang  di-Pertuan Agong dalam meluluskan undang-undang di peringkat Negara.Kuasa meluluskan rang undang-undang saperti dalam Perlembagaan Merdeka dan Malaysia telah boleh disertai  oleh Parlimen;namun kuasa-kuasa lain masih lagi kekal.Dibawah perubahaan 1990 juga,sebuah Mahkamah Khas ditubuhkan  bagi menguruskan hal-hal kehakiman yang berkaitan dengan Raja-raja Melayu secara peribadi.Dalam Perlembagaan 1957,tidak ada Mahkamah Khas untuk mengadili Raja-raja Melayu;Raja-Raja pemerintah dikatakan berada diatas undang-undang. Bagaimanapun perubahaan itu tidak mengurangkan peranan institusi raja dalam pemerintahan Negara dan negeri.Dalam Perlembagaan Malaysia hari ini terdapat fasal-fasal yang jelas menjaga kepentingan kedudukan,kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan di Malaysia.(Perbincanmgan hanya akan tertumpu kepada kedudukan Raja-Raja diperingkat Negara sahaja kerana kekangan masa).


Kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Malaysia.

Dalam Perlembagaan Malaysia, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara dengan bidang kuasa dan jurisdiksi yang sangat luas sebagai pemerintah Negara.Kedaulatan dan bidang kuasa Baginda sebagai  Raja Berperlembagaan termaktub dengan jelas sekali.Semua petikan dibawah ini adalah contoh-contoh jelas  tentang beberapa Perkara yang mencerminkan hal-hal tersebut.Perkara-Perkara itu adalah:

Clause 3. Religion of the federation
(1) Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.
(3)The Constitution of States of Malacca,Penang,Sabah and Sarawak shall each make provision for conferring on the Yang  di- Pertan Agong the position of head of Religion of Islam in that state.
(5)Notwithstanding anything in this Constitution the Yang di- Pertuan Agong shall be the Head of the religion of Islam in the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan;and for this purpose Parliament may by law make provisions for regulating Islamic religious affairs and for constituting a Council to advise the Yang Di Pertuan Agong in matters relating to the religion of Islam.

Clause 11.Freedom of religion
(4)State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan,federal law may control or restrict the propagation of any other religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.

Dalam Perkara 3:Agama Persekutuan dan Perkara 11:Kebebasan Beragama ini, ternyata agama Islam adalah agama Persekutuan,yang mempunyai kedudukan yang khas dan istemewa sebagai agama Negara Malaysia,walaupun agama-agama lain boleh diamalkan secara aman damai didalam Negara ini.Seri Paduka Baginda  Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab kepada soal agama Islam didalam negeri-negeri yang tidak beraja seperti Melaka,P.Pinang dan Wilayah Persekutuan.Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan menguruskan halehwal agama Islam dan untuk menubuhkan satu jawatankuasa menasihati  Yang di-Pertuan Agong dalam hal-hal yang berkaitan dengan Islam.Undang-undang Negeri  boleh diadakan bagi mengawal atau menghalang penyebaran agama lain keatas orang Islam.Ini bermakna bidang kuasa dan peranan raja dalam hal ehwal agama Islam sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dikekalkan sehingga kehari ini dengan cara yang jelas dalam perlembagaan Negara.

Clause 32. Supreme Head of the Federation, and his Consort.
(1) There shall be a Supreme Head of the Federation, to be called the Yang di-Pertuan Agong, Who shall take precedence over all persons in the Federation and shall not be liable to any proceedings whatsoever in any court except in the Special Court established under Part XV.
(2) The Consort of the Yang di-Pertuan Agong (to be called the Raja Permaisuri Agong) shall take precedence next after the Yang di-Pertuan Agong over all other persons in the Federation.
(3) The Yang di-Pertuan Agong shall be elected by the conference of Rulers for a term of five years, but may at any time resign his office by writing under his hand addressed to the Conference of Rulers or be removed from office by the Conference of Rulers, and shall cease to hold office on ceasing to be a ruler.
(4) The provisions of Parts I and III of the Third Schedule shall apply to the election and removal of the Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 32:Ketua Tertinggi Negara Persekutuan,dan Permaisuri, ini menunjukkan bahawa SPB Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama(tertinggi) Negara yang mengambil kedudukan yang paling tinggi diatas semua rakyat Malaysia bersama Raja Permaisuri Agong.Baginda tidak boleh disabitkan dalam apa bentuk  kesalahan dalam sebarang mahkamah kecuali didalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan dibawah Bahagian 15.Baginda dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih secara bergilir-gilir lima tahun sekali oleh Majlis Raja-Raja Malaysia.Ternyata rakyat tidak berhak dan berkuasa memilihnya kerana perlantikan Raja-Raja Negeri dalam Malaysia ini dilakukan secara keturunan oleh majlis atau jemaah di-raja setiap negeri.Sultan-sultan daripada setiap negeri inilah yang akan dipilih oleh Majlis Raja-Raja Malaysia untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong.Ternyata jawatan ini adalah sangat ekslusif sekali dan tidak bersifat politik rakyat. Perlantikan itu berteraskan kedudukan sah raja pemerintah (sultan)daripada  9 buah negeri beraja yang menganggotai Malaysia sebagai sebuah Persekutuan dan sebuah Negara.Yang di-Pertuan Agong  adalah tonggak pemerintahan Negara Malaysia.Bagaimanapun,jika Baginda melakukan kesalahan peribadi seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Khas,maka Baginda tidak lagi boleh menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.Penggiliran yang tetap mengikut negeri telah ditetapkan dan Malaysia kini sedang menjalani pusingan kedua perlantikan Raja-Raja negeri sebagai Yang di-Pertuan Agong.Malah sistem penggiliran ini menyaksikan Sultan Kedah,Sultan Abdul Halim Shah ibni almarhum Sultan Badlishah,diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi kali kedua atau yang ke-14.Ternyata konsep Raja Berperlembagaan di Malaysia diperingkat Negara berjalan dengan tertib sekali. 

Clause 38. Conference of Rulers.
(1) There shall be a Majlis Raja-Raja (Conference of Rulers), which shall be constituted in accordance with the Fifth Schedule.
(2) The Conference of Rulers shall exercise its functions of
(a)electing, in accordance with the provisions of the Third Schedule, the Yang di-Pertuan Agong and Timbalan Yang di-Pertuan Agong;
(b) agreeing or disagreeing to the extension of any religious acts, observances or ceremonies to  
 the   Federation as a whole;
(c) consenting or withholding consent to any law and making or giving advice on an appointment which under this Constitution requires the consent of the Conference or is to made   by or after consultation with the Conference;
d) appointing members of the Special Court under Clause (1) of Article 182; 
(e) granting pardons, reprieves and respites, or of remitting,suspending or commuting sentences under Clause (12) of Article 42, and may deliberate on questions of national policy (for example changes in immigration policy) and any other matter that it thinks fit.

Mengikut Perkara 38:Majlis Raja-Raja,diatas,ditetapkan satu Majlis Mesyuarat Raja-Raja ditubuhkan dibawah Jadual 5,dengan tugas-tugas yang jelas,yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia.Tugas pertamanya ialah melantik  Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.Keduanya ialah bersetuju atau tidak bersetuju kepada sebarang perluasan rang undang-undang agama dan perayaan-perayaan dalam Persekutuan secara keseluruhannya.Majlis ini juga boleh memperkenankan ataupun tidak memperkenankan sebarang undang-undang atau memberi nasihat kepada perlantikan yang memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan.Majlis ini juga berhak melantik ahli Mahkamah Khas,disamping memberi pengampunan dan hal-hal yang berkaitan dengan hukuman dan boleh mempersoalkan hal-hal yang berkaitan dengan dasar kebangsaan (seperti dasar immigrasi)atau hal-hal lain yang difikirkan perlu.
Ini bermakna Majlis Raja-Raja merupakan satu badan pemerintahan yang mempunyai bidang kuasa yang luas .Majlis ini bukan sahaja berkuasa  sebagai pelantik Ketua Utama Negara,tetapi juga  mempunyai kuasa yang jelas dalam soal agama dan perayaan disamping menjadi sebuah  badan pengampunan tertinggi bagi rakyatnya.Majlis ini juga mempunyai suara dalam perlantikan ketua-ketua jabatan Negara,Mahkamah Khas dan dasar-dasar penting Negara.Ternyata Majlis Raja-Raja ini bukanlah hanya satu badan rubber-stamp tetapi mempunyai suara untuk menentukan hala tuju pengurusan negara;walaupun Parlimen membuat undang-undang,tetapi Majlis Raja-Raja adalah pemantaunya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan. 

Clause 39. Executive authority of Federation
The executive authority of the Federation shall be vested in the Yang di-Petuan Agong and exercisable, subject to the provisions of any federal law and of the Second Schedule, by him or by the Cabinet or any Minister authorised by the Cabinet, but Parliament may by law confer executive functions on other persons. 


Mengikut Perkara 39 .Kuasa Esekutif Persekutuan ini,kuasa esekutif Persekutuan adalah terletak dalam bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan boleh dilakukan oleh Baginda sendiri  atau pun Kabinet atau sesiapa sahaja Menteri yang dberi kuasa oleh Kabinet,tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang memberi tugas esekutif itu kepada orang lain. Keadaan seperti ini menunjukkan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa pelaksana undang-undang yang boleh dijalankan oleh Baginda ataupun sesiapa sahaja yang diwakilkannya dan tentunya Kabinet yang mentadbir Negara.Bagaimanapun, Parlimen boleh,melalui undang-undang  melantik orang lain menjalankan tugas itu.Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa esekutif dan boleh melaksanakannya sendiri atau mewakilkannya kepada mereka atau seseorang yang layak.

Sebenarnya kedudukan ini tidak berbeza dengan keadaan pemerintahan Raja-raja  pada masa lampau.Baginda sebagai pemerintah yang tertinggi,memang memberi arahan kepada pembesar-pembesarnya untuk melaksanakan tugas-tugas yang diperintahnya.Baginda tidak menjalankan tugas-tugas itu,sebaliknya memerintah pembesar atau pegawai-pegawainya menjalankan tugas itu tanpa pilihan kerana perintah raja adalah undang-undang yang mesti dilaksanakan walaupun kadang-kadang tidak menasabah ataupun sesuai untuk dilaksanakan.Ini selari dengan kedudukan Raja sebagai Raja Mutlak.Ini bermakna kuasa esekutif itu merupakan arahan atau perintah yang boleh dilaksanakan oleh Baginda ataupun diarahkan kepada para pembesarnya untuk dilaksanakan mengikut kehendak Baginda.Ini boleh berlaku dengan mudah kerana perlantikan dan pemilihan para pembesar negeri dan daerah dibuat oleh Baginda sendiri.

Dengan itu,pada hari ini,kedudukan itu adalah sama ;kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara mempunyai kuasa esekutif iaitu kuasa melaksanakan sesuatu perkara atau undang-undang, yang boleh dilaksanakan oleh Baginda sendiri ataupun diwakilkan kepada Kabinet yang dianggotai oleh para Menteri atau para pembesar Negara yang dilantik oleh Baginda untuk melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan Negara dengan sebaik-baiknya.Yang di-Pertuan Agong masih lagi mengekalkan kuasa dan kedudukan institusi raja sebagai pemerintah seperti dahulu.

Clause 40. Yang di-Pertuan Agong to act on advice.
(1)In the exercise of his functions under this Constitution or federal law the Yang di-Pertuan Agong shall act in accordance with the advice of the Cabinet or of a Minister acting under the general authority of the Cabinet, except as otherwise provided by this Constitution; but shall be entitled, at his request, to any information concerning the government of the Federation which is available to the Cabinet.

Dibawah Perkara 40.Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat ini,Yang di-Pertuan Agong akan bertindak seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan ,mengikut nasihat Kabinet atau seorang Menteri yang diberi kuasa oleh Kabinet,tetapi Baginda berhak,dengan permintaannya,terhadap sebarang maklumat mengenai kerajaan Persekutuan yang ada didalam Kabinet.Ini bermakna tindakan dan keputusan Yang di-Pertuan Agong berlaku diatas nasihat Kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang merupakan juga pelaksana kepada sistem pentadbiran dan pengurusan negara.Kedua-dua institusi ini bekerjasama bagi kepentingan negara.Bagaimanapun,Yang di-Pertuan Agung tetap diatas kedudukan yang tertinggi diatas Kabinet kerana Baginda adalah Ketua Utama  Negara,yang mengambil kedudukan diatas segala rakyat Malaysia.

Clause 41. Supreme command of armed forces.
The Yang di-Pertuan Agong shall be the Supreme Commander of the armed forces of the Federation.
Perkara 41.Komader Tertinggi Pasukan Tentera,menunjukkan Perlembagaan Malaysia ini menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agung adalah Komander Tertinggi bagi Pasukan Tentera Malaysia.Ini bermakna,sebagai Ketua Utama  Negara,Yang diPertuan Agong merupakan pemerintah agong pasukan bala tentera Malaysia yang bertugas mempertahankan keselamatan dan kedaulatan Negara.Kuasa ini bukanlah kuasa Kabinet atau Parlimen.Dengan kuasa ini Yang di-Pertuan Agong menguasai perintah dan arahan keatas keselamatan dan kedaulatan Negara,sesuai dengan kedudukannya sebagai Ketua Utama Negara.

Clause 42. Power of pardon, etc.
(1)The Yang di-Pertuan Agong has power to grant pardons, reprieves and respites in respect of all offences which have been tried by court-martial and all offences committed in the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan;  and the Ruler or Yang di-Pertua Negeri of a State has power to grant pardons, reprieves and respites in respect of all other offences committed in his State.
Perkara 42.Kuasa Mengampun dan sebagainya, ini juga menunjukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan,menarik semula atau menggugurkan sebarang keputusan mahkamah tentera dan semua kesalahan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan;begitu juga Raja-Raja Negeri didalam negeri masing-masing.Ini menunjukkan kuasa tertinggi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Negeri boleh memberi pengampunan walaupun mahkamah telah membuat keputusannya.Baginda akan membuat keputusan itu dengan pandangan nasihat daripada jawatankuasa yang bertanggungjawab.Kedudukan ini sesuai dengan tarafnya sebagai pemerintah negara dan negeri masing-masing.

Clause 43. Cabinet
(1) The Yang di-Pertuan Agong shall appoint a Jemaah Menteri (Cabinet of Ministers) to advise him in the exercise of his functions.
(2) The Cabinet shall be appointed as follows, that is to say:
(a)The Yang di-Pertuan Agong shall first appoint as Perdana Menteri (Prime Minister) to preside over the Cabinet a member of the House of  Representatives who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House; and
(b) he shall on the advice of the Prime Minister appoint other Menteri (Minister) from among the members of either House of Parliament,but if an appointment is made while Parliament is dissolved a person who was a member of the last House of Representatives may be appointed but shall not continue to hold office after the beginning of the next session of Parliament unless, if he has been appointed Prime Minister, he is a member of the new House of Representatives, and in any other case he is a member either of that House or of the Senate.
(3) The Cabinet shall be collectively responsbile to Parliament.
(4) If the Prime Minister ceases to command the confidence of the Majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the Prime Minister shall tender the resignation of the Cabinet.
(5) Subject to Clause (4), Ministers other than the Prime Minister shall hold office during the pleasure of the Yang di-Pertuan Agong, unless the appointment of any Minister shall have been revoked by the Yang di-Pertuan Agong on the advice of the Prime Minister but any Minister may resign his office.
(6) Before a Minister exercises the functions of his office he shall take and subscribe in the presence of the Yang di-Pertuan Agong the oath of office and allegiance and the oath of secrecy set out in the Sixth Schedule.
(7) Notwithstanding anything in this Article, a person who is a citizen by naturalisation or by registration under Article 17 shall not be appointed Prime Minister.
(9) Parliament shall by law make provision for the remuneration of members of the Cabinet.

Dalam Perkara 43.Kabinet ini,ternyata kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah sangat jelas sebagai Ketua Utama Negara.Baginda berkuasa  melantik seorang Perdana Menteri sebagai pengerusi kepada sebuah Jemaah Menteri atau Kabinet mengikut budi bicaranya tanpa dipaksa oleh sesiapa pun.Perlantikan itu dibuat keatas seseorang anggota parti yang pada fikirannya telah memenangi secara majoriti dalam pilihanraya umum.Baginda juga berkuasa melantik anggota Jemaah Menteri atau Kabinet dengan nasihat Perdana Menteri.Jika Perdana Menteri itu tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti,kecuali dengan perkenan Baginda untuk membubarkan Parlimen,maka Perdana Menteri dan anggota Kabinetnya patut meletak jawatan untuk memberi laluan kepada parti yang mendapat suara majoriti untuk membentuk kerajaan baru.Bagi jawatan Menteri pula,ia akan terus memegang jawatan itu selagi diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.Mereka mestilah mengangkat sumpah jawatan dihadapan Yang di-Pertuan Agong dan menyimpan rahsia negara.

Ini bermakna,seorang Perdana Menteri dan anggota Kabinet adalah dilantik oleh Yang diPertuan Agong diatas kedudukannya sebagai Ketua Utama Negara  Malaysia.Ini kerana Perdana Menteri dan anggota Kabinetnya akan menjadi pentadbir dan pengurus dan pelaksana dasar-dasar Negara yang merupakan perintah atau undang-undang yang akan dijalankan setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk dilaksanakan.Semua cadangan undang-undang yang telah dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenan atau diterima oleh Baginda sebelum diwartakan sebagai undang-undang negara.Majlis Raja-Raja juga mempunyai peranan yang sama dalam hal-hal tertentu seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia.Dengan itu,Perdana Menteri dan Kabinetnya mentadbir Negara dengan perkenan dan perintah Yang di-Pertuan Agong,walaupun Kabinet bertanggongjawab kepada Parlimen dalam menjalankan tugasnya.

Anggota-anggota Dewan Rakyat lain tidak dilantik oleh Yang diPertuan Agong,tetapi sebaliknya dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum bagi mewakili suara mereka dalam Parlimen.Mereka tidak dilantik oleh Yang diPertuan Agong untuk menguruskan pentadbiran Negara;ini termasuklah parti-parti pembangkang yang bebas memperkatakan apa sahaja perkara termasuk mengkritik  parti-parti yang membentuk kerajaan.Tetapi apabila sesuatu undang-undang itu telah diwartakan maka ia menjadi satu perintah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara Malaysia untuk dilaksanakan oleh kerajaan yang menguruskan Negara.

Hal ini kadang-kadang tidak begitu disedari oleh  masyarkat itu sendiri sehingga  mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong.Ramai yang memikirkan bahawa kuasa memilih wakil-wakil Rakyat dalam pilihanraya umum itu membolehkan mereka melanggar kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara.Mereka tidak dapat membezakan garisan pemisah diantara kuasa  Yang di-Pertuan Agong yang menyeluruh sebagai Ketua Negara  dengan kuasa rakyat yang hanya setakat memilih wakil-wakil rakyat untuk menguruskan dan bekerja bagi pihak rakyat dan Negara.Rakyat juga patut sedar bahawa perlantikan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan negeri beraja bukanlah kuasa rakyat.Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan negeri beraja itu dipilih secara keturunan Sultan yang memerintah atau kerabatnya(jika tidak terdapat waris lelaki) oleh jemaah atau majlis diraja disetiap negeri.Perlembagaan Malaysia Perkara 71 menjamin kedudukan Sultan bagi negeri-negeri beraja dengan jelas sekali.Kebebasan bersuara yang diwar-warkan pada hari ini kadang-kadang terlebih daripada sepatutnya sehingga melanggar  atau tidak menghormati  bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. 

Clause 55. Summoning, prorogation and dissolution of Parliament.
(1)The Yang di-Pertuan Agong shall from time to time summon Parliament and shall not allow six months to elapse between the last sitting in one session and the date appointed for its first meeting in the next session.

Dalam Perkara 55.Memanggil,menggantung dan pembubaran Parlimen,ternyata Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memanggil,membubarkan dan menanggoh sidang Parlimen.Baginda,sebagai Ketua Utama Negara  yang mempunyai kuasa pemerintah yang tertinggi dalam Negara Malaysia,mempunyai hak seperti itu seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan yang merupakan peraturan tertinggi dalam Negara ini.Dengan itu rakyat walaupun berhak memilih anggota Parlimen iaitu Dewan Rakyat,namun,Parlimen tidak boleh bersidang tanpa perkenan dan keizinan Yang diPertuan Agong,atau mengadakan pilihanraya umum jika Yang di-Pertuan Agong tideak membubarkan Parlimen.Malah Parlimen tidak boleh digantung jika berlaku Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.Kuasa itu sesuai dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Utama Negara Malaysia.Parlimen dan Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri terletak dibawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.   

 Clause 66.Exercise of Legislative power.
(1)The power of Parliament to make laws shall be exercised by Bills passed by both Houses(or in the cases mentioned in Articles 68,the House of Representatives),and,except as otherwise provided in this Article,assented to by Yang di-Pertuan Agong.
(3)When a Bill has been passed by the House in which it originated it shall be sent to the other House;and it shall be presented to the Yang di-Pertuan Agong for his assent when it has been passed by other House and agreement has been reached between the two Houses on any amendments made in it or when it is required to be so presented under Article 68.
(4)The Yang di-Pertuan Agong shall within thirty days after a Bill is presented to him to assent to the Bill by causing the Public Seal to be affixed to.
(4A)If a Bill is not assented to by the Yang di-Pertuan agong within the time specified in Clause (4),it shall become law at the expiration of the time specified in that Clause in the like manner as if he had assented to it.   
(5)A Bill shall become  law on being assented to by tha Yang di-Pertuan Agong or as peovided in Clause(4A),but no law shall come into force until it has been published,without prejudice ,however,to the power of Parliament to postpone the operation of any law or to make laws with retrospective effect. 
(6)Nothing in this Article or in Article 68 shall invalidate any law confirming an undertaking relates shall not be presented to Yang di-Pertuan Agong for his assent except in accordance with undertaking.

Dalam hal perundangan undang-undang ini,ternyata kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai pengesah melalui perkenannya setiap cadangan undang-undang yang telah dibahas dan diterima oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Setiap cadangan undang-undang itu patut diserahkan kepada Baginda yang akan diperkenankannya dalam masa tiga puluh hari.Jika Baginda tidak perkenankan ,selepas tempoh itu,undang-undang itu akan tersah dengan sendirinya seperti seolah-olah Baginda telah meluluskannya.Tidak ada sebarang cadangan undang-undang yang tidak diserahkan kepada Baginda untuk diperkenankan kecuali selari dengan undertaking itu.    

Clause 70. Precedence of Rulers and di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri.
(1)Subject to the precedence of the Yang di-Pertuan Agong and his Consort, the Rulers and Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri of the States shall take precedence over all other persons and each Ruler or Yang di-Pertua Negeri shall in his own State take precedence over the other Rulers and Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri.

Dalam Perkata 70.Kedudukan Tertinggi Raja-Raja dan Yang diPertuan ini,Perlembagaan Negara meletakkan kedudukan Raja-raja dan Tuan Yang di-Pertua yang memerintah disetiap Negeri mempunyai kedudukan yang tertinggi diatas semua rakyatnya sama dengan Yang dipertuan Agong dinegeri masing-masing.Ini bermakna Raja-raja dan Yang diPertua Negeri mengambil kedudukan yang tertinggi diatas rakyat negerinya sebagai ketua utama negeri yang diperintahnya.Ini bermakna mereka melantik Menteri Besar dan Ketua Menteri dan Exco bagi Dewan Undangan Negeri,yang akan menjalankan tugas mentadbir dan menguruskan pentadbiran harian negeri.Mereka ini menjalankan pentadbiran bagi pihak Sultan ataupun Tun Yang di-Pertua sebagai ketua tertinggi negeri yang diketuainya itu.Ini bermakna semua rakyat terletak dibawah naungan Sultan-sultan  negeri yang beraja .Yang di- Pertuan Agong pula secara langsung menaungi negeri-negeri yang beraja,tidak beraja atau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,agama dan latarbelakang.  

Clause 71. Federal guarantee of State Constitutions.
(1)The Federation shall guarantee the right of a Ruler of a State to succeed and to hold, enjoy and exercise the constitutional rights and privileges of Ruler of that State in accordance with the Constitution of that State;  but any dispute as to the time to the succession as Ruler of any State shall be determined solely by such authorities and in such manner as may be provided by the Constitution of that State.

Dalam Perkara 71.Persekutuan Menjamin Perlembagaan Negeri ini pula,Perlembagaan Malaysia memberi jaminan terhadap Undang-undang Tubuh Negeri atau Perlembagaan Negeri-negeri dalam Malaysia.Dalam negeri yang beraja,Persekutuan  memberi jaminan bahawa adalah hak seorang Raja sesebuah Negeri untuk mengganti dan memegang,menikmati dan melaksanakan hak-hak perlembagaan dan keistemewaan seorang Raja bagi negeri itu mengikut perlembagaan negeri tersebut;tetapi sebarang pertelingkahan dari semasa kesemasa terhadap penggantian Raja mana-mana Negeri ,akan ditentukan seluruhnya oleh pihak yang berkuasa dan dalam cara yang boleh diperuntukan oleh perlembagaan Negeri tersebut.

Ini bermakna pihak kerajaan Persekutuan memberi jaminan perlembagaan bahawa segala hak,kedudukan dan keistemewaan Raja-raja pemerintah  negeri-negeri beraja dalam Malaysia tidak akan diganggu gugat.Raja-raja pemerintah(Sultan) Negeri berhak  menikmati kedudukan mereka seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri,Ini termasuklah soal penggantian Raja yang akan ditentukan dan ditetapkan mengikut cara dan kaedah Negei tersebut.Inilah antara sebab mengapa tidak terdapat pertembongan kepentingan Raja-raja dalam Malaysia;mereka menjadi ketua dan menggunakan perlembagan negeri masing-masing tanpa camportangan daripada mana-mana pihak terutamanya Persekutuan.Konsep menghormati dan menetapkan hak negeri-negeri beraja dalam sebuah persekutuan telah dipersetujui sejak Perjanjian Persekutuan 1948,apabila Raja-raja Melayu bersetuju untuk memasukkan negeri masing-masing didalam Persekutuan Tanah Melayu sehingga kemerdekaan 1957.Penubuhan Malaysia 1963 juga meneruskan jaminan Persekutuan keatas Perlembagan Negeri dan Raja-raja sebagai ketua negeri masing-masing.Ini bermakna tidak ada pihak yang boleh menggugat kedudukan Raja-raja negeri beraja selagi Perlembagaan Malaysia tidak dirobek secara kekerasan.

Clause 122B. Appointment of judges of Federal Court, Court of Appeal and of High Courts.
(1)The Chief Justice of the Federal court, the President of the Court of Appeal and the Chief Judges of the High Courts and (Subject to Article 122c) the other judges of the Federal Court, of the Court of Appeal and of the High Courts shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong, acting on the advice of the Prime Minister, after consulting the Conference of Rulers.

Dalam Perkara 122B.Perlantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan,Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi ,mengatakan bahawa Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan,Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi dan lain-lain hakim Mahkamah Persekutuan,Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi,adalah  dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong,dengan nasihat Perdana Menteri dan setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.Dengan itu adalah jelas Yang di-Pertuan Agong  dan Majlis Raja-Raja berkuasa melantik ketua hakim dan hakim-hakim bagi semua mahkamah  dalam sistem kehakiman Negara.Perdana Menteri ternyata mempunyai kuasa menasihat dalam hal ini.Namun,yang paling penting sekali,sebagai ketua tertinggi dalam pemerintahan Negara,Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa melantik  hakim-hakim bagi semua mahkamah Negara.Ini bermakna mereka bukanlah tidak berfungsi dalam bidang kehakiman Negara.Mereka tetap mempunyai tanggongjawab melindungi sistem kehakimanan Negara dengan melantik hakim-hakim yang berkebolehan membuat keputusan mahkamah-mahkamah utama Negara.Perdana Menteri bertanggongjawab menasihati Baginda.

Clause 144. Functions of Service Commissions.
(1) Subject to the provisions of any existing law and to the provisions of this Constitution, it shall be the duty of a Commission to which this Part applies to appoint, confirm, emplace on the permanent or pensionable establishment, promote, transfer and exercise disciplinary control over members of the service or services to which its jurisdiction extends.
(3) The Yang di-Pertuan Agong may designate as special posts any post held by the head or deputy head of a department or by an officer who in his opinion is of similar status; and the appointment to any post so designated shall not be made in accordance with Clause (1) but shall be made by the Yang di-Pertuan Agong on the remmendation of the Commission whose jurisdiction extends to the service in which the post is held.
(4) The Ruler or Yang di-Pertua Negeri of a state may designate as special posts any posts in the public service of his State held by the head or deputy head of a department or by an officer who in his opinion is of similar status; and the appointment to any post so designated shall not be made in accordance with Clause (1) but shall be made by the Ruler or Yang di-Pertua Negeri on the recommendation of the Public Services Commission (or, if there is in the State a State Public Service Commission, on the recommendation of that commission).

Perkara 144.Tugas-tugas Suruhanjaya Perkhidmatan,menunjukkan juga kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Negeri dalam memperuntukan dan melantik jawatan-jawatan tertentu dalam perkhidmatan awam mengikut cadangan suruhanjaya-suruhanjaya diperingkat negeri dan Negara.Kuasa ini tentulah kerana Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua tertinggi dalam pemerintahan Negara dan negeri.

Clause 145. Attorney General
(1) The Yang di-Pertuan Agong Shall, on the advice of the Prime Minister, appoint a person who is qualified to be a judge of the Federal Court to be the Attorney General for the Federation.
(2) It shall be the duty of the Attorney General to advise the Yang di-Pertuan Agong or the Cabinet or any Minister upon such legal matters, and to perform such other duties of a legal character, as may from time to time be referred or assigned to him by the Yang di-Pertuan Agong or the Cabinet, and to discharge the functions conferred on him by or under this Constitution or any other written law.

Perkara 144.Peguam Negara ini menunjukkan Yang di-Pertuan Agong,dengan nasihat Perdana Menteri,berkuasa melantik seorang hakim daripada Mahkamah Persekutuan menjadi Peguam Negara bagi Persekutuan.Sebagai pemimpin tertinggi Negara,adalah menjadi bidang kuasanya untuk melantik Peguam Negara,iaitu jawatan kehakiman yang paling tinggi dalam Negara.Perdana Menteri member nasihat dalam perlantikan ini;menunjukkan kuasa pentadbiran(Perdana Menteri)camportangan dalam perlantikan itu.Namun,sebagai Peguam Negara,tugasnya adalah menasihat Yang di-Pertuan dan cabinet atau sebarang menteri dalam soal kehakiman Negara.Ini bermakna mereka saling bekerjasama dalam pengurusan dan pentadbiran kehakiman Negara.

Clause 153. Reservation of quotas in respect of services, permits, etc., for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak.

(1) It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and antives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this Article.

(2) Notwithstanding anything in this Constitution, but subject to the provisions of Article 40 and of this Article, the Yang di-Pertuan Agong shall exercise his functions under this Constitution and federal law in such manner as may be necessary to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and ensure the reservation for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of such proportion as he may deem reasonable of positions in the public service (other than the public service of a State) and of scholarships, exhibitions and other similar educational or training privileges or special facilities given or accorded by the Federal Government and, when any permit or licence for the operation of any trade or business is required by federal law, then, subject to the provisions of that law and this Article, of such permits and licences. 

(3) The Yang di-Pertuan Agong may, in order to ensure in accordance with Clause (2) the reservation to Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of positions in the public service and of scholarships, exhibitions and other educational or training privileges or special facilities, give such general direction as may be required for that purpose to any Commission to which Part X applies or to any authority charged with responsibility for the grant of such scholarships, exhibitions or other educational or training privileges or special facilities; and the Commission or authority shall duly comply with the directions.

(4) in exercising his functions under this Constitution and federal law in accordance with Clauses (1) to (3) the Yang di-Pertuan Agong shall not deprive any person of any public office held by him or of the continuance of any scholarship, exhibition or other educational or training privileges or special facilities enjoyed by him.

(6) Where by existing federal law a permit or licence is required for the operation of any trade or business the Yang di-Pertuan Agong may exercise his functions under that law in such manner, or give such general directions to any authority charged under that law with the grant of such permits or licences, as maybe required to ensure the reservation of such proportion of such permits or licences for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak as the Yang di-Pertuan Agong may deem reasonable; and the authority shall duly comply with the directions.
(8A) Notwithstanding anything in this Constitution, where in any University, College and other educational institution providing education after Malaysian Certificate of Education or its equivalent, the number of places offered by the authority responsible for the management of the University, College or such educational institution to candidates for any course of study is less than the number of candidates qualified for such places it shall be lawful for the Yang di-Pertuan Agong by virtue of this Article to give such directions to the authority as may be required to ensure the reservation of such proportion of such places for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak as the Yang di-Pertuan Agong may deem reasonable; and the authority shall duly comply with the directions.

(9) Nothing in this Article shall empower Parliament to restrict business or trade solely for the prupose of reservations for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak.
(9A) In this Article the expression “Natives” in relation to the State of Sabah or Sarawak shall have the meaning assigned to it in article 161A.

(10) The Constitution of the State of any Ruler may make provision corresponding (with the necessary modifications) to the provisions fo this Article.

Perkara 153.Peruntukan qota dalam perkhidmatan,permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak bagi setiap negeri Sabah dan Sarawak,menunjukkan terdapat peruntukan qota yang jelas dalam hal-hal perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri,permit-permit perniagaan,latihan pendidikan,pertunjukan pendidikan dan biasiswa kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak,yang diletakkan dibawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Negeri.Budi bicara Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Negeri ternyata boleh digunakan dalam membuat pertimbangan itu,disamping tidak mengabaikan kepentingan rakyat lain.Dalam menjalankan tugas itu,Yang di-Pertuan Agong boleh mengarahkan pihak-pihak berwajib membuat peruntukan itu mengikut keperluan semasa.Misalnya dalam memberi latihan pendidikan oleh universiti atau kolej bagi sebarang kursus,Yangdi-Pertuan Agong boleh memberi qota yang tertentu untuk anak-anak Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak.Bagaimanapun,sejak 2003, kemasukan universiti telah  mengikut sistem meritokrasi.Sistem qota tidak lagi dijalankan sehingga mengakibatkan kemasukan anak-anak Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak menjadi rendah,kecuali Universiti Teknologi Mara(UiTM)yang menjadi pusat atau tumpuan orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak .

Begitu juga dalam perkhidmatan awam,yang juga memperlihat kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan budi bicaranya membuat qota bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.Perkhidmatan awam itu termasuklah pasukan Polis,Pasukan Tentera,Perkhidmatan Pendidikan, Kehakiman,perkhimatan awam bersama negeri dan Persekutuan dan perkhidmatan awam Persekutuan yang lainnya.Hal ini sebenarnya bukanlah baru tetapi telah dijalankan sejak pentadbiran British lagi. Malah sistem qota  itu telah dilaksanakan disepanjang perkhidmatan awam iaitu Malayan Civil Service(MCS) diperkenalkan sejak British mentadbir Tanah Melayu.Kemasukan orang Melayu didalam perkhidmatan itu sentiasa diutamakan.Malah British sendiri telah menubuhkan sekim perkhidmatan awam Melayu yang dikenal sebagai Malay Administrative Service(MAS)yang memperuntukan orang Melayu sebagai anggotanya.Mereka yang menjadi anggotanya ialah pegawai-pegawai Melayu keturunan pembesar dan kerabat raja negeri-negeri,yang memang dilatih oleh British di Maktab Melayu Kuala Kangsar.Namun selepas merdeka,ia dijadikan sebagai MCS sahaja tetapi dengan keanggotaannya yang masih lagi tinggi qotanya kepada orang Melayu.Dengan itu peruntukan qota kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dalam perkhidmatan awam dalam Perkara 152 ini adalah satu lanjutan sahaja.

Parlimen tidak sekali-kali boleh menahan sebarang peruntukan perniagaan atau perdagangan bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.Ini bermakna budi bicara Yang di-Pertuan Agong yang akan menjaga dan melindungi Perkara 153 tanpa boleh diganggu oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.  

 Clause 181. Saving for Rulers’ sovereignty
(1) Subject to the provisions of this Constitution, the sovereignty, prerogatives, powers and jurisdiction of the Rulers and the prerogatives, powers and jurisdiction of the Ruling Chiefs of Negeri Sembilan within their respective territories as hitherto had and enjoyed shall remain unaffected.
(2) No proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity except in the Special Court established under part XV.

Perkara 181.Menyelamatkan Kedaulatan Raja-Raja,adalah satu perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang jelas diadakan bagi menjaga kepentingan Raja-raja Melayu disegi kedaulatan,budi bicara,kuasa dan jurisdiksinya .Begitu juga Perkara 181 ini juga menjaga perkara-perkara yang sama bagi Ketua-ketua Pemerintah N.Sembilan yang ditadbir selama ini tanpa terganggu.Ini bermakna Raja-raja Negeri dan Ketua –ketua Pemerintah N.Sembilan tidak akan kehilangan kedudukan dan bidang kuasa dalam negeri dan daerah masing-masing seperti yang didapatinya selama ini.Jaminan perlembagaan ini menunjukkan tidak ada siapa pun yang boleh mengganggu gugat kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja dan Dato’-Dato’ Undang N.Sembilan;mereka dilindungi oleh perlembagaan.Mereka juga tidak boleh disabitkan kesalahannya,kecuali atas soal peribadi dalam Mahkamah Khas yang disediakan khas untuk mereka. 

 Clause 182. The Special Court.
(1) There shall be a court which shall be known as the Special Court and shall consist of the Chief Justice of the Federal Courts, and two other persons who hold or have held office as judge of the Federal Court or a High Court appointed by the Conference of Rulers.
(2) Any proceedings by or against the Yang di-Pertuan Agong or the Ruler of a State in his personal capacity shall be brought in a Special Court established under Clause (1).
(3) The Special Court Shall have exclusive jurisdiction to try all offences committed in the Federation by the Yang di-Pertuan Agong or the Ruler of a State and all civil cases by or against the Yang di-Pertuan Agong or the Ruler of a State notwithstanding where the cause of action arose.

Perkara 182.Mahkamah Khas ini merujuk kepada sebuah mahkamah yang kusus ditubuhkan untuk membicarakan dan membuat keputusan tentang perilaku Raja-Raja yang dilakukan diatas dasar peribadi,iaitu hal yang boleh diadili oleh Mahkamah Khas ini.Ia dianggotai oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan dan dua orang hakim yang memgang jawatan dalam Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.Mahkamah Khas ini mempunyai jurisdiksi yang eksklusif dalam membicarakan semua kes-kes kesalahan dan awam yang dilakukan atau dikenakan keatas Yang di-Pertuan Agong atau Raja-raja tanpa mengira dimana sahaja dilakukan.

183. No action to be instituted against the Yang di-Pertuan Agong or a Ruler except with th consent of the Attorney General personally.
No action, civil or criminal, shall be instituted against the Yang di-Pertuan Agong or the Ruler or a State in respect of anything done or omitted to be done by him in his personal capacity except with the consent of the Attorney General personally.

Perkara 183 .Tidak ada tindakan yang boleh diadakan menentang Yang di-Pertuan Agong atau Raja-raja kecuali dengan kebenaran Peguam Negara secara peribadi,adalah menunjukkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja tidak boleh dibawa kesnya untuk perbicaraan dalam Mahkamah Khas ini kecuali dengan kebenaran daripada Peguam Negara sendiri.Ini untuk mengelakkan tindakan yang tidak bertanggongjawab keatas Yang di-Pertuan Agong atau Raja-raja oleh rakyat atau pihak-pihak tertentu.Harus diingat perlantikan Peguam Negara adalah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong,dengan nasihat Perdana Menteri tetapi dengan perkenan Majlis Raja-Raja.Dengan itu keadaan yang saling bergantungan dan semak menyemak berlaku dalam perkara ini.Ini kerana bukan mudah untuk menjatuhkan maruah dan imej Yang di-Pertuan Agong atau Raja-raja.


Kesimpulan:
Ternyata,institusi Raja sebagai ketua negeri,empayer dan kerajaan Melayu pada masa dahulu,telah terbukti sebagai  satu institusi pemerentahan yang lengkap dan kukuh sehingga menjadi tonggak sebuah tamadun Melayu yang besar dan gah dipersada dunia.Tradisi yang telah diasaskan oleh Kesultanan Melaka telah diterima pakai dan dilangsungkan oleh kerajaan-kerajaan selepasnya.Penjajah Portugis hanya mengambil Melaka sebagai kota pemerintahannya,tetapi membiarkan negeri-negeri Melayu yang lain dibawah naungan Melaka bebas meneruskan pemerintahan dan tamaddun Melayu model Melaka sehingga kedatangan Belanda,British,Jepun dan British semula.Kesemua penjajah ini mengiktiraf institusi Raja sebagai pemerintah kerajaan Melayu dan tidak pernah cuba menghapuskannya.Walaupun ada percubaan British untuk melenyapkan institusi Raja dan bidang kuasanya dalam Malayan Union 1946,tetapi telah dapat diselamatkan oleh orang Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri.Pada 1 Febuari 1948,Persekuatuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan Raja-raja Melayu kembali keatas tahtanya semula dengan semua kedudukan dan kedaulatan saperti sebelum 1946.Inilah kejayaan terbesar orang Melayu dalam mempertahankan institusi Raja dan tamaddun Melayu.Ini semua tertulis dan terjamin dengan satu perjanjian diantara British dan Raja-Raja Melayu dalam Perjanjian Persekutuan 1948.Dengan perjajian ini semua negeri-negeri Melayu,Melaka dan P.Pinang bersetuju menjadi anggota Persekutuan Tanah Melayu.

Kelangsungan institusi raja sebagai pemerentah telah dimasukkan dalam perlembagaan Negara iaitu Perlembagaan Merdeka 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963.Konsep Raja Berperlembagaan  yang menjadi  tiang seri kepada pemerintahan Malaysia  adalah bukti yang jelas sekali mengenai kepentingannya.Bidang kuasanya sebagai Ketua Tertinggi Persekutuan(Supreme Head of the Federation),meliputi bukan sahaja dalam perlantikan Kabinet dan Perdana Menteri dan pegawai-pegawai utama jabatan-jabatan tertinggi negara dalam bidang perkhidmatan awam,tetapi juga Seri Paduka Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Pasukan Tentera Negara.Seri Paduka Baginda juga adalah kuasa yang bertanggungjawab memanggil,menangguh dan membubarkan Parlimen.Bidang kuasa dalam kehakiman iaitu melantik ketua-ketua hakim dan hakim bagi semua mahkamah juga adalah kuasa yang di-Pertuan Agong.Semua Perkara-perkara yang telah dipetek diatas menunjukkan hal tersebut.Dengan itu ternyata institusi raja termasuk institusi Yang di-Pertuan Agong adalah institusi penting dalam sistem kenegaraan,pemerintahan dan pentadbiran Negara.Mereka adalah ketua Negara dan negeri kerana Perlembagaan Persekutuan menjamin Perlembagaan Negeri.

Kedudukan Raja-raja juga adalah jelas dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia.Segala kuasa,kedudukan,kedaulatan dan budibicara serta jurisdiksinya yang telah dinikmatinya sejak zaman tradisional itu dikekalkan dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan Negeri.Raja-raja juga mempunyai badan mesyuaratnya sendiri yang dikenal sebagai Majlis Raja-Raja,yang kini telah bersidang 215 kali.Ini menunjukkan umurnya lebih lama daripada usia kemerdekaan dan Malaysia itu sendiri.Walaupun Mahkamah Khas ditubuhkan,namun ia adalah soal ekslusif yang tidak dicampori oleh rakyat.Hanya Peguam Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ,layak memutuskan sesuatu kesalahan atau tuduhan keatas peribadi Baginda boleh dibicarakan ataupun tidak.Bagaimanapun yang melantik Peguam Nnegara adalah Yang di-Pertuan Agong.Dengan itu,Seri Paduka Baginda mempunyai bidang kuasa esekutif,perundangan dan kehakiman diatas kedudukannya sebagai Ketua Tertinggi Persekutuan.Dengan itu disegi perlembagaan Negara,institusi raja bukanlah hanya sebagai symbol atau paying penyatuan rakyat,tetapi mempunyai bidang kuasa yang jelas dalam sistem pemerintahan Negara.

Kedudukan mereka dalam perlembagaan Negara telah diterima secara turun temurun masyarakat Malaysia.Sebarang usaha untuk menggugatnya dan memusnahkannya adalah satu tindakan unconstitutional dan tidak akan dibiarkan .Generasi muda yang tidak memahami hal ini patut diberi pendedahan yang lebih banyak supaya mereka,walaupun dikelilingi perubahan globalisasi  tetap akan mempunyai jati diri tamadun bangsa yang telah dibena beratus-ratus  tahun lalu.Kemajuan sepatutnya menjadi manusia lebih baik dan berhemah dan bukan menghancurkan sesuatu yang telah ada dan memperjudikan identiti bangsa dan negara.United Kingdom dan Jepun lebih maju daripada Negara-negara besar dunia,namun masih lagi mengekalkan instutusi raja yang disegani.Rakyatnya walaupun memberi komen-komen tertentu kepada insititusi itu,namun tidak pernah mahu merubahnya.Kemerdekaan baru berusia 56 tahun dan Malaysia pula baru berumur sekitar 46 tahun;Malaysia masih lagi didalam kategori Negara sedang membangun;perjalanan untuk menjadi hebat masih jauh;sepatutnya apa yang ada dikekalkan demi untuk satu penjanaan masa depan tamadun yang lebih kukuh dan berwibawa.Institusi raja dan Raja Berperlembagaan Malaysia adalah jawapannya.

No comments:

Post a Comment