Sunday 19 October 2014

Kepelbagaian Budaya Sebagai Alat Perpaduan Bangsa Malaysia

1.      Definisi Budaya
cara hidup yang meliputi semua aspek politik,ekonomi dan social.Ini termasuklah sistem-sistem dan institusi yang telah terbina dalam masyarakat itu sebagai  cara hidup yang telah dterima dan diwarisi secara turun temurun. Ini dilakukan  melalui pemindahan nilai-nilai dan norma, adat istiadat, adat resam, kesusteraan, bahasa, peraturan dan perundangan, pakaian, pemakanan, tingkah laku, perwatakan, sistem kepercayaan, agama, sistem perkahwinan, sistem kekeluargaan, susun lapis masyarakat dan sebagainya keatas generasi demi generasi. Perubahan boleh berlaku dalam proses pemindahan itu samada pengguguran, penambah-baikan ataupun penciptaan baru untuk kesesuaian dan kelangsungan hidup/survival masyarakat itu. Sering kali beberapa ciri dan bentuk-bentuk akan terjelma hasil daripada pemikiran baru akibat pertembongan masyarakat itu dengan masyarakat luar. Dengan itu elemen tradisional akan berubah walaupun sesetengahnya masih dikekalkan sebagai identiti masyarakat tersebut dimata dunia. Ternyata,masyarakat yang telah tinggi budayanya akan menjadi penyaring kepada unsur luar untuk diterima dan ditolak, sehingga yang terlekat kepadanya adalah sesuatu yang sesuai ataupun senada dengan kehendak mereka.

Contoh terbaik ialah masyarakat Melayu di Malaysia. Walaupun telah dikuasai oleh kuasa luar yang membawa pelbagai perkara baru kepadanya, namun warisan yang dimilikinya menjadi satu identiti yang boleh membezakan mereka dengan masyarakat lain.Aspek-aspek yang telah mendarah-daging dalam kehidupan mereka dikekalkan sesuai dengan kehendak mereka disamping menerima perubahaan luar yang disepadankan dengan sistem kehidupan dan kepercayaannya iaitu agama Islam. Memang berlaku perubahaan yang ketara dari semasa kesemasa disegi nilai, adat resam, intektual dan sebagainya, namun melalui mekanisme tertentu mereka meneruskan aspek-aspek tertentu  yang telah diwarisi turun temurun seperti agama Islam, institusi raja, pakaian dan makanan yang menjadi identiti mereka dengan masyarakat lain. Dengan itu mereka menjadi pemilih dan katalis kepada perubahaan itu. Ini perlu dipertahankan supaya globalisasi tidak akan menelan masyarakat Melayu sehingga mereka hilang identitinya


2.      Latarbelakang Malaysia
Malaysia terbentuk pada 16 September 1963,dengan 13 buah negeri sebagai anggotanya iaitu Perlis, Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Singapura, Sabah dan Sarawak. Singapura kemudian keluar pada tahun 1965. Pada 2007 pula Wilayah Persekutuan telah dibentu sebagai salah sebuah negeri  dalam Malaysia dan ia terdiri daripada K.Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Kesemua kawasan ini adalah bekas jajahan takluk dan naungan British, Jepun dan Siam pada satu masa dahulu.

Akibat penjajahan dan naungan kuasa-kuasa luar itu,impak dan kesan keatas masyarakt pribumi adalah jelas sekali. Dasar British yang menjajah P.Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah telah menghilangkan institusi raja dan system pentadbiran tempatan yang berteraskan Melayu. Sistem pentadbiran barat diguna pakai secara keseluruhannya. Bagaimanapun system pentadbiran kampong dan mukim dikekalkan dengan Ketua Kampong dan Penghulu masih diteruskan pada hari ini. Bagi negeri-negeri Melayu lain, sistem pentadbiran tradisional dikekalkan dengan institusi raja tetap menjadi ketuanya. British dan Jepun hanya mengambil alih pentadbiran yang diasaskan diatas pentadbiran barat. Sistem pentadbiran yang selari ini dikekalkan sehingga ke hari ini. Sekali lagi dilihat, kuasa barat dan timur yang menguasai Tanah Melayu tidak membuang institusi raja dan segala unsur budaya pribumi yang kekal dalam pentadbiran mereka sendiri,tetapi kuasa luar itu memberi sesuatu yang baru dalam pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan sosial dan unsur-unsur budaya kehidupan harian yang lain, yang menjadi  amalan masyarakat Melayu hari ini.

Perkara kedua ialah pembentukan masyarakat majmuk akibat daripada dasar pintu terbuka British keatas negeri-negeri tersebut.Bagi negeri-negeri taklok British,dasar buka pintu itu telah menyebabkan penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa yang dating bekerja, berniaga dan membuat perlaburan; mereka dengan mudah diterima sebagai rakyat British. Bagi negeri-negeri yang beraja, rakyatnya adalah Rakyat Raja yang terbuka kepada orang Melayu dan orang Asli sahaja.Mereka yang lain menjadi penduduk sementara dan tidak tertaklok kepada perundangan negeri, kecuali mereka yang melakukan jenayah seperti di Johor, akan didaftarkan sebagai rakyat raja.Ini berlaku  secara terpencil sahaja. Walaupun begitu disegi demografi telah terbentuk masyarakat pelbagai kaum/majmuk dalam negeri-negeri tersebut.

Apabila British memulakan proses kerajaan sendiri dan seterusnya memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu,yang dibentuk pada 1 Febuari 1948, soal kerakyatan telah dijadikan landasan untuk melahirkan cita-cita tersebut. Kerakyatan Negeri atau State Nationality 1951 telah diperkenalkan dengan memberi kerakyatan kepada mereka yang lahir di negeri-negeri Melayu dari ibu atau bapa yang telah menjadi warganegara Persekutuan anak Melayu. Kerakyatan secara Permohonan juga diperluaskan. Kesemua ini berlaku dengan persetujuan Raja-raja Melayu yang membuka negeri masing-masing kepada kerakyatan pelbagai bangsa. Sebagai balasan,orang Melayu mendapat satu badan yang membantu peningkatan pendidikan,ekonomi dan pembangunan orang Melayu dan luar Bandar. Lembaga Pembangunan Perusahaan Luar Bandar atau Rural Industrial Development Authority (RIDA) ditubuhkan sebagai agensi menjaga hal ehwal tersebut. Dengan pembukaan kerakyatan negeri dan Persekutuan itu, rakyat Persekutuan Tanah Melayu menjadi majmuk. Inilah asas kepada kepelbagaian budaya masyarakat/bangsa Malaysia.

British pula mengamalkan dasar Pecah –Perintah melalui dasar mengasingkan penduduk mengikut lokasi penempatan dan juga pekerjaan.British tidak mempunyai satu dasar jelas menggabungkan penduduk Malaysia.Sebagai penjajah British selesa dengan perpecahan itu. Orang Melayu terus tinggal diluarbandar dengan pertanian sebagai pekerjaannya dan terasing daripada pembaharuan yang dibuat oleh British dalam semua aspek. Bagi orang Cina yang datang sebagai buruh dan pekerja lombong, mereka tinggal terasing dikawasan baru disekitar kawasan perlombongannya. Bagi mereka yang membuka perniagaan dan perlaburan,mereka tinggal dibandar-bandar baru bersama-sama dengan pentadbiran British. Bandar-bandar diraja ditinggalkan untuk Raja-raja Melayu dan rakyat Melayu.Orang-orang India juga datang dalam beberapa kelompok dengan pekerjaan yang tertentu. Bagi orang India Selatan mereka datang sebagai pekerja-pekerja ladang getah dan membuat petempatan disitu. Bagi golongan Sikh pula mereka menjadi anggota polis dan perkhidmatan awam lain. Manakala golongan pedagangnya muncul dan membuat penempatan dibandar-bandar.

Dengan itu pembahagian pekerjaan yang dibuat oleh British dengan secara langsung telah melahirkan dasar pecah dan perintah ini,yang pula berkait rapat dengan pengasingan petempatan oleh penduduk Malaysia.British juga membuka Bandar-bandar baru yang juga menjadi pemisah jurang petempatan dan pendapatan penduduk.Sistem pendidikan juga dibuat secara sistemetik oleh British untuk memisahkan orang Melayu dengan pendidikan Inggeris yang banyak dibena dibandar-bandar besar, sedangkan dikampong-kampong tempat tinggal orang Melayu dibina sekolah-sekolah atap yang diwajibkan keatas orang-orang Melayu. Bagi orang Cina pula, sistem pendidikan mereka berjalan mengikut kehendak mereka tanpa ada camportangan daripada British. Bagi orang India pula,pendidikan mereka diusahakan oleh majikan estet, yang selalunya mengabaikan perlaksanaannya. Dengan itu tahap pencapaian sosial dan ekonomi antara bangsa-bangsa yang tinggal di Malaysia. Akibat daripada pengasingan petempatan dan pekerjaan ini, maka kepelbagaian budaya yang terasing diantara satu sama lain wujud dalam Malaysia. Orang Melayu dengan budayanya, Cina dengan budaya tersendiri dan India serta pecahannya dengan budaya hidup masing-masing. Etnik-etnik-etnik dan kaum-kaum lain juga hidup dengan budaya masing-masing. Tidak ada penyatuan budaya yang jelas sehingga masing-masing dapat mengekalkan budaya mereka dengan ketara sekali. Pengasingan ini mempengaruhi semua tindakan masyarakat dalam semua kehidupan mereka seperti politik, ekonomi dan sosial.


3.      Malaysia Selepas Merdeka
Dengan kemerdekaan usaha-usaha penyatuan rakyat mula dilakukan. Antaranya: Sistem pentadbiran berpusat melalui sistem Persekutuan dan Negeri, yang meletakkan rakyat dibawah satu sistem pentadbiran yang sama. 

Sistem Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar; bagaimanapun sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil diberi tempoh peralihan tetapi kemudian diterima sebagai sekolah tanggongan kerajaan. Perpaduan susah nak dicapai dengan sistem pendidikan yang berbeza ini, walaupun silibus cuba disatukan.

Kementerian Perpaduan Negara telah diwujudkan pada tahun 1970 selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 yang menggugat perpaduan Negara. Dengan Kementerian ini pelbagai usaha dilakukan bagi menyatu padu rakyat Malaysia.Agenda melahirkan perpaduan dan kerjasama dikalangan rakyat Malaysia telah dilakukan.Mata pelajaran sivik telah diperkenalkan dan konsep kerjasama kejiranan juga dilaksanakan seperti Rukun Tetangga,Kelas Perpaduan/Tabika juga dilaksanakan.

Konsep Kebudayaan Kebangsaan juga telah dilaksanakan bagi pentadbiran dan rakyat.Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan budaya Melayu hanya dapat diserapkan dalam kegiatan resmi tetapi kebudayaan rakyat hari ini berbalik kepada budaya setiap kaum. Adat resam, tarian, pemakanan, pakaian, sistem kepercayaan dan agama mengikut kehendak setiap kaum atau etnik, walaupun agama Islam adalah agama Persekutuan.

Dasar Ekonomi Baru(DEB)dilihat sebagai satu cara menyusun semula masyarakat yang tidak seimbang pendapatan dan tahap kehidupannya. Dalam hal ini masyarakat yang berada dalam tahap kemunduran yang tinggi telah dibantu,terutama masyarakat Melayu luar Bandar. Namun,ini dilihat sebagai suatu yang bersifat pro-Melayu. Bagaimanapun, konsep keadilan social yang telah dilaksanakan itu diteruskan sehingga kehari ini. Disamping iitu pelaboran asing juga dijadikan satu dasar Negara untuk menentukan perkembangan ekonomi terus berlaku dengan baik;pencapaian pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah diantara yang terbaik didunia.

1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan; adalah satu konsep yang cuba melahirkan semangat perpaduan dikalangan masyarakat dengan berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara. Didalam konsep ini kepeibagaian budaya masyarakat sangat disedari oleh kerajaan; apa yang dikehendaki ialah masayarakat Malaysia mengamalkan 8 nilai penting  dalam konsep 1Malaysia. Antaranya yang penting ialah konsep Penerimaan kepelbagaian yang terdapat dalam maayarakat Malaysia. Ini bermakna, perbezaan budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sejak turun temurun itu bukanlah suatu yang baru,tetapi telah berlaku sejak dahulu dan telah diterima kepelbagaian itu sebagai satu cirri masyarakat Malaysia.


Sejauhmana Kepelbagaian Budaya itu dapat melahirkan Perpaduan Bangsa Malaysia.    

Konsep Bangsa Malaysia adalah suatu yang abstrak yang hanya boleh dilihat dari segi semangat kenegaraan Malaysia.Ia kadang-kadang disamakan dengan kewarganegaraan itu  sendiri yang merujuk kepada warganegara Malaysia.Jika dilihat dalam konsep satu bahasa,satu bangsa dan satu Negara secara longgar,bangsa Malaysia telah ada bentuknya dan sifatnya.Ini kerana sebagai sebuah Negara moden, Malaysia terbentuk hasil daripada insiden-insiden sejarah  yang terbentuk dengan sengaja dan tidak sengaja hasil daripada tindakbalas masyarakat dengan keperluan dan tuntutan semasa itu. Dengan itu segala hal yang telah berlaku dalam sejarah Malaysia telah menjadi factor pengikat kepada kewujudan bangsa Malaysia yang ada pada hari ini. Bangsa Malaysia juga dilihat wujud secara longgar kerana semua rakyatnya berkongsi satu Negara,walaupun mempunyai budaya yang berbeza. Mereka disatukan atau dikaitkan sebagai satu bangsa melalui sistem pentadbiran, perundangan, peraturan dan kepimpinan yang sama. Semua rakyat Malaysia tertaklok kepada perintah Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia.

Untuk mencari satu makna perpaduan yang sempurna tentunya tidak terdapat dalam Malaysia kerana kepalbagaian bangsa,kaum ataupun etnik yang membentuk bansa Malaysia.Apa yang berlaku dalam Malaysia ialah satu perpaduan yang longgar yang diikat oleh sistem kenegaraan Malaysia itu sendiri. Mereka juga terikat dengan sejarah yang sama dan taat setia yang sama sebagai warga Negara Malaysia.

Namun, diperingkat kehidupan peribadi mereka bersifat asing diantara satu kaum dengan kaum yang lain.Ini sangat jelas selepas penolakan dasar kebudayaan kebangsaan yang berteraskan budaya Melayu. Pengenalan  1Malaysia juga memperdalamkan lagi keinginan rakyat Malaysia untuk menunjukkan perbezaan kebudayaan diantara mereka.Setiap masyarakat kini ingin mempamirkan tarian tradisional mereka disamping pakaian, makanan dan nilai-nilai  dan sistem kepercayaan masing-masing.Malah sikap ekstremism mula dipamirkan dengan sengaja bagi menunjukkan kehebatan mereka. Sifat hormat menghormati terhadap perbezaan budaya itu tidak lagi terpamer dengan baik sepeti dahulu. Kepala khinzir digantung disurau dan dibaling dimasjid atau dicat dengan kata-kata yang kurang sopan dan mencabar kesabaran orang Islam.

Perpaduan hari ini menjadi sangat tercabar kerana perebutan kuasa politik dan pengaruh peribadi. Selepas Pilihanraya 12 pada 2008, perpaduan kaum menjadi bahan taruhan ahli-ahli politik untuk mendapat sokongan kaum-kaum tertentu ataupun para penyokongnya. Untuk mengukuhkan kedudukan mereka, kaum-kaum tertentu juga menjadikan politik sebagai satu pendekatan yang berkesan ,walaupun tuntutannya itu bersifat perkauman. Bagi parti-parti yang cuba membuat kerjasama dalam satu pakatan, namun kecondongan untuk menegakkan kaum sendiri dalam kuasa politik tetap jelas.Misalnya DAP tetap menaikkan kaum Cina dalam kepimpinannya,walaupun terpaksa mengubah angka pengundian walaupun itu adalah satu tindakan yang sangat memalukan dan tidak berintegriti.

Bagi Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, perbezaan dan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia adalah satu eset dan keunikan Malaysia sebagai Negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum. Ia menjadi satu kekaguman masyarakat antarabangsa yang sentiasa memuji kehebatan Malaysia kerana dapat meyakinkan rakyat untuk bersatu padu. Peristiwa 13 Mei 1969 tidak mahu diulang semula. Namun,cara pendekatan ekstremise mula dilakukan atas nama hak asasi manusia yang mencabar peundangan dan penguatkuasaannya. Setelah 55 tahun merdeka, rakyat Malaysia sepatutnya telah bersatu dengan baik; tetapi permainan politik yang tidak ikhlas dan mementingkan kuasa semata-mata tidak akan menjamin kestabilan dan perpaduan rakyat. Sikap bermain politik yang melampau kadang-kadang tidak dapat membezakan kepentingan kedaulatan dan keselamatan Negara serta perpaduan rakyat sebagai satu kepentingan nasional dan bukannya politik semata-mata.    


Pendaulatan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Dan Bahasa Ilmu Di Malaysia:Sejarah Dan Kedudukan Masa Kini

Pendahuluan:
Fasal 152, Perlembagaan Persektutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan bahawa, ‘bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen, dengan bahawa (a) tidak ada seseorang pun yang akan dihalang dari menggunakan (kecuali hal-hal rasmi), atau mengajar atau mempelajari bahasa-bahasa lain dan (b) tidak ada sebarang peruntukan dalam fasal ini yang boleh mengganggu hak kerajaan Persekutuan atau sebarang kerajaan negeri untuk memelihara dan memperkembangkan penggunaan dan pengkajian bahasa komuniti lain’.1


Latarbelakang:
Pencapaian ini adalah hasil usaha dan perjuangan yang panjang dari semua golongan cerdik pandai Melayu, terutama golongan nasionalis yang bertanggungjawab mencari satu identiti kebangsaan bagi negara ini sesuai dengan kemerdekaan yang dicapai . Gerakan kebangsaan negara ini, yang bermula sejak kurun 19, telah menggunakan isu bahasa sebagai salah satu tanda  kebangsaan negara. Isu ini diperjuangkan bersama dengan isu-isu lain seperti penghakisan kuasa. Raja-raja Melayu, kemasukan orang-orang dagang yang terlalu mudah , sikap negatif orang Melayu terhadap pendidikan serta nilai-nilai sosial dan adat istiadat Melayu yang memberi kesan buruk kepada kedudukan ekonomi mereka dengan kaum lain. Kekayaan ekonomi orang dagang pula telah menyebabkan orang Melayu begitu miskin di tanah air sendiri. Tambahan pula tuntutan politik kaum dagang mula menghimpit orang Melayu. Ini semua sangat membimbangkan para nasionalis Melayu.

Kesedaran terhadap kelemahan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran telah mula disedari oleh pegawai-pegawai Melayu yang menguruskan pentadbiran negeri seperti Johor. Johor yang mula mengalami dan menjalani proses pembangunan ekonomi dan pembangunan ekonomi dan pembaharuan pentadbirannya sejak pertengahan kurun 19 tetapi tetap mengekalkan identitinya sebagai negeri Melayu, mendapati bahasa Melayu perlu dipertingkatkan penggunaan dan pembelajarannya. Ini telah menyebabkan lahirnya sebuah persatuan yang cuba mengatasi masalah ini di negeri tersebut. Dato’ Abdul Rahman Andak, Dato' Bentara Luar Johor, seorang pembesar penting Johor, telah menubuhkan Persekutuan Belajar Mengajar Bahasa Melayu Johor (PBMBM) pada 1890an dengan tujuan ‘untuk membetulkan, menambah dan meminda perkataan bahasa Melayu yang akan diakui oleh kerajaan seperti perkataan setiausaha, timbalan, jawatankuasa, kerajaan, datin dan lain-lain lagi.2 Selepas itu Johor menubuhkan Bahagian Penterjemahan bagi memperkayakan bahasa Melayu di bawah pimpinan Ungku Abdul Hamid bin Tengku Majid ,ayahanda kepada Profesor Diraja Ungku Aziz.


1900-1930an
Perjuangan dan kegiatan kebangsaan  memajukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu  telah menjadi begitu ketara awal tahun 1900 apabila adanya  Kaum Muda dan para ulamak yang menggunakan bahasa Melayu untuk penyebaran dakwah Islam kepada masyarakat Melayu diseluruh Kepulauan Melayu,termasuk Semenanjung Tanah Melayu. Mereka secara sedar telah menambahkan perkataan bahasa Melayu dengan meminjam perkataan Arab dan menjadikan tulisan Jawi sebagai tulisan  orang Melayu secara lebih meluas. Pembelaan mereka kepada bahasa Melayu lama juga dilakukan dengan menggunakannya secara kerap di akhbar-akhbar ,ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah mereka. Kumpulan ini telah mampu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutama dalam menghasilkan kitab-kitab agama Islam sebagai alat penyebaran dakwah Islam dan idea-idea baru dalam akhbar,majalah,risalah dan cerita-cerita tauladan yang dihasilkan. Malah seperti Syed Sheikh Al-Hadi, Jelutung Press,Penang telah ditubuhkan bagi menentukan penerbitan ilmu Islam melalui bahasa Melayu tulisan Jawi dapat disebarkan kepada masyarakat. Dengan itu, bahasa Melayu telah menjadi lebih meluas penggunaannya dan   bukan hanya sebagai bahasa hikayat.3

Di sekitar tahun 1920-an dan 1930-an pula,  Zainal Abidin Ahmad (Za'ba), Abdul Rahim Kajai, Onn Jaafar, Ibrahim Haji Yaakob, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamad dan ramai lagi telah menjadi pendukung kepada pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa ilmu/pendidikan. Mereka merasa cukup bimbang dengan bahasa Melayu yang semakin terpinggir penggunaannya dalam pentadbiran British dan Negeri-negeri Melayu.4 Tanpa penggunaan itu, mereka bimbang identiti orang Melayu sebagai bumiputra Semenanjung Tanah Melayu, akan terhapus.

Pada 1930, Onn Jaafar sebagai pengarang Warta Malaya telah membangkitkan hal ini. Dalam satu rencana pengarangnya pada 8 Mac 1930, beliau menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap sikap kerajaan negeri Johor yang lebih mengutamakan bahasa Inggeris dalam pentadbiran dan permakluman surat pekeliling kerajaan kepada orang ramai .5 Kata Onn Jaafar:


“Bagi sebuah negeri Melayu, yang diperintah oleh Raja Melayu, yang dipunyai dan diduduki oleh orang Melayu, maka keadaan seperti tidak sekali-kali betul dan patut … mustahaklah kerajaan negeri itu melihat keadaan itu.... Nampaknya dengan perjalanan...   sekarang ini bahasa Melayu akan hilang sama sekali seperti bahasa Jakun yang hanya ditutur sesama sendiri sahaja”.6

Kebimbangan ini dikongsi sama oleh Abdul Rahim Kajai, ketua pengarang Majlis,sebuah akhbar berpusat di Kula Lumpur. Beliau melihat sikap kerajaan Inggeris dan cerdik pandai Melayu, yang terlalu mengutamakan bahasa Inggeris dalam persidangan negeri, peraturan polis dan lain-lain lagi,akan menjadikan bahasa Melayu sangat rendah kedudukannya atau dalam bahasanya sendiri sebagai` pokok teratai di atas tidak berpucuk di bawah tidak berurat (berakar), di tengah ditarik kumbang’.7

Sekolah vernakular Melayu merupakan satu manifestasi sikap penjajahan British yang merendahkan martabat bahasa Melayu. Sistem pendidikan venekular Melayu yang dilihat oleh British sebagai satu tanggungjawab politik kepada orang Melayu,telah dijalankannya `seperti melepaskan batuk ditangga sahaja.’Silibusnya sangat mudah dan bersifat kekampongan. Sekolah venekular Melayu hanya menyampaikan pengetahuan asas iaitu menulis, membaca dan mengira serta bercucuk tanam dan menganyam bakul, yang sangat sesuai dengan kehidupan luar bandar.8 Ia tidak bertujuan untuk membangunkan keupayaan mental dan intelektualisme orang Melayu. Sistem itu hanya membolehkan orang Melayu bekerja sebagai kuli dan peon dipejabat,menjadi pemandu tuan mat salleh.Kebanyakan lepasan sekolah venekular ini akan terus hidup dalam kedaifan dan kemunduran luarbandar. Walaupun ada peluang untuk  melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris, namun itu hanyalah untuk mereka yang berdarah bangsawan. Keadaan ini membolehkan British memerintah dalam sistem pecah-pecah lalu perintah dan mengelakkan orang Melayu bersatu dan mencabar penguasaan  British .9

Kedudukan sekolah vernakular Melayu yang tidak memuaskan itu menjadi cermin kerendahan martabat dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Oleh kerana bahasa Melayu menjadi bahasa pengantarnya, maka taraf pendidikan yang rendah itu memberi kesan langsung kepada kedudukan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa ilmu.Malah,ia menjadi lebih parah lagi apabila British hanya menyediakan pendidikan sekolah rendah sehingga darjah 4 atau 5 sahaja.Tidak ada sekolah menengah,sekolah tinggi, atau kolej dalam bahasa Melayu.Dengan itu, bahasa Melayu tidak dapat berkembang lebih jauh dan berfungsi sebagai bahasa ilmu. Ia menjadi bahasa yang kecil, dan dipandang rendah10 kerana semua peningkatan pendidikan untuk penduduk Tanah Melayu  telah dilakukan dalam bahasa Inggeris.11

Para nasionalis Melayu melihat ini sebagai satu tekanan politik kepada orang Melayu.12Mereka mencadangkan bahasa Inggeris diajar di sekolah vernakular Melayu untuk membolehkan anak-anak Melayu menguasai kedua-dua bahasa secara serentak.13Mereka juga membantah sikap kerajaan Inggeris yang menggunakan hikayat-hikayat Melayu seperti Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah sebagai bahan bacaan di sekolah Melayu14.Bagi Za’ba, hikayat-hikayat yang penuh dengan mitos itu tidak akan memajukan pemikiran dan meningkatkan ilmu moden dikalangan orang Melayu. Za’ba mencadangkan supaya buku-buku teks yang digunakan di sekolah Inggeris itu digunakan juga di sekolah Melayu. Beliau turut mencadangkan penubuhan sebuah pejabat terjemahan bagi tujuan tersebut.15
Pengenalan sekolah vernakular Melayu juga dilihat oleh golongan nasionalis sebagai satu usaha British untuk mengurangkan penggunaan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu. R. J. Wilkinson dan R. O. Winsteadt, penyelia dan pengarah pendidikan Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu,diawal kurun 20, dengan sengaja telah memperkenalkan tulisan rumi pada tahun 1904 dan memupuknya terus dengan mencetak hikayat-hikayat Melayu dan karya-karya mereka dalam tulisan rumi.ini kemudian digunapakai dalam sekolah venekular Melayu.Penyingkiran secara halus ini dilakukan juga bagai memisahkan tulisan Jawi yang sentiasa digunakan untuk penyebaran agama Islam dan tulisan al-Quran. Sebagai penjajah, British melihat pengenalan tulisan rumi akan mencabut akar umbi bahasa Melayu dan pendidikan Islam orang Melayu.16Sifat sekular bahasa Melayu telah dimulakan oleh British sebagai satu alat politik dan pendidikan.

Para nasionalis Melayu dalam tahun 1930-an ini, melihat penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan akan membolehkan kedudukan politik yang lebih kuat kepada bahasa Melayu. Mereka mencadangkan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan kaum yang mendiami Semenanjung ini. Dalam erti kata lain, mereka mendesak British supaya menerima dan memastikan bahasa Melayu diletakkan pada kedudukan politik yang tinggi selaras dengan ketuanan politik orang Melayu itu sendiri. Abdul Rahim Kajai misalnya mencadangkan supaya orang asing diajar bahasa Melayu di sekolah kerajaan untuk membolehkan mereka menghormati bahasa Melayu dan memudahkan perhubungan dengan orang Melayu; ini akan membolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi. Beliau menentang pendapat Tan Cheng Lock, seorang tokoh perniagaan dan pemimpin Negeri Selat, yang mengatakan bahasa Melayu tidak berguna bagi orang India dan Cina dan menolak bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negeri Melayu. Sebagai seorang peniaga dan pedagang, Tan Cheng Lock lebih selesa dengan bahasa Inggeris.17

Dalam usaha menjadikan bahasa Melayu itu kukuh dan mampu bersaing dengan bahasa lain untuk jangka panjang, Onn Jaafar mencadangkan beberapa langkah penting. Antara langkah itu ialah:
(a) mengadakan sebuah jawatankuasa bagi tiap-tiap negeri Melaya membincangkan penambahan perkataan Melayu dari bahasa Inggeris. Jawatankuasa negeri-negeri itu kemudian berunding di antara satu sama lain untuk tujuan tersebut.18
(b) mencetak semula kitab-kitab lama yang penuh dengan ‘perkara yang tinggi seperti siasah negeri dan maklumat dan nasihat membangkitkan perasaan bangsa Melayu dan meningkatkan pengetahuan bahasa Melayu lama’19kepada generasi baru yang ‘memandang rendah kepada bahasanya sendiri’ dan ‘bagi  mengelakkan kemunduran bahasa yang berterusan.’20
(c) mengarang lebih banyak buku tentang ilmu pengetahuan seperti ‘ilmu pertukangan dan pertanian supaya dapat dijadikan panduan dalam mencari nafkah kehidupan-kepandaian yang tersimpan dalam kepala itu tidak berguna kepada orang lain.’21
(d) Patut diadakan satu pejabat bahasa (yang) besar yang dihimpunkan di dalamnya pegawai-pegawai dari tiap-tiap negeri Melayu dalam Semenanjung ini khasnya kerana membahaskan, meluaskan dan membesarkan bahasa Melayu sehingga dapat dicakapkan dengan semua makna oleh semua penduduk dalam Semenanjung ini.’22


Idea Onn Jaafar dan nasionalis-nasionali yang lain, memperlihatkan tumpuan mereka terhadap bahasa Melayu sebagai satu isu kebangsaan Melayu yang mesti ditangani. Untuk menjaga kepentingan mereka dan menonjolkan diri sebagai tuan Semenanjung Tanah Melayu, orang Melayu dan British wajib memajukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pentadbiran negeri-negeri Melayu.


1940an….
Pendudukan Jepun telah membantutkan pembelaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pentadbiran.Sesuai dengan dasar penjajahan Jepun yang keras dan kejam, semua tulisan mereka tentang kebangsaan Melayu termasuk juga bahasa Melayu, disesuaikan dengan kehendak Jepun. Sebagai penjajah baru, Jepun telah menjalankan konsep ‘Kawasan Kemakmoran Bersama Asia Raya’, yang membawa konsep persaudaraan Asia, dengan Jepun sebagai ketuanya. Dengan itu semua sistem politik, ekonomi dan kebudayaan Jepun diajar dan disebarkan kepada penduduk Tanah Melayu. Ini sangat jelas dalam kandungan akhbar-akhbar Melayu yang diterbitkan dalam pemerintahan Jepun,seperti Malai Shimbun, Berita Malai, Fajar Asia dan Semangat Asia.23Yang peleknya,nasionalis-nasionalis Melayu diatas,kecuali Onn Ja’afar,telah bekerjasama dengan Jepun untuk menegakkan bahasa Jepun sebagai bahasa utama,walaupun bahasa Melayu masih digunakan.

Nasib bahasa Melayu menjadi lebih parah lagi apabila para nasionalis Melayu itu secara terbuka mencadangkan bahasa Indonesia menggantikan bahasa Melayu.Pemikiran dan pengucapan mereka mula beralih angin.Mereka mula mendewa-dewa penulis-penulis dan nasionalis Indonesia seperti Sukarno,dr.Hatta, Hamka, Sanusi Pane, Tan Malaka, dan beberapa orang tokoh politik dan seniman Indonesia yang lain.24Sebenarnya ini selari dengan perancangan politik yang tersirat sejak tahun 1938 lagi.Konsep Melayu Raya telah bermula dikalangan mereka sejak penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) (1938) dan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) (1945) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob.Beliau ejen Jepun untuk menduduki Tanah Melayu pada tahun 1941. Sebagai balasan,pihak Jepun membenarkan Tanah Melayu merdeka bersama Indonesia dalam konsep Melayu Raya atau Indonesia Raya pada tahun 1945. Mereka ingin menggabongkan atau meletakkan Tanah Melayu dibawah Republik Indonesia Raya.25Penjajahan baru ini dimulakan dengan penerimaan bahasa Indonesia sebagai bahasa bersama. Alasannya, seperti kata Abdul Rahim Kajai:

Perubahan baru ini - terima kasih kepada Dai Nippon – telah membuang segala pagar dan segala sempadan yang menceraikan Semenanjung daripada saudara-saudaranya terutama Sumatra. Peluang bekerjasama di antara satu sama lain bukan sahaja terbuka tetapi ialah jua digalakkan oleh Dai Nippon - Johan Bangsa Asia. Tidaklah mungkin bagi kita menghasilkan rnaksud ini jikalau kita tidak dapat bertukar-tukar fikiran jika kita tidak sebahasa. Sebahasa sahaja pun belum sempurna jikalau tidak sehuruf. Oleh itu kita berhajat kepada peribahasa yang satu dan huruf yang satu. Mana dia bahasanya! Yang mana jikalau tidak bahasa dan huruf yang dipakai oleh sebilangan yang banyak bahasa Indonesia dan huruf Latin yang dipakai oleh 80 juta orang berbanding dengan Semenanjung dan huruf jawi yang hanya dipakai oleh semillion orang sahaja.26

Cadangan Abdul Rahim Kajai ini yang senada dengan tulisan Za’ba dalam Fajar Asia,27 yang menunjukkan  adanya satu agenda politik yang besar dari golongan nasionalis Melayu ini. Dengan mengambil bahasa Indonesia dan membuang bahasa Melayu,  gabongan politik yang telah dirancang oleh Ibrahim Yaakob dengan sopkongan Jepun itu dapat dilaksanakan dengan mudah dan kemas.Perjumpaan Sukarno,Dr.Hatta,Dr.Burhanuddin dan Ibrahim Yaakob diTaiping,Perak,pada 1945,merundingkan persetujuan ini.Indonesia yang sedang menyediakan kerangka kemerdekaannya telah bersetuju menerima Semenanjung Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada Republik Indonesia. Pengisytiharan kemerdekaan Indonesia yang cepat (pada 15 Ogos 1945) ,telah membantutkan persetujuan itu. Dengan itu harapan Abdul Rahim Kajai, Za’ba dan Ishak Haji Mohamad untuk menerima pakai bahasa Indonesia bagi menggantikan bahasa Melayu tidak tercapai.27Ternyata para nasionalis ini,yang dahulunya menentang British kerana meminggirkan bahasa Melayu,kini dalam pentadbiran Jepun,telah membunuh bahasa Melayu untuk menerima Indonesia sebagai bahasa dan ketua politiknya.

Selepas 1948,pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi Tanah Melayu berlaku dengan jelas dalam usaha untuk mendapatkan kerajaan sendiri dan merdeka.Salah satu perkara yang dipersetujui di antara AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) dan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat)28ialah menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Manakala dalam Perjanjian Persekutuan 1948,yang menggantikan Perjanjian Malayan Union 1946, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi pentadbiran di semua peringkat. Bahasa Melayu tulisan Jawi, bagaimanapun tetap menjadi bahasa utama masyarakat Melayu dan pentadbiran Negeri Melayu. Kedudukan bahasa Melayu dalam Perjanjian 1948 ini tetap sama seperti sebelum 1941.29


1950an…..

Pendaulatan bahasa Melayu sebagai satu alat politik penyatuan negara-bangsa Persekutuan Tanah Melayu berlaku pada tahun 1955. Parti Negara (PN) dalam Federal Legislative Council (FLC) atau Majlis Perundangan Persekutuan (MPP),telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.  Cadangan PN ini adalah  satu pandangan jauh dari sebuah parti politik yang cuba mencari identiti kebangsaan bagi Tanah Melayu yang akan mendapatkan kemerdekaan dari British selepas pilihan raya persekutuan 1955. Ada beberapa alasan yang telah diberikan. Pertamanya, PN melihat bahawa bahasa Melayu telah menjadi lingua franca bagi Semenanjung dan persekitarannya dan alat perhubungan antarabangsa dalam perdagangan di rantau ini. Penjajahan Barat di rantau ini telah menghilangkan peranannya yang penting itu sehingga bahasa Inggeris, Belanda dan Perancis menjadi bahasa pentadbiran dan perdagangan dinegeri-negeri yang dijajah oleh mereka.Oleh itu,` adalah sesuai sebagai sebuah negeri yang akan bergerak kearah kerajaan sendiri,bahasa Melayu diberi tugas semula sebagai satu alat pengucapan yang sama diantara kita dan digunakan diantara kaum sebagai alat komunikasi dan ia sebenarnya adalah bahasa kebangsaan yang sebenarnya negeri ini.”30

Perbincangan tentang cadangan PN ini menerima pandangan balas dari ahli MPP. Seorang anggota UMNO, Dato' Haji Mohammed Eusoff telah menyokong cadangan ini. Bagi beliau telah tiba masanya untuk ahli-ahli MPP memikirkan kepentingan bahasa kebangsaan sebagai alat pembinaan negara yang akan merdeka.Sokongan juga diterima dari MacLeod, seorang penyokong PN; yang bersetuju bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan kerana sifatnya sebagai negeri Melayu.S. O. K. Ubaidullah juga menyokong cadangan ini di samping beberapa anggota MPP yang lain seperti, Encik Mohd. Yusof, Haji Ahmad Fuad, Leong Yew, Koh, Tunku Abdul Rahman, Saadon Zubir dan R. Ramani.Malah angora MPP telah bersetuju sebulat suara menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.31


Kemerdekaan  Persekutuan Tanah Melayu 1957….
Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu selepas 1957,telah dilakukan dengan bersusah payah oleh Parti Perikatan yang menjadi kerajaan. Parti Perikatan terpaksa, menghadapi permasalahan itu di dalam dan di luar partinya. Pertelingkahan UMNO dan MCA terhadap isu itu telah menyebabkan ketegangan dan kekecohan dalam Parti Perikatan. MCA yang didukung oleh dua golongan yang bertentangan pendirian terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,terpaksan menghadapi satu krisis dalaman yang besar.Kumpulan MCA yang pro-pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah ditentang oleh sebuah kumpulan yang mahu bahasa Mandrin menjadi salah satu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Negara ini. Ia diketuai oleh Dr.Lim Chong-eu,Presiden MCA yang pula  disokong oleh beberapa persatuan sekolah Cina dan badan bukan kerajaan Cina .Tengku Abdul Rahman sebagai Presiden Parti Perikatan terpaksa memberi kata dua kepada kumpulan itu.Untuk mengatasi kumpulan itu,Tun Tan Siew Sien telah menjadi Presiden MCA . Dr.Lim Chong-eu menubuhkan sebuah parti baru yang disokong oleh kumpulan kedua daripada MCA dan diluar MCA.

Ketidaktegasan UMNO/Parti Perikatan untuk memutuskan soal bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tercatit jelas dalam Testament Amanah Politik Perikatan 1956. Dalam peruntukan `Bahasa Melayu dan bahasa lain’, dicatitkan bahawa bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris hendaklah dipakai sebagai bahasa rasmi dalam tempoh 10 tahun… kelayakan-kelayakan bahasa bagi calon-calon (parlimen) hendaklah dihapuskan dan di dalam tempoh 10 tahun seseorang ahli Dewan Undangan yang tidak boleh bertutur dalam ‘Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan fasihnya adalah berhak bertutur dalam bahasanya sendiri dengan syarat pengerusi mengetahui bahasa itu serta pula boleh menyalin pertuturan itu’.32

Peruntukan seperti ini tidak menyenangkan parti-parti pembangkang Melayu itu. PN, PAS dan Parti Rakyat Malaya (PRM) pimpinan Dato’ Onn, Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam telah mempertikaikan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi secara berkesan.Bahasa Melayu tidak akan dapat memainkan peranannya dengan berkesan kerana adanya kelonggaran seperti itu.Ia akan sentiasa tercabar kerana peruntukan seperti itu.33 PAS juga mengambil pendirian yang sama. Dengan kebudayaan Melayu menjadi teras kebudayaan kebangsaan dan pendidikan kebangsaan, bererti PAS dengan tegas mendaulatkan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan kebangsaan Tanah Melayu merdeka34.Ahmad Boestamam, pemimpin PRM juga mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Parti Buruh Malaya mendesak supaya bahasa Mandrin dijadikan bahasa rasmi dan sistem sekolah Cina diterima sebagai sistem sekolah kebangsaan. Pendirian PBM  ini sama dengan sebilangan anggota MCA dan Dr.Lim Chong- eu.

Suruhanjaya Reid,yang dianggotai oleh orang luar untuk mendraf perlembagaan Tanah Melayu merdeka, telah menerima cadangan Parti Perikatan yang mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa boleh digunakan dalam masa 10 tahun selepas merdeka. Walaupun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi pembelajaran, penggunaan dan perkembangan bahasa-bahasa lain tetap dibolehkan kecuali urusan rasmi.

Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak dapat tidak mesti diselarikan dengan dasar pendidikan kebangsaan. Ini kerana melalui sistem pendidikan kebangsaan ini, pembentukan negara-bangsa merdeka Tanah Melayu akan dapat dipupuk dan dikembangkan supaya perpaduan rakyatnya dapat dilahirkan dengan lebih mudah.Pembinaan Negara-bangsa bagi sebuah masyarakat majmuk seperti Tanah Melayu perlukan satu ejen yang berkesan untuk mencapai matlamat itu; pendidikan adalah pemangkin yang penting bagi proses pembinaan perpaduan politik dan sosioekonomi masyarakat negara ini.Melalui pendidikan ini juga bahasa Melayu boleh memainkan peranan dan dikembangkan sebagai bahasa ilmu.

Penyata Razak 1956 yang menjadi pembina dasar pendidikan negara merdeka telah mengikut peruntukan dalam perlembagaan itu. Penyata Razak mengatakan bahawa sekolah kebangsaan adalah dalam bahasa Melayu dan sekolah-sekolah bahasa venekular lain akan terus kekal selama 10 tahun dan dinamakan sebagai sekolah jenis kebangsaan. Semua sekolah jenis kebangsaan ( sekolah yang mendapat bantuan kerajaan) itu, bahasa Melayu akan diajar sebagai mata pelajaran wajib.Bagi sekolah kebangsaan pula, bahasa-bahasa lain akan diajar sebagai satu mata pelajaran jika ada permintaan dari 5 orang penuntut. Pelaksanaan sekolah kebangsaan itu hanya dapat dilaksanakan pada tahun 1970-an ;dengan itu peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat dilaksanakan.Sebaliknya,sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil terus dipertahankan dan tidak berubah statusnya walaupun mendapat bantuan kerajaan.Kekuatan politik kaum-kaum itu telah menyebabkan ia diiktiraf dalam sistem pendidikan kebangsaan pada hari ini.

Dengan itu pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi selepas merdeka tidak dilaksanakan dengan lancer. Akibat tentangan dari kelompok-kelompok masyarakat yang disokong oleh parti-parti politik dan persatuan-persatuan quasi politik, proses mendaulatkannya mengambil masa yang begitu panjang dan penuh bermasalah dan masih tidak mencapai matlamatnya. Kepercayaan masyarakat kepada kemampuannya sebagai bahasa perpaduan dan sebagai satu identiti kebangsaan hanya tercetus dalam minggu bahasa kebangsaan dan lagu Bahasa Kebangsaan yang berkumandang di radio sahaja.Hasrat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga tidak mudah dilaksanakan. Ini terus menjadi isu politik sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

Kesimpulannya boleh dikatakan bahawa pendaulatan bahasa Melayu yang bermula sebagai satu isu nasionalisme orang Melayu telah menjadi satu dasar perjuangan kaum nasionalis yang tidak jemu-jemu dibangkitkan sejak awal kurun ini. Mereka melihatnya sebagai satu identiti ketuanan Melayu ke atas negara ini. Setiap parti politik Melayu yang ditubuhkan mendukung cita-cita ini sehinggalah mereka dapat menterjemahkannya dalam perlembagaan Merdeka 1957. Namun terjemahan itu tidak sepenuhnya berjaya kerana desakan-desakan politik kelompok lain. Sistem pendidikan kebangsaan yang menjadi penterjemah itu juga berkompromi dengan desakan kelompok bukan Melayu sehingga ke hari ini. Malah dengan penekanan Wawasan 2020 yang mahukan industri dan globalisme sebagai senjata pembangunan negara dan ummah, bahasa Inggeris telah menjadi tumpuan. Bahasa kebangsaan dengan itu menjadi bahasa rasmi di majlis-majlis kecil negeri dan persekutuan serta majlis sastera dan budaya etnik Melayu. Bahasa Inggeris pula menjadi bahasa ilmu di universiti, bahasa persidangan dan seminar universiti dan badan bukan kerajaan walaupun hanya untuk membincangkan masalah kemiskinan dan sosial untuk masyarakat di Malaysia secara umum. Segala pertemuan politik, ekonomi dan perdagangan antarabangsa di Malaysia menggunakan bahasa Inggeris walaupun wakil dari Indonesia, Jepun dan China tetap berucap dalam bahasa masing-masing.
Apakah kata-kata seorang nasionalis ini masih sesuai kepada kita. `Jika inilah sikap (British) nyata sekali bahasa Inggeris lebih utama dari bahasa Melayu, maka bahasa Melayu nanti jadi bahasa kuli iaitu bahasa yang dicakapkan oleh orang yang tidak berpelajaran Inggeris."35Apakah ini juga satu realiti politik bahasa Melayu dalam zaman yang bukan lagi dijajah oleh British?


Penggunaan Bahasa Melayu Bahasa Pendidikan Dan Ilmu Pada  1970an Hingga 1980an
Pada tahap-tahap ini,pelbagai langkah telah dilakukan uintuk memastikan bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu. Bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah, bahasa pentadbiran kerajaan , bahasa perhubungan dan bahasa ilmu dipusat pengajian tinggi.Bahasa Melayu juga sedikit demi sedikit menggantikan aliran Inggeris untuk menjadi aliran kebangsaan sepenuhnya. Bahasa Melayu juga mula diajar sebagai mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah swasta dan jenis Kebangsaan Inggeris,Cina dan Tamil. Malah,semua kuliah yang diajar di universiti-universiti  telah digantikan secara beransur-ansur dalam bahasa Melayu seperti di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia,P.Pinang. Di samping itu, perancangan bahasa juga telah berlaku dalam tempoh 1970-an. Pembinaan istilah-istilah baru, sistem ejaan yang baru dan kamus-kamus pelbagai konsep,telah dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP),sebagai badan khas untuk membena bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.

Menurut Mukhtaruddin (1982), mulai daripada tahun 1970, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) telah menggesa supaya semua darjah Satu dan darjah Dua sekolah-sekolah jenis kebangsaan Inggeris menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Di samping itu, jumlah waktu mata pelajaran bahasa Melayu ditambah.  Selain itu, pada peringkat sekolah menengah pula, PENA juga telah menggesa supaya bahasa pengantar di kelas peralihan ditukar daripada Inggeris kepada bahasa Melayu. Tambahan itu, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan mengambil ujian lisan sebagai sebahagian daripada penentu untuk lulus Bahasa Kebangsaan dan mulai tahun 1971 Kertas Am Bahasa Kebangsaan diisyaratkan lulus untuk Sijil Tinggi Persekolahan,yang masih beraliran Inggeris. Di samping itu,kolej-kolej pendidikan tinggi digesa mengambil lebih ramai murid aliran kebangsaan,bagi memobolehkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat dipertingkatkan.Bagi maktab-maktab perguruan pula bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantarnya dan pelajar-pelajar yang lulus haruslah mampu menguasai dan mengajar dalam bahasa Melayu. Pada peringkat universiti pula, bahasa Melayu telah diwajibkan dalam menyampaikan kuliah. Pada tahun 1976, semua kuliah telah dijalankan dalam bahasa Melayu di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia.Pada 1983,aliran kebangsaan sepenuhnya telah memasuki universiti sebagai tanda perlaksanaan dasar bahasa kebangsaan dan bahasa pendidikan dan ilmu dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Dalam tempoh 1970-an,sistem peperiksaan juga telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pepeeriksaan. Peperiksaan Sijil Persekolahan Seberang Laut telah dimansuhkan. Di samping itu, murid-murid Tingkatan Lima di sekolah menengah jenis kebangsaan Inggeris yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dikehendaki lulus dalam bahasa Melayu. (Ahmat Adam, 1994: 95). Pada tahun 1971, mata pelajaran Geografi dan Sejarah di dalam peperiksaan Penilaian Darjah 5 telah diperiksa dalam Bahasa Melayu di sekolah rendah jenis kebangsaan Inggeris.  Pada tahun 1974 semua mata pelajaran dalam peperiksaan penilaian telah dijalankan dalam bahasa Melayu. Dengan itu penyampaian ilmu dan pendidikan dalam bahasa Melayu telah dimulakan diperingkat sekolah menengah, maktab dan universiti pada 1970an dan 1980an. Malah,tidak keterlaluan jika dikatakan,bahasa Melayu telah dapat menjadi matang sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu dengan perlaksanaan yang jelas dan tegas dalam semua struktur dan ilmu pengetahuan. Cuma disekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil sahaja ia masih tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana campurtangan politik parti pembangkang atau kurangnya kuasa politik kerajaan untuk melaksanakannya.


Tindakan Memperkukuhkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Dan Bahasa Ilmu.
Perancangan untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu tidak akan lengkap jika perancangan untuk meningkatkan mutunya tidak dilakukan oleh DBP,sebagai ejen perkembangan,pemantapan dan pelindong survival bahasa Melayu.Antara langkah-langkah itu ialah memperkukuhkan sistem ejaan Rumi bersama kerajaan Indonesia,penubuhan majlis bahasa Melayu antarabangsa,pembentukan tatabahasa baru,pembentukan sebutan yang baru,penciptaan istilah-istilah dan penghasilan kamus-kamus pelbagai penggunaan.

Sistem Ejaan
Pada 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tun Hussein Onn dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Tuan Mahsuri. Kenyataan bersama tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah dipersetujui oleh para ahli linguistik dan bahasa daripada kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan. Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi ialah perumusan dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia pada 16 Ogos 1972. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama (ERB) yang diguna hingga kini. Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Namun,ia tidak terlaksana sepenuhnya;tiap-tiap negara masih terpisah dalam sistem ejaan mereka.



Pembentukan Istilah
Dari sudut istilah bagi menggarap ilmu pengetahuan pula,sebuah majlis yang dinamakan Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM),bagi membuat kerjasama itu telah ditubuhkan pada tahun 1972. Majlis ini telah berjaya menghasilkan sebuah garis panduan untuk ejaan baru, iaitu Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan sebuah lagi untuk peristilahan, iaitu berjudul Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu pada tahun 1975 yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan terbitnya buku ini, maka sebahagian besar kekeliruan tentang sistem ejaan bahasa Melayu dapat diatasi. Pada tahun 1976 pula, Majlis Bahasa Malaysia-Indonesia yang telah mengadakan persidangan di Kuantan memutuskan bahawa akhiran “ysis” dan “esis” dalam bahasa Inggeris perlu diterjemahkan secara malar dan diberikan bentuk “isis” sahaja dan bukan “isa”. Misalnya perkataan “analisa”  kini telah menjadi “analisis”.
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu merupakan hasil yang penting daripada kerjasama tersebut yang telah banyak membentuk kerja-kerja peristilahan. Sejumlah 164,049 istilah dalam pelbagai bidang/subbidang ilmu telah berhasil disepakati. Selain itu, 40 buah kamus istilah dapat diterbitkan dalam tempoh dari tahun 1986-2002 dan beberapa buah kamus lain sedang diusahakan.

Dewan Bahasa dan Pustaka telah menubuhkan Jawatankuasa Istilah Kerajaan dan Perjawatan, dan Jawatankuasa Istilah Sains Am. Panduan dan falsafah yang dipegang dalam pembentukan istilah tahap awal itu ialah menjaga kemurnian bahasa Melayu dan panduan ini sebenarnya mengongkong proses pembentukan istilah itu. Namun begitu, beberapa istilah telah dapat bertahan sampai sekarang seperti stesen, kimia, dan sains. Terdapat beberapa istilah waktu itu sudah dipinda oleh sebab tidak dapat mendukung konsep asalnya. Contohnya ilmu jiwa, kajirumpun bangsa, ilmu hisab dan kajibentuk bumi. Istilah yang dipakai sekarang ialah psikologi, ethnologi, matematik dan geomorfologi.Tahap kedua dalam pembentuk istilah berlaku sekitar tahun 1960 hingga1975. Jawatankuasa Istilah ini telah menghasilkan 71,887 istilah sehingga tahun 1975. Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) telah ditubuhkan sejak Disember 1972, sebagai penasihat tertinggi mengenai bahasa bagi membantu usaha-usaha Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahap awal penubuhan JKTBM ialah untuk mewakili Malaysia dalam usaha kerjasama bagi menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru dengan Indonesia. Usaha ini berhasil dan dipertingkatkan kemudiannya. Selanjutnya tugas jawatankuasa tersebut mencakupi pula aspek peristilahan dan  malahan dianggap oleh kerajaan sebagai badan tertinggi dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu. 

Pedoman Umum Pembentukan Istilah (PUPI) telah menandakan bermulanya zaman ini. PUPI diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1975. Pedoman ini ialah hasil usaha MBIM yang mengambil masa tiga tahun untuk dibentuk bagi membantu pembentukan istilah untuk bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia. PUPI dibentuk dengan sumbangan pakar ahli bahasa dan ilmu kedua Negara, dengan berpandu kepada amalan dalam usaha yang sama di peringkat antarabangsa. Pedoman ini telah diisytiharkan pemakaiannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri  Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 30 Ogos 1975 (Abdullah Hassan, 1987: 85).

Pada tahun 1981, DBP telah mengeluarkan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu.  Buku yang paling muktahir tentang sistem ejaan Rumi bahasa Melayu ialah Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1996. Menjelang pada tahun 1980-an, akhiran “isasi” atau “ifikasi” yang sangat popular pada tahun 1960-an dan 1970-an telah digantikan dengan penggunaan “pe-an” oleh para penerbit karya ilmiah tanpa sebarang sokongan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Keperluan terhadap istilah-istilah baharu dalam bidang tertentu dan keperluan terhadap istilah bidang ilmu dan profesional yang baharu terus-menerus ditangani oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama pakar-pakar ilmu yang sebilangan besarnya terdidik dalam sistem pendidikan kebangsaan,yang menggunakan bahasa Melayu.Mereka terlibat secara intensif melakukan penggubalan istilah, menyususn glosari dan kamus istilah serta mengembangkannya dalam kuliah mereka di institusi pengajian tinggi dan juga dalam pengurusan institusi profesional masing-masing. Mereka juga terlibat terlibat dalam penghasilan karya ilmiah dalam bentuk buku dan kamus ensiklopedik dalam bidang masing-masing.Dijangka bahawa dengan strategi bersepadu ini, penghasilan karya ilmu dalam bahasa Melayu akan dapat memenuhi keperluan mengilmukan generasi pembina negara.


Pembentukan Tatabahasa
Tatabahasa Melayu sebagai asas sistem bahasa Melayu yang berkaitan dengan proses pembinaan kata dan ayat telah menjadi perhatian dan kajian sarjana Eropah, iaitu Belanda dan Inggeris sejak abad ke-17. Usaha penyusunan tatabahasa Melayu yang meninggalkan kesan dan pengaruh yang cukup besar ialah yang dilakukan oleh Pendeta Za`ba. Karyanya yang berjudul Pelita Bahasa Melayu sebanyak tiga jilid telah membantu memantapkan perkembangan bahasa Melayu apabila buku tersebut menjadi rujukan utama dalam sistem pendidikan di negara ini selama puluhan tahun sejak 1940-an. Pada tahun 2000, buku itu diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam ejaan Rumi baharu sebagai buku edisi mewah.Dewan Bahasa dan Pustaka berusaha mengemaskinikan tatabahasa Melayu dengan menerbitkan Tatabahasa Dewan Jilid 1 (1986), Tatabahasa Dewan Jilid II (1989) dan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993).


Pembentukan Sebutan dalam Bahasa Melayu
Usaha membakukan sebutan bahasa Melayu telah mula dibincangkan dan dirumuskan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun 1984 telah mula menggerakkan perumusan sebutan baku yang berasaskan rumusan Kongres dan bersempena dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu di sekolah pada tahun 1988, sebutan baku yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah diintegrasikan dalam sukatan pelajaran baharu mata pelajaran Bahasa Melayu. Bahan terbitan yang telah dihasilkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka antaranya termasuklah Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Sebutan Baku Bahasa Melayu(berserta kaset) dan DaftarKata Bahasa Melayu: Rumi – Sebutan – Jawi.
Masalah sebutan disifatkan sebagai masalah yang sangat rumit. Oleh sebab itu, perancangan pembakuannya di Malaysia dilaksanakan selepas dimantapkan aspek-aspek bahasa yang lain. Antara kegiatannya diperturunkan seperti yang berikut:
(i)Mengadakan penyelidikan melalui beberapa bengkel dan seminar sejak awal Rancangan Malaysia keempat (1981)
(ii)Kegiatan kajian tentang sistem fonologi bahasa Melayu dan dialek diadakan sejak awal 1980-an. Beberapa bengkel diadakan sehingga tahun 1987.
(iii)Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pakar-pakar bahasa. 
(iv)Perumusan tentang pedoman sebutan baku dibuat oleh sebuah Jawatankuasa Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia dan PLM serta pakar-pakar bahasa pada tahun 1987.


Pembentukan dan Pengembangan Kamus
Kamus Dewan, iaitu kamus ekabahasa yang pertama bagi DBP adalah satu kegiatan memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang dihormati.inilah asas maruah bahasa Melayu sebagai bahasa tamadun bangsa dan negara.Pelbagai jenis dan kopnsep kamus yang telah diterbitkan oleh DBP.Penerbitan kamus untuk penyebaran ilmu dan penyatuan masyarakat sejak 1970 lagi.Antara kamus yang telah diterbitkan oleh DBP bagi memperkukuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,adalah:
1)Kamus Dewan,tang telah diterbitkan pada tahun 1970 dan diulang cetak pada tahun 1984, dengan perubahan ejaan mengikut sistem ejaan baru.Ia telah diusahakan sejak 1964.Terdapat 30,000 patah perkataan didalamnya.
2)Kamus Dewan Edisi Baru diterbitkan pada tahun 1989(edisi kedua)dengan tambahan perkataan/entri sebanyak 900. Edisi ketiga diterbitkan pada tahun 1994 dengan tambahan entri sebanyak 2000 perkataan.Terbitan pada 1995 pula telah menambah 6,000 perkataan dan terbitan 2005 pula telah menambah 5,000 entri.
3)Kamus Bahasa Melayu Edisi Pelajar, diterbit pada tahun 1975
4)Kamus Pelajar Bahasa Melayu telah diterbitkan pada tahun 1983. Kamus Pelajar disusun berasaskan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar .
5)Kamus Dwibahasa, iaitu Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu juga telah diterbitkan pada 1984.
6)Untuk pelajar sekolah menengah pula, Dewan Bahasa dan Pustaka menyusun dan menerbitkan Kamus Bahasa Melayu  Edisi Pelajar pada tahun 1975 dan Kamus Pelajar Bahasa Melayu  pada tahun 1987.
7)Kamus Rendah Dewan Bergambar telah diterbitkan pada tahun 1989 dan pada tahun 2003 terbit edisi keduanya dengan judul Kamus KBSR Dewan Bergambar.Ini adalah kusus untuk pelajar sekolah rendah.
8)Terdapat juga kamus yang diusahakan oleh penerbit-penerbit swasta. Contohnya ialah seperti kamus-kamus ekabahasa dan dwibahasa yang diusahakan oleh A.S Hornby et al. (1972), A.K. Mohamad (1973), Mohd Salleh Daud (1973), Sulaiman Masri (1973), Meji Sulung (1974) dan Kader M.A. (1974).
9)Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris-Bahasa Cina;
10)Kamus istilah dalam pelbagai bidang sains asas, sains kemasyarakatan, dan lain-lain lagi, contohnya Kamus Istilah Sains Am (1988); kamus khusus seperti kamus tentang sinonim, dialek, etimologi, ungkapan, peribahasa, dan lain-lain. Kamus ini disusun mengikut keperluan golongan profesional.
Ternyata ,sepanjang tempoh 1970-an dan 1980-an, terdapat banyak perubahan yang telah dibuat dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pendidikan.Usaha-usaha itu juga memperlihatkan peranan DBP yang penting sebagai ejen melastari bahasa Melayu sebagai bahasa yang berkualiti,maju dan profesional bagi menggarap ilmu dan tamadun bangsa dan negara.


Kempen Kesedaran Bahasa
Bagi mengekalkan kewujudan bahasa khususnya bahasa Melayu, beberapa usaha telah dilaksanakan. Sebagai contoh ialah “Program Gerakan Cintailah Bahasa Kita” yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 oleh Perdana Menteri Malaysia, bertujuan untuk membina kesedaran dan mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa di Malaysia. Pelbagai kempen kesedaran bahasa telah dijalankan supaya masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu khususnya akan lebih menghargai bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. Walaupun kita telah menempuh era yang baru, tidak bermakna bahasa yang kita gunakan juga baru. Kita harus mengekalkan keaslian bahasa kita dalam negara mahu pun di luar negara. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bangga dengan bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian yang melambangkan identity sesebuah bangsa. 


Cabaran Bahasa Melayu tahun 1990 hingga 2012 sebagai bahasa ilmu:
1)Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?
Pada tempoh ini bahasa Melayu mula dicabar kedudukannya dan namanya.  Isu bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia sering kali diperdebatkan kerana masyarakat Malaysia masih tidak tahu perbezaan Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Sebenarnya kedua-dua bahasa tersebut walaupun pada zahirnya sama, ianya tetap berbeza dari segi pendefinisian maksud dan latar belakang sejarah. Bagaimana kedua-dua bahasa ini berbeza di kotak fikiran kita? Menurut Pengerusi Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rahim Aman, berkata penggunaan istilah bahasa Malaysia lebih berbentuk politik dan tidak merujuk kepada ilmu bahasa, sedangkan istilah yang tepat ialah bahasa Melayu dengan mengambil kira sejarah, akademik dan hakikat ilmu.

Istilah Bahasa Melayu  diganti dengan istilah bahasa Malaysia kerana ianya dikatakan bersifat majmuk dan sesuai bagi menggambarkan bahasa yang diterima pakai secara meluas oleh rakyat Malaysia. Bahasa Melayu kononnya menjadi tidak sesuai dengan kerencaman bangsa di negara ini selain tidak seiringan dengan cita-cita mahu mewujudkan bangsa Malaysia yang selayaknya menggunakan bahasa Malaysia. Kononnya juga apabila disebut bahasa Malaysia, maka dunia luar akan menggambarkan satu bahasa yang digunakan oleh bangsa Malaysia sedangkan hakikatnya tidak begitu. Isu Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia mula ditimbulkan kerana kehadiran sesetengah pihak yang melihat bahawa “Melayu” dan Bahasa Melayu tersebut merujuk kepada kaum Melayu sahaja dan kerana itu bahasa Melayu adalah bahasa perkauman,walaupun perlembagaan negara telah meletakkannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahada pendidikan/ilmu negara,seperti yang disebut oleh Perkara 152,sejak 1957 lagi.

Desakan mereka itu berjaya sehingga Kabinet telah membuat keputusan untuk menggantikan sebutan bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia.Kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak :
“Keputusan Kabinet menukar istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bagi mengelakkan polemik selain bagi menunjukkan bahasa itu milik semua kaum. Kita tahu Bahasa Kebangsaan itu merupakan Bahasa Melayu, tetapi kita nak bahasa itu dijadikan bahasa kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira keturunan, kumpulan etnik dan sebagainya.Kita anggap Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik kita semua, itulah rasionalnya”.

“Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin dilaporkan berkata keputusan sebulat suara itu dibuat Kabinet pada April memandangkan ia bakal menanamkan semangat bahasa kebangsaan milik semua tanpa mengira kaum. Sehubungan itu, semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi yang lain telah diarahkan supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah Bahasa Malaysia dalam surat-menyurat, notis dan dokumen, berkuatkuasa serta-merta. Istilah Bahasa Malaysia diperkenalkan Bapa Kemerdekaan iaitu Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman selepas negara mencapai kemerdekaan sebagai langkah menanam identiti Malaysia. Ia diguna pakai secara meluas sehinggalah 1986 apabila ditukar kepada istilah Bahasa Melayu, kata Zainuddin. Beliau berkata RTM sudah mula menggunakan istilah Bahasa Malaysia untuk merujuk kepada bahasa Melayu dan mengarahkan semua stesen televisyen dan radio swasta serta suratkhabar supaya turut menggunakannya.” ( Berita Harian ,4 Jun 2007)

Adakah alasan itu bernas? Soal perkauman terus ditimbulkan sehingga hari ini; kali ini menyentuh soal agama dan institusi raja.Ternyata ada agenda politik yang tersirat sehingga perlembagaan diganggu gugat. Dasar berlembut kerajaan nampaknya terus digunakan untuk mencabut akar umbi perlembagaan. .Harga yang dibayar ialah perpaduan kaum dan keharmonian negara.Rakyat Malaysia ,terutama yang mencabar perlembagaan atas nama kebebasan bersuara dan berpolitik,patut disedarkan dengan bersungguh-sungguh. Cukuplah bahasa Melayu menjadi korban kerakusan politik mereka.Namun,bahasa Melayu kekal dalam perlembagaan dengan kedudukannya pada 1957.Biarkan  ia terus menjadi bahasa Melayu yang membawa konotasi asimilasi bahasa yang dituturkan oleh semua kaum.(Utusan Malaysia Online, 5 Oktober 2012)

2) Bahasa Melayu atau  Bahasa Inggeris dalam penyebaran pendidikan /ilmu?
Isu pengunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan juga hangat diperkatakan dan banyak mengundang kontroversi. Tetapi , yang menjadi mangsa ialah para pelajar yang keliru dengan sistem pendidikan di Malaysia. Bila isu ini mula dibangkitkan? Isu mula timbul apabila pada tahun 1993, Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat pengumuman bahawa semua kuliah sains dan tekonologi di universiti hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris.Nada ini tidak sama pada awal  tahun 1970-an ketika menjadi Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia.Beliau dengan tegasnya menyatakan bahawa bahasa Melayu mestilah dijadikan bahasa penghantar untuk semua kursus di universiti.Semasa menjadi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah membuat pengumuman bahawa mata pelajaran sains dan matematik di sekolah akan diajarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun  2003. Alasan yang diberi ialah untuk mendapatkan ilmu antarabangsa yang disebarkan dalam bahasa Inggeris.Kepayahan untuk melakukan  terjemahan dan pembentukan istilah dalam disiplin-disiplin ilmu itu diperingkat universiti juga dibangkitkan,walaupun berjuta mereka yang telah belajar disekolah dan bergraduat diuniversiti menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantaran pendidikan dan penyebaran ilmu itu.Usaha DBP selama ini sia-sia belaka.Wang yang telah dikeluarkan oleh negara untuk menguruskan perkara itu juga menjadi sia-sia.Peranan tenaga-tenaga pakar tempatan dalam perbagai disiplin ilmu,berkubur begitu sahaja.

Pada tahun 2003,Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah dilaksanakan dengan kebingongan yang jelas.Semua perkara seperti buku teks,latihan semula guru-guru,kewangan yang banyak dan elaun-elaun khas terpaksa diadakan.Namun,apa yang sangat dasar ialah bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan dan ilmu telah tercabar dan dipinggirkan.Malah,bahasa Melayu dimalukan dengan peranan yang didokong sejak kemerdekaan negara.Ia sebenarnya adalah satu kejayaan politik kepada golongan yang  menolak bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu sejak merdeka lagi.Mereka berjaya mempertahankan pengajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa ibunda masing-masing,tetapi tidak disekolah kebangsaan.Ini yang amat menyedihkan;dasar negara boleh diketepikan oleh golongan tertentu kerana kekuatan kuasa politik dan perpaduan mereka.Dasar negara menjadi berbolak balik kerana pendirian politik yang berbeza-beza.Patriotisme negara tidak penting kepada segelintir rakyat Malaysia.

Penerimaan rakyat Malaysia perbagai dalam soal ini.Pemuda UMNO/ Barisan Nasional melahirkan kebimbangan dengan keberkesanan pelaksanaan dasar tersebut. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan  Kebangsaan (KPPK) menyambut dengan baik pengunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik bagi mengelakkan sindrom tidak tahu berbahasa inggeris menjadi semakin buruk dalam kalangan pelajar luar bandar khasnya.  (Tajul Ariffin Noordin, Roslee Ahmad, Rahimawati Abdul Rahim, 2007).Menteri Pengajian Tinggi,menjawab:

“Yang pertama kita kena faham bahawa pelajar-pelajar tahun satu yang masuk sekolah pada tahun 2003 mempunyai masa selama enam tahun untuk memantapkan bahasa Inggeris mereka. Enam tahun itu adalah satu jangka masa yang panjang. Saya yakin selepas enam tahun, mereka akan fasih dalam bahasa Inggeris.Peperiksaan UPSR dalam bahasa Inggeris sepenuhnya hanya akan diwajibkan selepas enam tahun. Cara kerajaan menggerak kemajuan ialah dengan memaksa kemajuan itu berlaku dan bukannya memupuk benda itu sampai matang,... Kita pula masih lagi leka membaiki itu, membaiki ini. Saya tidak khuatir jikalau pada tahun 2003 nanti akan ada banyak masalah. Kita harus berani menghadapi masalah. Kalau dilihat di luar bandar, masalah itu lebih besar. Kita kena terima dan kita kena hadapi masalah itu dengan berani. Jangan kita lari daripada masalah.”(Musa Muhamad:Jangan lari daripada masaalah.)


3)Isu Bahasa Rojak
Bahasa Melayu kini juga terkena pencemaran yang jelas akibat daripada tindakan mencamporadukkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan juga bahasa-bahasa lain kedalam penuturan dan penulisannya.Ini tidak berlaku kepada bahasa inggeris yang terus kukuh sebagai bahasa yang disegani.Menurut Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam sebuah kenyataan akhbar , beliau menyatakan bahawa bahasa kebangsaan kini didapati luntur terutamanya dalam pertuturan kerana ia dicampur aduk dengan unsur-unsur bahasa rojak.``Kini, jarang kita dapati orang yang boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan yang utuh.``Kebanyakan kita di Malaysia berbahasa Melayu sekerat belut, sekerat ular iaitu sekerat bahasa Melayu, sekerat bahasa Inggeris,'' .(Utusan Malaysia?..........)

Bahasa rojak bukan sahaja meracuni bahasa Melayu dalam pertuturan seharian, di dalam Dewan Parlimen juga berlaku perdebatan dalam bahasa rojak. “Harapkan pagar, pagar makan padi’, kita mengharapkan pemimpin-pemimpin memberi teladanyang baik, lain pula kejadiannya. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib membuat teguran terhadap ahli Parlimen yang suka mencampur-adukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ketika berucap di Dewan Rakyat. Menurut beliau, “bukan sahaja ini tidak sedap didengar, tetapi lebih serius lagi ialah ia mencemarkan bahasa Melayu”. Ramli berkata kecenderungan mencampur-adukkan bahasa timbul antaranya didorong oleh faktor berpengetahuan lebih daripada satu bahasa atau merasakan perkataan Bahasa Inggeris mampu memberikan penerangan yang lebih baik lagi kepada daya fikirannya daripada menggunakan Bahasa Melayu. (http://www.malaysiakini.com/news, 18 April 2006)

Maka, melihat keadaan bahasa Melayu yang semakin parah, pelbagai langkah dan tindakan oleh kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan untuk memastiikan martabat bahasa kebangsaan kita tidak luput ditelan bahasa rojak. Sehubungan dengan isu tersebut , pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 diharap dapat memberi lebih kuasa kepada DBP untuk menangani penggunaan 'bahasa rojak' di kalangan masyarakat negara ini. Dr.Mohd. Puad Zarkashi,Timbalan Menteri Pendidikan, menyatakan bahawa kuasa yang diberi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka bukanlah bertujuan untuk menghukum tetapi memberi pendidikan bahasa Melayu yang betul.Raja Muda Perak Darul Ridzuan iatu Duli yang Teramat Mulia, Raja Dr. Nazrin Shah  pula telah  bertitah bahawa:

“Bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan diberi kemuliaan sebagai bahasa kebangsaan yang merupakan seba­hagian daripada semangat per­juangan kemerdekaan ketika nega­ra bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50.” 

Ucaptama baginda dalam Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan penggunaan Bahasa Melayu, pada 19 Julai 2007  di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 


Nota Hujung
1.Malaysia, 1972. Perlembagaan Persekutuan (Terjemahan), Jabatan Peguam Negara, Jabatan Cetak Kerajaan, K. Lumpur, hlm. 171-172.

2.Warta Malaya, 5 Jun 1931.

3.Perbincangan mengenai sumbangan Kaum Muda dalam memajukan bahasa Melayu ini tidak dapat dihuraikan dengan lanjut kerana ini adalah tanggapan penulis yang paling awal terhadap perkara ini. Kajian yang lebih serius terhadap hal ini patut dibuat, terutama dalam memberi persepsi-persepsi baru terhadap kumpulan ini ataupun gerakan kebangsaan Melayu secara menyeluruh di awal kurun 20.

4.Ini dibangkitkan oleh Onn Jaafar dalam Warta Malaya, 23 Oktober 1930 dengan mengatakan bahawa, ‘...kurang semakin lama semakin kurang. Lihalah sekarang berapa banyak pemberitahu-pemberitahu, kenya.taan dan berbagai karangan berkenaan pejabat tanah, mahkamah, cukai dan lain-lain dalam bahasa Inggeris, padahal tujuannya kepada orang Melayu..’. Abdul Rahim Kajai juga membangkitkan hal yang sama. ‘Mengikut Kajai, penggunaan bahasa Melayu tidak dihiraukan oleh kerajaan Inggeris di dalam menjalankan pentadbirannya di TanahMelayu’. Abdul Latiff Abu Bakar, 1984.Abdul Rahim Kajai,Wartawan dan Sasterawan Melayu,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 163.

5.Warta Malaya, 8 Mac 1930, 'Kerajaan Johor dan bahasa Melayu'.

6.Warta Malaya, 23 Oktober 1930.

7.Abdul Latiff Abu Bakar, 1984. Abdul Rahim Kajai,Wartawan dan Sasterawan, hlm. 164.

8.Sebuah petikan yang sangat popular dalam menggambarkan sikap dan polisi pendidikan British ini ialah: The curriculum of work will be to be very elementary, but it is sufficient for the ordinary requirements of Malay boys, who will become bullockwagon drivers, padi growers, fishermen, etc. and enable them by the time they have passed the fourth standard for read or to write the simple literature of their mother tounge either in Jawi or in rumi, to keep accounts of they become small shopkeepers and to work simple problems in money currency, weights and measures of their country. The System of Education in the Federated Malay States, Special Report on Education Subject, 1905, cd. 2379,pp. 9.

9.Untuk keterangan lanjut mengenai dasar pendidikan British kepada orang Melayu lihat Philip Loh, The Seed of Separatism, Kuala Lumpur: OUP, 1974, Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1922, Kuala Lumpur: DBP, 1991
10.Abdul Rahim Kajai mengatakan Tan Cheng Lock telah menolak bahasa Melayu oleh kerana kalimah-kalimah bahasa Melayu ini  tidak faedah untuk pengetahuan am, tidak mengandungi peribahasa yang dalam untuk khidmat berbagai-bagai ilmu wajib seperti sains, kedoktoran, kehakiman, geografi, falak...'. Majlis, 6 Disember 1934, dipetik dari Abdul Latiff Abu Bakar, op cit., hlm. 164.

11.Ahmad Boestamam dalam Majlis, 17 Januari 1940.

12.R. O. Winteadt, Pengarah Pelajaran Negeri Selat dan Negeri Bersekutu pada tahun 1931 telah mengatakan bahawa 'to introduce English would have the penicous result of sending the Malay away from his land to seek town life, generally as government subordinate'. The Educational Yearbook of the International Institute of Teachers College, Columbia University, 1931, pp. 98.

13.Onn Jaafar dalam Warta Malaya, 28 Oktober 1930.

14.Ahmad Boestamam dalam Warta Ahad, 23 Januari 1937.

15.Cadangan Za’ba ini telah dilaksanakan pada 1924,apabila sebuah institusi yang dikenal sebagai Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training College(SITC)atau Maktab Perguruan Sultan Idris),telah ditubohkan.Za’ba menjadi Pengarahnya yang pertama.Untuk keterangan lanjut tentang pejabat ini lihat Abdullah Sanusi Ahmad, Peranan Pejabat Karang Mengarang Dalam Bidang-bidang Sekolah Melayu dan Kesusasteraan Di kalangan orang Ramai, Kuala Lumpur: DBP, 1966.

16.Teguran Za'ba ini agak kurang benar sepenuhnya. Pada tabun 1924 atau 1927, telah diterbitkan sebuah buku teks bagi bahasa Melayu oleh guru besar SITC, Haji Hashim Hj. Talib, dengan judul Pelita Mengarang. Buku bahasa ini digunakan bagi panduan guru-guru bahasa Melayu sebelum Za'ba menghasilkan bukunya Pelita Bahasa. Mengikut Buyung Adil, Za'ba menjadikan buku teks ini sebagai salah satu rujukannya dalam menghasilkan kerjanya menyediakan teks bahasa Melayu yang baru, yang dihasilkannya sekitar tahun 1930-an. R. J. Wilkinson juga telah menghasilkan kamus Melayu pada awal 1910-an tetapi Za'ba melihat ia tidak sempurna kerana ditulis oleh orang asing.

17.Majlis, 26 Februari 1936, dipetik dari Abdul Latiff Abu Bakar, op cit., hlm. 164-165.

18.Warta Malaya, 5 Jun 1931.

19.Ibid,11 Januari 1930.

20.Ibid, 16 April 1931 dan 28 Mei 1931.

21.Warta Malaya 11 Januari 1930.

22.Warta Malaya, 15 Febuari 1931.Cadanganya ini telah dilaksanakan oleh beliau semasa menjadi Ahli Dalam Negeri pada 1955,dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa penubuhan sebuah pusat pengkajian dan perkembangan bahasa Melayu.Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada 1956 dengan Ungku Abdul Aziz,pensyarah Universiti Malaya menjadi Pengarahnya yang pertama.Ungku Aziz adalah anak saudara Dato’ Onn dan sepupu kepada Prof Syed Naguib dan Syed Hussain Al-Attas,tokoh-tokoh ilmuan Melayu yang tersohor.


23.Untuk keterangan lanjut lihat Ramlah Adam, `Semangat Asia and Fajar Asia: A Study of local magazines during the Japanese Occupation in the Malay Peninsular, 1943-1944’, 13th IAHA Conference, Sophia University, Tokyo, September 5-9, 1994.

24.Ini sangat ketara dalam Fajar Asia yang dipimpin oleh Zainal Abidin/Za’ba. Rencana-rencana nasionalis-nasionalis Indonesia itu dimasukkan dengan begitu kerap sekali dan kadang-kadang dalam bahasa dan ejaan Indonesia sepenuhnya.

25.Ishak Haji Mohamad yang menjadi pengarang Semangat Asia merupakan penulis rencana yang kerap sekali mengagungkan pihak pentadbiran tentera Jepun. Beliau menulis sebuah cerpen bertajuk Menebus Dosa dengan menggalakkan perpaduan semua bangsa di Semenanjung bagi menakluk Sumatera dan Malaya dalam Semangat Asia Raya. Sebuah ruangan ‘Taman Kanak-Kanak’ yang dikendalikannya dengan nama pena Bung Sakura, cuba menanamkan semangat pentingkan kerja tangan dan membuat perkakas keperluan harian dengan tunjuk ajar Jepun, yang dianggapnya sebagai ‘saudara tua kita'. Dalam rencana bertajuk ‘Mengajar bangsa dengan perbuatan', yang menggunakan nama H.M. Ishak, beliau memuji semangat seorang pemuda Melayu yang menunjukkan satu perubahan sikap baru orang Melayu, yang sepatutnya mengutamakan ekonomi perniagaan dan barang keluaran Jepun. A. Samad Ismail pula menulis sebuah cerpen yang memuji seorang petani yang berusaha mengatasi kekurangan makanan dengan menanam ubi kayu bagi menyambut seruan pemerintah Jepun. Za'ba pula mencadangkan orang Melayu menjadi “Malai baru” dan bekerjasam dengan Jepun bagi mendapat bantuan memajukan bangsanya. Ibrahim Haji Yaakob pula menulis rencana mengenai keagungan Melaka sebagai sumber semangat kekuatan orang Melayu untuk menyokong Jepun dalam Semangat Asia Raya. Untuk keterangan lanjut mengenai hal ini, SP84-Surat Persendirian Haji Abdul Manan Chik ,Arkib Negara, K. Lumpur.

26.Semangat Asia, Bilangan 8, 2603.

27.Za'ba mencadangkan supaya tulisan bahasa Melayu disatukan dengan bahasa kawasan   kepulauan Melayu yang lain di bawah lindungan Jepun.Fajar Asia, No. 10 Sichigatsu 2603.

28.Ibid.

29.Gabungan AMCJA-PUTERA ini telah dibuat pada Disember 1946 bagi menentang UMNO yang telah diterima oleh politik orang Melayu dalam merundingkan pembubaran Malayan Union yang ditentang oleh orang Melayu. PUTERA adalah terdiri daripada persatuan dan parti politik radikal dengan diketuai oleh PKMM, manakala AMCJA pula terdiri dari persatuan/Parti politik bukan Melayu yang  dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya (PKM ).Mereka menentang British, Raja-raja Melayu dan UMNO kerana mengekalkan penjajahan British dan ketuanan Melayu dalam politik Semenanjung. AMCJA-PUTERA dan PKM mahu British memberikan kemerdekaan dan menggunakan prinsip demokrasi di kalangan penduduk Tanah Melayu  seperti yang terdapat dalam  Perlembagaan Rakyat yang dibuat pada akhir 1947.

30.ini didasarkan kepada kandungan isi Perjanjian Persekutuan 1948 mengatakan dalam Bahagian 15-Berbagai-bagai, fasal 156, mengatakan perjanjian ini hendaklah dizahirkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu tetapi bagi memahamkan pengertian perjanjian ini hendaklah satu naskhah dalam bahasa Inggeris sahaja. Federation of Malaya Goverment Gazette Federal, 1949. The Federation of Malaya Agreement 1948, K. Lumpur,hlm.2-134.

31.Federation of Malaya, Proceedings of the Federal Legislative Council, (7th Session), March 1955 to Jun 1955, 'National Language', 31 March 1955.

32.Untuk keterangan lanjut mengenai hal ini lihat Ibrahim Mahmood, 1981.Sejarah Pejuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara .

33.Warta Negara, 6 Julai 1955, 26 Februari 1955 dan 8 Mei 1955.

34.SP 28 (Surat Persendirian Hassan Adli) - PAS 1955-1964, Memorandum PAS kepada Suruhanjaya Bebas.

35.Warta Malaya,16 April 1931.



Bibliografi
Abdullah Hassan, 1987,  Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia  Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rashid Melebek&  Amat Juhari Moain, 2006, Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.bhd.
Abdullah Hassan, 1987. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Awang Sariyan, 2002, Ceritera tentang Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ibrahim Ahmad, 1994, Perkamusan Melayu Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
James T.Collins, 2005, Bahasa Melayu,Bahasa Dunia:Sejarah Singkat, Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.
Kamal Shukri Abdullah Sani, 2007, Bahasa Melayu: Apa Sudah Jadi?, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Rogayah Binti Osman. http//jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20-%20Perancangan%20 BAHAN%20EJAAN%20DAN SEBUTAN.pdf. Perancangan Bahan Ejaan Dan Sebutan, Peristilahan Dan Perkamusan Dalam Bahasa Melayu Di Malaysia.
Tajul Ariffin Noordin, Roslee Ahmad, & Rahimawati Abdul Rahim, 2007, Membina Pelajar  Cemerlang, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Diperoleh pada 7 Ogos 2010,www.google    books. Com.
Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, 2009,Perkembangan Pembentukan Istilah Bahasa Melayu di Malaysia, Indonesia: Kimli Malang..
Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat, 2009,Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu dari Teori ke Praktik,Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.bhd.
Yahya Othman, 2005, Trend dalam Penagajaran Bahasa Melayu, Pahang Darul Makmur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Yahya Don, 2007, Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Selangor: PTS Publication. Diperoleh pada 7 Ogos 2010, www.google books. Com.
Zulkifley, Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman, 2007 ,Linguistik Melayu Edisi Kedua, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Akhbar Tempatan daripada Laman Sesawang:
Azahari Edin, (15 ogos 2007), Seminar Bahasa Rojak : Kecelaruan pengunaan bahasa Melayu, diperoleh pada 5 Ogos 2010, http://www.bharian.com.my/bharian/article
“Bahasa mampu memantapkan perpaduan kaum”. (29 Julai 2008). Diperoleh pada 4 Ogos 2010. http://www.utusan.com.my/utusan
“Jangan kita lari daripada masalah – Musa”, (2002). Diperoleh pada 6 Ogos 2010.http://www.tutor.com.my/tutor/dunia
Keputusan tukar B. Melayu kepada B. Malaysia elak polimek (4 Jun 2007). Diperoleh pada 3 Ogos 2010,http://www.bharian.com.my/bharian/article
Kerajaan Perlu tegas tangani isu Bahasa rojak .( 29 April 2004). diperoleh pada 4 Ogos 2010.http://dbp.gov.my/lamandbp
Memberi signifikan Bulan Bahasa. (5 Oktober 2009) .diperoleh pada 3 Ogos 2010. http://www.utusan.com.my
Ramli tegur penggunaan bahasa rojak di Dewan Rakyat . (18 April 2006) . Diperoleh pada 7 Ogos 2010.http://www.malaysiakini.com/news, ,
Rejab Ismail , (22 November 2007), Guna semula bahasa Melayu , diperoleh pada 1 Ogos 2010,http://www.utusan.com.my
Shura Gesa Kerajaan Mansuhkan PPSMI . (10 JUN 2009). Diperoleh pada 6 Ogos 2010.http://www.bernama.com/bernama/v3/bm

Artikel dari laman sesawang:
Abdullah Sani. (2009). Bahasa dan Pembinaan Tamadun Bangsa. Diperoleh pada 8 Ogos 2010. www.kongresbahasa.org
http://ifeanesilval.blogspot.com/2010/10/pembinaan-dan-perkembangan-bahasa.html
CIA World Factbook (2007), www.wikipedia.com.my

Artikel majalah:

Rohaidah Mashudi, J. Sham Wahid . (Julai 2010).Fungsi bahasa Melayu dalam sistem pendidikan, Dewan Masyarakat, 26-2