Thursday 2 October 2014

Raja Brunei dan Malaysia

PERBINCANGAN ini akan menggunakan Perlembagaan Malaysia 1063 sebagai dasar bagI melihat kedudukan dan bidang kuasa institusi Raja Melayu di Malaysia. Perlembagaan Brunei 1959 pula akan digunakan bagi melihat bidang kuasa Sultan Brunei Darussalam dan sejauh mana perbezaan yang terdapat di antara keduanya. Perbincangan akan dibuat berdasarkan bidang kuasa baginda dalam bahagian Eksekutif, legislatif, hal-ehwal agama Islam, adat istiadat, kedudukan istimewa Melayu dan sistem pengampunan.


LATAR BELAKANG INSTITUSI RAJA DI BRUNEI DAN MALAYSIA

InstitusI Raja yang wujud di Malaysia dikatakan daripada kerangka dari sistem politik yang berunsur Hindu dan Islam yang telah memberi kekuatan kepada tradisi tempatan yang wujud sebelum kedatangan pengaruh-pengaruh tersebut di rantau ini. Bagi institusi Raja Melayu Semenanjung Tanah Melayu, pengaruh Hindu Sri Wijaya, telah memberi asas kepada kewujudan institusi Raja Melayu Melaka dan negeri-negeri Melayu lain yang terbentuk dari kewujudan empayar Melayu Melaka pada kurun 15 yang lalu. Sistem politik berunsur Hindu ini telah diteruskan tetapi dengan kedatangan Islam di Melaka pada awal kurun 15, institusi Raja Melayu mendapat satu lagi kekuatan. Ini telah menguatkan legitimasi kewujudan institusi raja itu dari segi perspektif Islam, dengan melihat raja itu sebagai wakil Tuhan di dunia atau kalifahtullah. Dalam erti kata yang lain, raja telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pemerintahan dan menjaga kebajikan rakyatnya menggunakan ajaran-ajaran Islam sebagai dasar hukum-hakamnya.1
           
Hal yang sama juga berlaku dalam tradisi kesultanan di Brunei. Empayar Melayu Brunei yang telah wujud seawal-awalnya pada kurun ke-6 dengan nama Po-ni (Boni), dikatakan juga mempunyai pengaruh Hindu dan Islam dalam pembentukan kerajaan dan institusi raja. Pelindungan yang didapatinya dari Sri Wijaya dan Majapahit pada kurun 6 hingga 15 telah memberi unsur-unsur penting dan menguatkan lagi kerangka politik tempatan Brunei. Penganutan Islam oleh Raja Brunei, Alak Betatar yang kemudian bergelar Sultan Muhammad Shah pada kurun 15, telah menambahkan lagi satu unsur penting dalam sistem kesultanan dan institusi raja di Brunei. Dengan itu, Brunei seperti juga Negeri-negeri Melayu Tanah Melayu mempunyai satu institusi beraja yang berasaskan unsur-unsur yang sama.2

            Institusi raja di kedua-dua buah negara ini menjadi tonggak yang penting dalam mewujudkan kerajaan yang menjadi pemegang kuasa kedaulatan dan kekuasaan bagi negara-negara tersebut. Dalam tradisi sejarah negeri Melayu, sebuah kerajaan itu terbentuk dari adanya seorang raja; ini bermakna, sesebuah kerajaan itu hanya akan wujud apabila ada seorang pemimpin yang diterima secara keturunan dan didaulatkan oleh ketua kumpulan-kumpulan kecil dalam kumpulan yang besar sebagai ketua mereka. Kedudukannya itu akan diperkuatkan lagi dengan segala adat istiadat yang berbeza daripada anggota masyarakat yang lain. Kesetiaan orang ramai yang dikenal sebagai rakyat raja, akan ditunjukkan dengan kesediaan mereka untuk berkhidmat bagi raja dalam apa jua aspek kehidupan. Pendewaan kepada raja juga berlaku apabila dianggap sebagai waki tuhan di dunia; dengan itu berkuasa penuh ke atas rakyatnya. Sempadan politik kerajaan raja tersebut pula akan bergantung kepada kesetiaan rakyatnya dari semasa ke semasa; dengan itu sempadan kekuasaannya bergantung kepada keupayaannya mendapatkan sembah taat setia orang ramai yang sanggup menjadi rakyatnya. Oleh itu, sempadan politiknya boleh berkembang luas atau menjadi kecil mengikut kemampuan mempertahankannya.

           Penguasaan politiknya ke atas daerah-daerah yang menjadi anggotanya, selalu bersifat feudal. Raja selalunya menguasai dengan tegas `kawasan raja’ iaitu kawasan yang melingkari kompleks istana dan kaum kerabat raja; di sini kesemua rakyatnya dan hal-ehwal kawasan juga di bawah perhatian utama raja yang memerintah. Bagi kawasan di luar dari kawasan-raja ini; pengua.aan Sultan terletak di bawah perhatian pembesar-pembesarnya yang lain. Bagaimanapun baginda pemerintah bagi seluruh negeri dan jajahan takluknya secara eksekutif dan perundangan. Bagindalah yang mempunyai kuasa mutlak ke atas rakyat dan negerinya.

            Dalam zaman tradisi, institusi raja di Negeri Melayu dan Brunei terletak paling atas sekali, dalam hierarki politik, sosial dan ekonomi masyarakat dan kerajaan Melayu. Raja mempunyai kuasa mutlak dan kedaulatan penuh ke atas kerajaan, negeri serta jajahan takluk dan rakyatnya. Di bawah raja yang selalu digelar Sultan atau Yang di Pertuan, terdapat golongan pemerintah kedua iaitu para pembesar utama yang menjalankan pentadbiran bagi pihak raja dan kerajaan; di Malaysia mereka memakai gelaran pembesat empat iaitu bendahara, temenggung, laksamana dan shahbandar. Di bawah para pembesar empat ini terdapat pula pembesar lapan, enam belas dan tiga puluh dua. Bagi pentadbiran daerah atau negeri-negeri naungannya diletakkan di bawah pembesar daerah (bergelar orang kaya atau Dato’) yang dilantik oleh raja. Bagi pentadbiran sebuah mukim, seorang penghulu akan dilantik oleh pembesar daerah ataupun raja bagi mengendalikan pentadbiran harian.

            Kesultanan Brunei juga mempunyai hierarki pentadbiran yang sama. Sultan Brunei Darussalam menjadi ketua yang berkuasa penuh ke atas pentadbiran negeri dan jajahan takluknya. Di bawah baginda akan terdapat kumpulan pemerintah kedua yang menjalankan pemerintahan dengan perintah Sultan; mereka dikenal sebagai wazir yang selalunya dipilih dari kerabat diraja dan pangetan. Terdapat tiga gelaran utama iaitu pangeran bendahara, pangeran temenggung dan pangeran pemanca. Di bawah gorongan ini pula, terdapat golongan ceteria dan menteri iaitu pegawai-pegawai negeri yang bertugas sebagai pelaksana pentadbiran awam kerajaan Brunei ataupun ketua-ketua tanah. Mereka selalunya menjalankan tugas-tugas di sekeliling pusat pentadbiran diraja. Bagi kampung-kampung pula dilantik seorang ketua kampung yang selalunya diiktiraf oleh kerajaaa. Boleh dikatakan dalam banyak hal, hierarki pentadbiran Brunei hampir sama dengan kerajaan Melayu Melaka di kurun 15.

            Kedatangan pengaruh Barat terutamanya British di kedua-dua buah Negara ini telah memberi kesan yang ketara kepada sistem politik Melayu tradisional itu. Di Negeri-negeri Melayu terutatma di sebelah barat Semenanjung Tanah Melayu, Sistem Residen telah diperkenalkan pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor. Dengan perjanjian itu, Raja Melayu (Perak dan dikuti oleh Sultan Selangor, Negeri Sembilan. dan Pahang) telah meletakkan diri mereka di bawah nasihat (naungan) British, kecuali hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Namun selepas pembunuhan J. W. W. Birch pada tahun 1875, penguasaan British dalam pentadbiran dan struktur politik tradisional Melayu semakin berpengaruh. British bukan sahaja mengambil kuasa eksekutif dan legislatif dari Raja-raja Melayu tetapi juga dari pembesar-pembesar negeri dan jajahan takluknya dan memindahkannya ke tangan residen dan pegawai-pegawai tadbir British yang didatangkan terus dari England dan jajahan takluknya yang lain. Satu sistem pentadbiran British diperkenalkan dan teras sistem pentadbiran tradisional Melayu dimusnahkan. Apa yang digunakan hanyalah konsep Raja-in-Council dalam Majlis Mesyuarat Negeri bagi meluluskan rang undang-undang. Golongan pembesar yang selama ini menjadi pentadbir bagi pihak Sultan telah dilumpuhkan kepentingannya. Tempat mereka diambil oleh Residen dan pegawai-pegawai British yang lain. Bagaimanapun di peringkat bawahan, penghulu dan ketua kampung dikekalkan bagi menjalankan pentadbiran peringkat mukim dan kampung Melayu.

            Ini bermakna dalam sistem indirect rule British mengekalkan kewibawaan Raja Melayu sebagai simbol ketuanan dan kedaulatan Negeri Melayu tetapi real power berada di tangannya. Pengekalan sistem pentadbiran tradisional kampung dalam tangan orang Melayu pula untuk mengelakkan set up tradisional mereka dikacau supaya mereka tidak memberontak British. Dengan tindakan seperti ini British boleh mengetepikan masyarakat Melayu dan Raja Melayu dari pentadbiran hariannya. Pusat pentadbiran juga dipindahkan dari kawasan tradisional; petempatan-petempatan dan bandar-bandar baru dibangunkan dengan para penduduknya terdiri daripada orang asing. Dengan itu wajah Negeri-negeri Melayu berubah dan sistem pentadbiran dan politik tradisional tidak lagi penting dan relevan. Ini berlaku sehinggalah 1946 apabila British memutuskan untuk menjajah Tanah Melayu dengan menjalankan pemerintahan secara langsung melalui rancangan Malayan Union.

            Di Brunei Darussalam, pengaruh dan penguasaan British pada kurun 19, tidak berlaku dengan begitu tegas seperti di Negeri-negeri Melayu Semenanjung. Mengikut sebuah kajian akademik, hubungan Kesultanan Brunei dengan British telah bermula dengan Perjanjian Perdagangan dan Persahabatan pada tahun 1847. Bagaimanapun pada tahun 1888, Raja Brunei telah membuat perjanjian dengan British untuk menjadikan negeri itu sebagai negeri lindungan; dengan Sultan Brunei mempunyai kuasa. pentadbiran yang penuh dan Brunei sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. British hanya mengendalikan hubungan luar Brunei. Berbeza dengan Negeri Melayu Semenanjung, kuasa pentadbiran dan politik tradisional Brunei dari hierarki Raja hingga ke peringkat kampung masih berada dalam tangan mereka. Malah pelantikan seorang Residen British hanya berlaku pada tahun 1906.

            Penguasaan British dalam Kesultanan Brunei menjadi begitu nyata dalam. Perjanjian Tambahan 1905 dan 1906 antara British dan Brunei. Dalam peruntukan ini, seorang Residen British telah dilantik dengan segala perbelanjaan dan tempat tinggalnya disediakan oleh kerajaan Brunei. Residen British ini ‘will be the Agent and Representatives of His Britannic Majesty’s Government under the High Commissioner for the British Protectered in Borneo, and his advice ust be taken and acted upon on all questions in Brunei, other than those effecting the Mohammadean religion, in order that similar system may be established to that existing in other Malay States now under British Protectered’.3

            Terdapat perbezaan ketara dalam fasal perjanjian di antara Perjanjian Pangkor dan Perjanjian Tambahan Brunei ini. Bagi Negeri Melayu (Perak), residen British diberi tugas yang ringan iaitu nenasihati Raja-raja Melayu dalam pentadbiran kecuali soal agama lsam dan adat istiadat Melayu. Namun bagi Sultan Brunei dengan tegas disebut dalam perjanjian itu bahawa kuasa residen British mesti diambil dan dilaksanakan dalam pentadbiran kerajaan Brunei. Sultan .Brunei hanya berkuasa dalam soal agama Islam sahaja sedangkan soal adat istiadat juga terserah kepada residen British. Nyata sekali British telah menggunakan pengalamannya di Negeri-negeri Melayu untuk membuat peruntukan yang lebih tegas dan keras ke atas Brunei. Pembunuhan Birch, residen Perak yang pertama kerana tentangan orang tempatan terhadap ‘penguasaan langsung’ British ke atas negeri tersebut, telah menyebabkan British secara tegas memasukkan peruntukan yang jelas terhadap bidang kuasa residen di Brunei. Adat istiadat Brunei dimasukkan dalam bidang kuasa residen kerana dalam sistem pemerintahan dan politik tradisional Melayu, adat istiadat merupakan salah satu cabang peraturan dan perlembagaan yang digunakan sebagai sebahagian daripada pentadbiran tempatan. Dengan itu, kuasa Sultan Brunei jika dibandingkan dengan kuasa Raja-raja. Melayu dalam Sistem Residen lebih terhad.

            Bagaimanapun dalam pelaksanaannya, kedua-dua sistem residen telah mengambil kuasa pentadbiran dan politik yang sebenarnya dari Raja-raja Melayu dan Brunei. Raja-raja Melayu walaupun dinasihati oleh residen British tetapi sebenarnya dari segi pelaksanaan bidang kuasa, residen berkuasa penuh dan hanya menggunakan cap mohor Sultan sebagai rubber stamp penguatkuasaan undang-undang. Kesemua kelulusan undang-undang dan polisi pentadbiran dirujuk dan diputuskan oleh Pejabat Tanah Jajahan London dengan cadangan dari Gabenor dan Pesuruhjaya Tinggi British di Semenanjung dan Borneo. Pelaksanaan jentera pentadbiran bersifat Barat juga merupakan ejen kepada pengambilan kuasa politik Raja Melayu Semenanjung dan Brunei. Kerangka politik tradisional masih dibiarkan oleh British dan institusi raja masih terus dihidupkan sebagai lambang kedaulatan dan ketuanan Melayu di kedua-dua buah negara.

            British menghapuskan dasar perlindungannya ke atas Tanah Melayu pada tahun 1946. Pengenalan Malayan Union oleh Parti Buruh England sebagai kerajaan baru British telah menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebuah jajahan takluk British Semenanjung Tanah Melayu menjadi satu unit politik atau sebuah kesatuan yang diletakkan di bawah seorang gabenor yang dilantik dan bertanggungjawab, terus kepada Raja England dan Wales. Kuasa perundangan dan eksekutif terletak di bawah Gabenor Malayan Union yang menjalankannya.melalui Royal Instruction, dan House of Common menjadi pemutus undang-undang Malayan Union.

            Institusi Raja-raja Melayu sebagai institusi politik tradisional ditiadakan dalam pentadbiran Malayan Union. Segala bidang kuasa Raja-raja Melayu yang berbentuk Raja-in-Council dan dalam adat istiadat dan agama Islam dihapuskan. Segala kuasa itu telah diambil oleh Gabenor Malayan Union. Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli dalam Majlis Raja-raja dan Majlis Penasihat Melayu di peringkat negeri yang hanya berkuasa membincangkan dan mendraf undang-undang berkaitan dengan agama Islam. Kesemua Majlis ini dipengerusikan oleh Gabenor yang boleh menolak undang-undang itu jika difikirkan bertentangan dengan kepentingan awam penduduk Malayan Union. Dalam erti kata lain, Gabenor menjadi pemerintah dan berkuasa penuh dalam kerajaan Malayan Union jadi satu pemerintahan British yang sepenuhnya dari segi struktur, pelaksanaan dan rohnya telah berjalan di Tanah Melayu. Segala tradisi pemerintahan tradisional Kesultanan Melayu dan Negeri Melayu serta kebudayaan Melayu telah luput sama sekali.

            Penentangan orang Melayu yang diketuai oleh pembesar tradisional Melayu telah memperbaiki keadaan ini. Kongres Melayu 1946 yang telah melahirkan UMNO Pada 11 Mei 1946 sebagai barisan depan orang Melayu Semenanjung menentang Malayan Union telah dapat mengembalikan semula status quo politik tradisional Melayu pra-1941. Melalui perundingan-perundingan yang tegang di antara UMNO, Raja-raja Melayu dan British dari April 1946 hingga januari 1948, instiuisi Raja-raja Melayu dapat dihidupkan semula dengan taraf Raja Berperlembagaan, dalam Perjanjian Persekutuan, 1948 yang berkuat kuasa pada 1 Februari 1948. Walaupun ada di kalangan masyarakat Melayu beraliran radikal melalui Parti bangsaan Melayu Malaya cuba menyokong prinsip Malayan Union tetapi mereka kemudian berubah hati dan menerima institusi raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan dalam Perlembagaan Rakyat, yang dibuat dengan parti bukan Melayu iaitu AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) pada tahun 1947. Pengekalan institusi raja Melayu sebagai ketua Negeri-negeri Melayu menjadi asas kepada penertisan institusi itu dan bidang kuasanya dalam perlembagaan moden Persekutuan Tanah Melayu sehingga terbentuknya Perlembagaan Malaysia pada tahun 1963.  Sultan Brunei, Sultan Oman Ali Saifuddin III yang menaiki takhta Brunei pada tahun 1950, tentunya memerhatikan dengan terperinci nasib yang menimpa Raja-raja Melayu di Semenanjung. Gerakan-gerakan British menjajah Tanah Melayu dan melemahkan kuasa dan institusi raja Melayu membimbangkan baginda tentang nasib Kesultanan Brunei. Sikap British menjajah Tanah Melayu dan mengubah segala struktur dan peranan institusi tradisional tempatan untuk memberi satu kerajaan sendiri pada masa hadapan boleh nembawa kedudukan Brunei seperti mana Negeri-negeri Melayu Semenanjung. Seorang ahli sejarah mengatakan ‘he realised that the pcisition of Brunei as A state governed by a British Resident represented an anchronism in an area which rapidly moving towards independence. To forestall critisin from within and Without,... he embarked on a slow programme designed to give Brunei internal self-governmen ... ‘4

            Kecekapan dan kebijaksanaan Sultan Omar Ali Saifuddin merundingkan hak Raja Brunei sebagai pemegang kuasa dan kedaulatan negara Brunei ketara sekali dalam perundingan-perundingan membentuk Perlembagaan Brunei 1959. Malah sejak dibuat cadangan untuk merangka perlembagaan itu pada September 1959, dikatakan bahawa ‘all authority within the state be vested in the Sultan’s name as executive chief.’ Baginda sebagai wakil rakyat Brunei telah menjadi perunding utama dalam melahirkan Perlembagaan Brunei 1959 yang sangat berbeza kekuatan institusi rajanya,dengan Negeri-negeri Melayu di Malaysia. 


PERBANDINGAN KUASA EKSEKUTIF

Perlembagaan Malaysia nyata sekali telah memberi kuasa eksekufif kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara (supreme head) Persekutuan Malaysia. Namun baginda tidak mempunyai kuasa mutlak kerana Parlimen, dengan nasihat Kabinet, boleh memberi kuasa tersebut kepada orang lain.5 Bagaimanapun bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri, membubarkan Parlimen dan memanggil Majlis Raja raja Melayu bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan dan kehormatan baginda dan Raja-raja, Melayu yang lain masih lagi berada dalam pertimbangannya. Baginda juga diberi peruntukan mengikut Fasal 5, untuk menentukan seseorang Menteri atau Perdana Menteri itu terus inemegang jawatan mereka, melantik mereka atau timbalannya dengan nasihat Perdana Menteri.6 Di peringkat negeri pula, Raja-raja Melayu juga diberikan bidang kuasa yang hampir sama dengan Yang di-Pertuan Agong dalam Bahagian V dikatakan bahawa, ‘… the Ruler and Yang Di Pertuan-Yang Di Pertuan Negeri of the States shall take precedence over all other persons”.7 Dalam Jadual 8, Bahagian 1 (2) ditetapkan bahawa antara tugas Raja Melayu sebagi ketua negeri ialah melantik seorang Menteri Besar, membubarkan Majlis Mesyuarat Negeri, meminta diadakan mesyuarat Raja Raja Melayu bagi membincangkan soal-soal yang berkaitan dengan kedudukan dan keistimewaan mereka dan hal-hal yang berkaitan dengan pelantikan Sultanah, Raja Muda, Majlis Kerabat dan pelantikan dan anugerah adat kepada rakyatnya.8

                Bagi aspek kuasa eksekutif, Raja Melayu mempunyai kuasa yang luas sebagai ketua negeri Melayu. Baginda bertanggungjawab untuk melantik Majlis Mesyuarat Kerja Negeri sebagai pelaksana pentadbiran negerinya. Kuasa melantik ahli-ahlinya juga dalam tangan baginda dengan nasihat dari Menteri Besar. Bagaimanapun Raja Negeri Melayu tersebut dalam melantik Menteri Besar boleh menggunakan budi bicaranya. Baginda juga boleh melantik orang lain menjadi anggota.
Majlis Mesyuarat Kerja mengikut kehendaknya.9 Ini menunjukkan konsep Raja Berperlembagaan telah dilaksankan di Negeri-negeri Melayu dan Malaysia. Ini kerana ada beberapa perkara dasar yang telah dilaksanakan dalam Perlembagaan Malaysia yang memberi taraf Raja Perlembagaan kepada Raja-raja Melayu.

    a)      Institusi Raja sebagai satu institusi pemerintahan telah dilembagakan dalam Perlembagaan Malaysia dan Undang-undang Tubuh Negeri-negeti Melayu. Ia menjadi satu institusi yang tidak boleh dibuang dan dihapuskan, walaupun ada perubahan-perubahan baru dalam pentadbiran negara dan negeri. Pengekalan institusi tradisional kerajaan Melayu yang bertonggakkan Raja Melayu sebagai kuasa pemerintah secara eksekutif dan legislatif; dalam Perlembagaan Malaysia dan Undang-undang Tubuh Negeri merupakan satu pengiktirafan kepada kepentingan institusi itu sebagai satu institusi pentadbirari negeri dan persekutuan yang unik. la adalah satu penerusan pengiktirafan perundangan kepada institusi Raja-raja Melayu, yang telah dimeteraikan dalam Perjanjian Persekutuan 1948 dan Undang-undang Tubuh Negeri 1948.

    b)      Kuasa eksekutif Raja untuk memerintah negara dan negerinya telah dijalankan oleh Perdana Menteri dan oleh Menteri Besar, walaupun Yang di-Pertuan Agong dan Raja Melayu berhak melantik mereka serta membubarkan Parlimen dan Majlis Mesyuarat Negeri.

    c)      Konsep Raja Mutlak tidak lagi berlaku dalam Perlembagaan Malaysia. Adanya peruntukan Perlembagaan Malaysia untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong oleh Perdana Menteri/ Kabinet dan Raja-raja Melayu Negeri pula oleh Menteri Besar/ Majlis Mesyuarat Negeri, bererti Raja-raja Melayu di kedua-dua peringkat tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Baginda terpaksa berunding dengan penasihat-penasihatnya itu sebelum sesuatu dasar pemerintahan dan pentadbiran Persekutuan dan Negeri dapat diputuskan atau dilaksanakan.

      d)     Adanya pilihan raya, seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia dalam Bahagian 8, bererti kerajaan yang memerintah tidak lagi berteraskan raja. Ia menggunakan pemgundian orang ramai untuk memilih wakilnya bagi membentuk kerajaan.

      e)      Parlimen menjadi satu badan penting untuk membahas dan meluluskan rang undang-undang bagi Malaysia dan Negeri Melayu. Anggota bagi Parlimen pula dipilih dari pilihan raya yang diadakan sedap lima tahuri atau kurang mengikut kehendak kerajaan yang memerintah. Ini bermakna kuasa membuat undang-undang terletak dalam tangan wakil-wakil rakyat yang dipilih. 

Namun, kedaulatan institusi raja masih lagi dipelihara oleh Perlembagaan Malaysia dan Undang-undang Tubuh Negeri. Konsep Raja-in-Council masih diteruskan dan diakui oleh kedua-dua perlembagaan; kesemua rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan Majlis Mesyuarat Segeri, mestilah dibawa kepada perhatian Yang di-Pertuan Agong10 dan Raja-Raja Melayu. Adanya peruntukan Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, ahli-ahli Dewan Negara dan Kabinet dan Raja raja Negeri melantik Menteri Besar dan ahli-ahli Maps Kerja Negeri dan Majlis Perundangan Negeri mengikut budi bicaranya, walaupun boleh dinasihati, dengan sendirinya konsep tradisional Raja Melayu sebagai ketua ke atas Negeri Melayu masih lagi berjalan. Malah setiap rang undang-undang yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri juga tidak boleh dijadikan undang-utidang kecuali dengan persetujuan Raja Negeri tersebut.11

            Di peringkat Persekutuan, konsep raja sebagai ketua negara berlaku dengan meluas. Dengan memberi peruntukan kepada kuasanya menjadi penaung Parlimen dan berkuasa membubarkannya, melantik Hakim Negara dan kesemua hakim besar mahkamah utama negara, pelantikan Suruhanjaya Pilihan raya, pelantikan Ketua Perlis Negara dan Suruhanjaya Polis Negara, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negara, Pengisytiharan Darurat dan Penaung Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera, kedudukannya sebagai lambang ketuanan dalam negaranya dijamin. Maka kedaulatan dan kewibawaannya sebagai satu kuasa yang berdaulat masih terus terpelihara. Perlembagaan Negeri Brunei 1959, nyata sekali memberi kuasa eksekutif sepenuhnya kepada Sultan Brunei. Keupayaan Sultan Brunei mendapatkan peruntukan bidang kuasa ini sungguh mengagumkan. Tindakan baginda nyata sekali telah menjadikan Brunei satu-satunya Negeri Melayu di Asia Tenggara yang dapat mengekalkan kuasa eksekutif negeri dalam tangan Sultan. Perlembagaan Brunei 1959 adalah land mark dalam sejarah politik Brunei khasnya dan Asia Tenggara amnya.

            Dalam Bahagian III, Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dengan tegas mengatakan bahawa, the supreme executive authority of the State shall be vested in the Sultan’ juga dikatakan bahawa the executive, authority of the State shall be exercised by the Sultan directly or by the officers subordinate to him acting in his name on his behalf.”12 Untuk menentukan kuasa eksekutif Sultan Brunei sentiasa berkesan, semua pelantikan ke atas pegawai-pegawai utama seperti Menteri Besar, Penolong Menteri Besar, Setia Usaha Negeri, Peguam Negara dan Setia Usaha Kewangan Negeri dibuat mengikut kehendak Sultan.

            Dalam perlembagaan ini juga diterangkan dengan tegas kuasa Sultan Brunei dalam melantik bagi Majlis Mesyuarat Di Raja, Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri, iaitu badan-badan penasihat Sultan dan penggubal undang-undang dan pelaksana undang-undang yang utama. Kesemua ahli bagi Majlis-majlis tersebut akan menjadi anggota setelah mengangkat sumpah terhadap Sultan dan akan memegang keahlian mereka, selagi diizinkan oleh Sultan Brunei.

            Ini bermakna konsep Raja Mutlak di zaman tradisi telah diteruskan dengan tegas oleh Kesultanan Brunei dalam sebuah perlembagaan moden. Dalam zaman keagungan kerajaan Melayu yang berteraskan raja sebagai ketua dan pemerintah negeri dan jajahan takluknya serta rakyatnya sebagai penyokong kerajaan itu, kuasa raja meliputi kesemua hal. Setiap perintahnya adalah undang-undang dan setiap pelantikannya ke atas para, pembesar adalah satu anugerah kepada mereka. Rakyat sentiasa mengangkat taat setia kepada baginda dengan memakai konsep ‘pantang derhaka’. Jika diteliti dengan jelas, Perlembagaan Negeri Brunei 1959 telah me-mindahkan konsep raja seperti itu ke dalam semangat dan struktur perlernbagaannya.

            Cara pelaksanaan kuasa eksekutif Sultan Brunei yang diperuntukkan oleh Perlembagaan ini juga tidak lari dari zaman tradisional. Memang diakui Raja Melayu sebagai ketua negerinya dan jajahan takluknya; namun dalam menjalankan pemerintahan, kuasa untuk mentadbir itu sentiasa diserahkan kepada pembesar-pembesar yang dilantiknya sama ada di peringkat istana, daerah ataupun mukim. Raja-raja Melayu melalui kedudukannya sebagai Ketua Negara, akan meminta nasihat pernbesar-pembesarnya dan kemudiannya akan memerintahkan segala pandangan dan langkah-langkah yang sesuai dibuat bagi pentadbiran negeri jika hal yang sama dimasukkan dalatn perlembagaan iaitu ‘Subject to this Constitution and to any other written law, the executive authority of the State shall be exercised by the Sultan directly or by the other officers subordinate to him acting on his name on his behalf. Ternyata kedudukan tradisional Raja Melayu sebagai pemegang kuasa eksekutif negeri dikekalkan dalam perlembagaan moden Brunei itu.

            Jika diperhatikan kedudukan Yang di-Pertuan Agong di Malaysia dan Raja-raja Melayu di Negeri-negeri Melayu, ternyata hal yang sama juga berlaku. Kedua-dua pihak Raja-raja Melayu itu menjadi Ketua Negara dan Negeri masing-masing. Mereka melantik semua pegawai eksekutif yang utama bagi mentadbir negeri dan negara. Seperti juga di zaman tradisi, mereka menyerahkan kuasa untuk menjalankan rang undang-undang itu ke tangan pembesar-pembesar utama. Mereka hanya mengeluarkan perintah sahaja. Walau bagaimanapun dalam Perlembagaan Malaysia dan Negeri-negeri Melayu, kuasa mereka terhad setakat pelantikan sahaja dan meluluskan undang-undang. Mereka pula mestilah dinasihati; dengan itu bidang kuasa eksekutif mereka lebih kecil daripada Sultan Brunei Darussalam. 


LEGISLATIF
Dalam bidang kuasa eksekutif di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu tidak menpunyai kuasa legislatif yang sepenuhnya. Apabila baginda dimestikan mengikut nasihat Perdana Menteri dan Menteri Besar, ini bererti baginda tidak boleh membuat dasar-dasar pentadbiran dan meluluskannya dengan begitu sahaja. Bagaimanapun semua kelulusan rang undang-undang dibuat atas nama Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Kedudukan mereka sebagai ketua negara dan negeri masih dipertahankan.

            Di peringkat Persekutuan, bidang kuasa legislaif shall be vested in a Parliament, which shall consist of the Yang di-Pertuan Agong and two Majlis (Houses of Parliament) to be known as the Dewan Negara (Senate) and the Dewan Rakyat (House of Representatives).13 Kesemua ahli Senat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan dan 40 ahli lain akan dilantik oleh Yang di Pertuan Agong.14 Manakala ahli-ahli Dewan Rakyat akan dipilih melalui pilihan raya umum iaitu seramai 180 ahli.

            Pemetraian Yang di-Pertuan Agong sebagai salah satu institusi dalam Parlimen untuk membuat undang-undang bersama-sama dengan Dewan Rakyat dan Dewan Negara rnenunjukkan kedudukan dan taraf raja sebagai sebuah institusi mtitlakrdalam zaman tradisional tidak lagi berlaku. Sebaliknya kuasa itu telah dikongsi sama dengan orang ramai yang merupakah 2/3 suara dalam membuat undang-undang.15

            Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai satu institusi legislatif cukup kuat dalam Perlembagaan Merdeka Persekutuan Tanah Melayu 1957. Mengikut Chapter 5, (66), sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara mestilah diluluskan dan ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan mengarahkannya dicetak sebagai warta kerajaan sebelum dikuatkuasakan sebagai undang-undang. Dalam perubahan perlembagaan 1990 yang dibuat oleh Parlimen, perubahan telah berlaku ke atas bidang kuasa legaislatif Yang di-Pertuan Agong. Satu bahagian yang luas telah ditambah dalam perlembagaan iaitu No. 4(a, b, 4A, 4B). Dalam peruntukan baru ini dikatakan Yang di-Pertuan Agong shall within thirty days after a Bill is presented to him: (a) assent to the Bill by causing the Public Seal to be affixed there to, (b) if it is not a money Bill, return the Bill to the House in which it originated with a statement of the reasons of his objection to the Bill, or to any provision thereof.’

            Walaupun Yang di-Perwan Agong diberi peruntukan untuk menyatakan bantahannya, namun peruntukan 4Adan 4B memberi kuasa kepada kedua-dua Dewan mengetepikan bantahan baginda. Mengikut peruntukan 4A dikatakan ‘If the Yang di-Pertuan Agong returns the Bill to the House in which it originated in accordance with Clause 4(b), the House (of Representatives) shall as soon as possible proceed to reconsider the Bill. If after such consideration the Bill is passed by the votes not less than two thirds of the total number of members of that House in the case of a Bill for making any amendment to the Constitution... and by a simple Majority in the case of any other Bill, with or without amendment, it shall be sent to the other House (Senate), by which it shall be reconsidered, and if similarly approved by the members of that House, the Bill shall again be presented to the Yang di-Pertuan Agong for assent and the Yang di-Pertuan Agong shall give his assent thereto within thirty days after the Bill is presented to him.

            Untuk menentukan sesuatu rang undang-undang itu terus berjalan, satu peruntukan telah ditambah iaitu 4B di samping memperluaskan lagi Fasal 5. Dalam kedua-dua peruntukan ini jelas sesuatu rang undang-undang itu akan diluluskan jika Yang di-Pertuan Agong tidak merestuinya dalam masa yang ditetapkan (4a); bagaimanapun, ia tidak akan sah menjadi undang-undang jika tidak dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong atau ‘in the like manner as if he had assented to it.’16

            Fasal 6 pula dikatakan bahawa ‘Nothing in this Article or in Article 68 shall invalidated any law confirming an undertaking given by Federal Government to the effect that a Bill to which the undertaking relates shall be presented to the Yang di-Pertuan Agong for his assent eccept in accordance with the undertaking.’ Dalam Mei 1994 pula, No. 4 dan 4A telah digantikan dengan peruntukan baru yang langsung menolak peruntukan untuk Yang di-Pertuan Agong melambat-lambatkan kelulusannya ataupun menyatakan bantahannya. Baginda terpaksa meluluskan rang undang-undang itu sama ada baginda berkenan ataupun tidak. Mengikut pindaan itu, bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah, dalam masa 30 hari selepas sesuatu rang undang-undang itu diserahkan kepadanya, memberi perkenan atau menyatakan persetujuannya.’ Juga andainya baginda menolak atau enggan menyatakan perkenannya atau persetujuannya dalam masa 30 hari itu, rang undang-undang itu dengan sendirinya menjadi undang-undang seolah-olah baginda telah memberi persetujuannyan’.17

                Ini bermakna walaupun kuasa perundangan Yang di-Pertuan Agong sebagai satu institusi bagi mengesahkan rang undang-undang telah diambil oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi kebenaran dan persetujuan Yang di-Pertuan .Agong masih lagi diperlukan. Untuk menjadikan pula sesuatu rang undang-undang itu sebagai undang-undang yang sah, Yang di-Pertuan Agong patut menurunkan Public Sealnya. Di sini jelas walaupun kuasa Dewan Rakyat dan Dewan Negara botch meluluskan rang undang-undang tertentu, namun Yang di-Pertuan Agong sebagai satu institusi dalam Parlimen tidak boleh diketepikan. Baginda dalam apa cara pun akan mengetahui, merundingkan dan meluluskan rang undang-undang itu sebelum diwartakan. Di peringkat Persekutuan ini, Majlis Raja-raja juga memainkan peranan dalam perundangan negara. Mengikut Bab 2 Majlis Raja-raja, Fasal 38, dinyatakan dengan jelas bidang kuasa badan ini. Bukan sahaja bertugas untuk menjaga kepentingan Raja-raja Melayu seperti melantik Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau bersetuju atau tidak bersetuju dengan perlanjutan akta-akta agama dan upacara-upacara Persekutuan tetapi dikatakan bahawa ‘consenting or withholding consent to any law...’ dan may deliberate on questions of national policy (for example changes in immigration policy) and any other matter that it thinks fit .’18 Walaupun dalam perbincangan tentang polisi-polisi negara ini Yang di-Pertuan Agong mesti diiringi oleh Perdana Menteri dan Raja-raja Melayu oleh Menteri Besar- Menteri Besarnya, namun Majlis Raja-raja ternyata sekali mempunyal bidang kuasa perundangan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan dasar negara dan undang-undang yang diluluskan. Map Raja-raja beach menjadi pembantu dan penyokong Yang di-Pertuan Agong sebagai satu institusi legislatif dalam Parlimen.

            Di peringkat Negeri, Raja Melayu atau Sultan negeri tersebut mempunyai bidang kuasa yang jelas dan tidak menerima perubahan sejak tahun 1957. Bidang kuasa Raja sebagal pelulus undang-undang setelah dibincangkan rang undang-undang itu dalam Majlis Mesyuarat Negeri masih lagi berjalan.l9 Baginda dengan itu tidak diberi kata dua seperti Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, Raja-raja Melayu di peringkat negeri vvalaupun dinasihati oleh Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Negeri tetapi baginda mempunyai peluang untuk menolaknya mengikut pertimbangannya. Tambahan pula, di tiap-tiap negeri mempunyai Undang-undang Tubuh Negeri; kuasa perundangan Raja Melayu masih boleh dikawal dengan kedudukannya sebagai ketna negeri.

            Hal yang berliku-liku ini tidak terdapat pada kerajaan Brunei Darussalam. Sultan Brunei mempunyai kuasa penuh dalam membuat undang-undang, meluluskan undang-Undang, menandatangani dan nengisytiharkan rang undang-undang bagi semua hal-ehwal dan dasar pentadbitan, perkhidmatan awam, kewangan, keselamatan awam, sistem cukai, pertahanan dan keselamatan negara (selepas merdeka). Peruntukan Artikel 39 yang mengatakan It shall be lawfull for the Sultan, with the advice and consent of the Legislative Council and subject to the provisions of this Constitution, make laws for the peace., order and good government of the State.’ Malah, For the avoidance of doubts, it is ,declared that laws made under sub-section (1) may have extraterritorial operation’.20

                Ini bermakna Sultan Brunei da.lam peruntukan perlembagaannya telah mempunyai satu bidang kuasa membuat undang-undang yang sepenuhnya dan ini dinyatakan dengan tegas sekali. Baginda juga mempunyai keistimewaan yang lebih dalam hal melaksanakan undang-undang di Brunei. Baginda juga mempunyai kuasa untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang sebelum ia dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Maps ini juga tidak boleh membincangkan sesuatu rang undang-undang yang berkaitan dengan ‘Bank Notes’ atau menubuhkan mana-mana Persatuan Bank dan soal-soal keselamatan dan pertahanan sebelum mendapat kelulusan dari Sultan Brunei. Sultan Brunei juga boleh mengisytiharkan mana-mana rang undang-undang yang difikirkan perlu yang telah dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Negeri atau sebarang jawatankuasa untuk dikuatkuasakan. Segala rang undang-undang tidak akan menjadi undang-undang jika tidak direstui dan ditandatangani oleh Sultan dan dimeterikan dengan Cap Mohor Negeri (Seal of the State). Sultan Brunei juga mempunyai kuasa untuk ‘address the Legislative Council at any time upon any matter,”... prorogue or dissolve the Legislative Council.’21.


AGAMA ISLAM, ADAT ISTIADAT MELAYU, KEDUDUKAN IST1MEWA MELAYU DAN HAL-HAL KERABAT DIRAJA

 Pada dasarnya dalam Perlembagaan Malaysia soal-soal yang berkaitan dengan agama Islam, adat istiadat Melayu, hal-hal yang berkaitan dengan kerabat diraja dan penggantian raja22 dalam tangan Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa Melayu terletak di bawah tanggungan Yang di-Pertuan Agong.23 Perutukan yang telah diberi kepada mereka oleh British-sejak tahun 1874 an dikekalkan dalam Perjanjian Persekutuan 1948, Perlembagaan Merdeka 1957 dan Perlembagaan Malaysia.

            Dalam hal ini Majlis Raja-raja yang telah ditubuhkan mengikut peruntukan Perjanjian Persekutuan 1948, Bahagian VI, merupakan satu badan utama dalam menjaga kepentingan Raja-raja Melayu. Dalam. Perlembagaan Merdeka 1957, peruntukan ini diteruskan. Mengikut Bahagian VI, The Federation, Artikel 38, nyata sekali tugas-tugas Majlis Raja-raja telah dijelaskan. Selain tugas-tugas yang telah disebutkan di awal tadi, terdapat satu peruntukan yang mengatakan ‘No law directly effecting the previleges, position, honours or dignities of the Rulers shall be passed without the consent of the Conference of Rulers.’24 Artikel 181 (1) pula mengatakan ‘sovereignty, prerogatives, powers and jurisdiction of the Rulers and the prerogatives, powers and jurisdiction of the Ruling Chiefs of Negeri Sembilan within their respective’ territories as hitherto had and K, enjoyed shall remain uneffected.’ Peruntukan no 2 pula artikel yang sama mengatakan. bahawa No proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity.’25

            Pada Mei 1994 dalam pindaan perlembagaan yang dibentangkan di Parlimen, terdapat dua peruntukan telah dibuat iaitu artikel 182 dan 183 tentang keistimewaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Kemasukan Yang di-Pertuan Agong dalam tambahan ini satu perubahan besar di atas kedudukan baginda sebagai Raja Berpelembagaan di peringkat Persekutuan. Bagaimanapun Artikel 181 dikekalkan dengan pindaan bahawa kesemua kesalahan Raja-Raja Melayu itu hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15, Perlembagaan Malaysia.

            Menurut Artikel 182 dan 183 itu, sebuah Mahkamah Khas akan dibentuk untuk membicarakan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Raja-raja Melayu yang memerintah dan Yang di-Pertuan Agong secara peribadi. Anggotanya terdiri daripada Peguam. Negara sebagai Pengerusi, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua orang hakim yang pernah menjadi anggota Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Agung. Mereka ini dilantik oleh Majlis Raja-raja. Artikel 183 pula memberi kuasa kepada Peguam Negara sahaja yang boleh menentukan sesuatu kes itu boleh dianggap sebagai kes bagi Mahkamah Khas ini.

            Penubuhan Mahkamah Khas ini tidak begitu disenangi oleh Raja-raja Melayu. Ini kerana dalam peruntukan tentang Malis Raja-raja yang tidak diubah dalam pindaan perlembagaan 1994 ini, dinyatakan bahawa tidak ada sebarang rang undang-undang yang berkaitan dengan hal-hal keistimewaan, kedudukan atau kedaulatan Raja-raja Melayu boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja Melayu. Dengan itu dua orang bekas hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi yang sepatutnya menjadi anggota Mahkamah Khas itu masih lagi belum dilantik oleh Majlis Raja-raja; mungkin satu protes kepada pindaan perlembagaan itu seperti tindakan parti pembangkang Democratic Action Party (DAP) bertindak keluar apabila pindaan itu diluluskan oleh Parlimen. Bantahan DAP adalah semata-mata bersifat menghormati prosedur perlembagaan. Dengan pindaan perlembagaan ini, kedudukan Raja-raja Melayu sebagai satu institusi yang kudus dan berdaulat seperTI zaman tradisional akhirnya tercemar. Kini mereka seperti rakyat biasa boleh diadili walaupun dalam mahkamah sendiri oleh rakyat. Ini menyebabkan timbulnya satu ‘school of thought’ di Malaysia, yang melihat bahawa akhirnya perjanjian di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun dalam Scjarah Melayu semasa mewujud cari tradisi kerajaan Melayu yang berteraskan raja sebapi tonggaknya di Palembang, telah terlaksana sepenuhnya. Kedaulatam rakyat dan raja kelihatannya sa.a taraf. Namun apakah kesannya kepada masyarakat Melayu sebagai satu bangsa atau etnik dalam masyarakat Malaysia? Adakah dengan mencabar institusi raja-raja Melayu itu, orang ramai tidak akan ditindas oleh ‘raja-raja’ lain? Adakah dengan mencabar insititusi raja Melayu itu akan dapat menyelamatkan orang Melayu dari pertandingan terbuka dengan masyarakat lain dan masyarakat antarabangsa? Apakah orang Melayu telah cukup kuat dalam semua bidang untuk menangani tuntutan kemajuan canggih dunia hari ini? Apakah dengan perubahan ini, kedudukan istimewa Melayu yang terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong itu dapat dipertahankan apabila baginda begitu lemah dalam kuasa eksekutif dan perundangan negara? Dapatkah Raja-raja Melayu mempertahankan maruah masyarakat Melayu, dan agama Islam serta adat istiadat Melayu sebagai satu bangsa yang bertamadun apabila baginda boleh diadili dan dijatuhkan hukuman dalam mahkamah seperti mana rakyat biasa? Bolehkah rakyat terus mempunyai kepercayaan kepada baginda lagi setelah baginda didapati bersalah? Bolehkah baginda terus memainkan peranan sebagai ketua negara dan negeri kerana peruntukan untuk melantik Sultan adalah dalam bidang kuasa Raja yang memerintah?

            Kesimpulannya bolehlah dikatakan, institusi Raja-raja Melayu di Malaysia telah mengalami perubahaan besar jika dibandingkan antara zaman tradisional dan zaman moden. Dan menggunakan konsep Raja Mutlak mereka dijadikan Raja Berperlembagaan. Perubahan sentiasa pula telah menjadikan mereka terdedah kepada idea-idea baru rakyat. Walau bagaimanapun, institusi ini bukanlah mudah untuk dibuang terus dari perlembagaan negeri yang terletak di bawah perhatian mereka. Majlis Raja-raja Melayu dan bidang kuasa Yang di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara masih mampu untuk menjaga institusi ini sebagai salah satu tonggak dalam struktur pentadbiran riegara Bagi Kesultanan Brunei, keagungan dan kegemilangan institusi raja sebagai Raja Melayu masih lagi kuat dan padu. Dengan kedudukan Sultan Brunei yang boleh meminda dan membatalkan perlembagaan Brunei mengikut budi bicara baginda dan sebagai pemegang kuasa eksekutif dan perundangan negara itu, bererti kewujudan institusi Raja Melayu yang telah diwujudkan sejak tnasyarakat Melayu purba akan terus terjamin. Tradisi yang telah diasaskan oleh Palembang dan Sri Wijaya nampaknya akan terus kekal di Brunei; Brunei merupakan satu-satunya kerajaan beraja mutlak Yang akan dapat mengekalkan kegemilangan institusi itu. Institusi Raja sebagai pemerintah yang mencapai zaman kegemilangannya di Sumatera, Pulau Jawa, Melaka, Acheh dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu sejak kurun 7 Masehi, akan menjadikan Brunei sebagai tempat perhentian dan pertahanan terakhir survival institusi ini. Ia patut dipertahankan sebagal satu warisan dan wakil tamadun Melayu yang pernah wujud dan telah membina keagungannya di Kepulauan Melayu yang terkenal di seluruh dunia. Sejarah yang telah berlaku tidak semestinya menjadi sejarah yang mati; ia patut menjadi teras kepada survival yang lebih bermakna. 


Nota

              1.      Dalam Sejarah Melayu dan Misa Melayu, hal ini sangat nyata.

2.      Banyak buku telah membincangkan tradisi Kesultanan dan masyarakat Brunei. Antara yang terbaik ialah D. F. Brown, “Socio-Political History of Brunei, “A Bornean Malay Sultanate”, Ph. D. Disertation, Cornell University, 1969.

3.      Supplementary Agreement between Great Britain and Brunei respecting British protection over the State of Brunei. Signed at Brunei December 3rd, 1905 and January 2nd, 1906, dipetik dari D. S. Ranjit, Brunei 1839-1983, OUP, K. Lumpur, 1984: Appendix F, hlm. 236.

4.      Ibid., hlm. 27.

5.      Carmelo V. Sison (editor), Constitutional and Legal Systems of ASEAN countries, The Academy of Asian Law and Jurisprudence, University of Philippines Law Complex, Manila, 1990, Malaysia Federal Constitution, him. 399.

              6.      Ibid., hlm. 402.

              7.      Ibid., hlm. 416.

              8.      Ibid., hlm. 508-509.

              9.      Ibid., hlm. 509-510.

            10.  Bab 5—Legislative Procedure, Fasal 4, mengatakan: The Yang Di Pertuan Agong shall within thirty days after a Bill is represented to him: (a) assent to the Bill by causing the Public Seal to be affixed thereto”, hlm. 413.

             11.  Ibid., Exercise of Legislative Power, Fasal 11(1) & (3), hlm. 513-514.

           12.  Carmelo V. Sison (editor), Constitutional and Legal Systems of ASEAN countries, The Academy of Asian Law and jurisprudence, University of Philippines Law Complex, Manila, 1990, Constitution of the Brunei State, 1959, Part III, Executive Authority, Fasal 4(1 & 2), hlm. 329.

            13.  Ibid., Malaysia Federal Constitution, Part IV, Chapter 4—Federal Legislature, No. 44.

            14.  Ibid., No. 45.

         15.  Federation of Malaya, Proposed Constitution of Federation of Malaya, Government Printers, K Lumpur, 1957,    Chapter 5—Legislative Proce-dure, 66 (3, 4, 5), hlm. 27.
  
1           16.  Malaysia Federal Constitution, Chapter 5—Legislative Procedure, 4A, 48 dan 5, hlm. 413-414.

          17.  Utusan Malaysia (20 Ogos) 1994, “Menasihati Raja Berperlembagaan” oleh Salleh Buang dari Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia.

            18.  Ibid., hlm. 398.

          19.  Ibid., Eight Schedule, Provision to be inserted in State Constitution, Part 1, Final Provision, Exercise of Legislative Power, Article II (1 & 3), hlm. 513-514.

          20.  The Constitution of the State of Brunei 1959, Part VII—Legislation and Procedure in the Legislative Council, him. 341.

            21.   Ibid., Article 42, 45, 47, 54, hlm. 342-344.

            22.  Eight Schedule—Provision to be inserted in State Constitution, Amend-merit of the Constitution, Artikel. 19.

           23.  Part MI—General and Miscellaneous, Artikei 153. Sebelum merdeka ia telah dimasukkan di bawah kuasa Pesuruhjaya ‘Tinggi British iaitu dalam Bahagian III, Artikel 19 (iv). Setelah merdeka, ia diserahkan kepada Yang Di Pertuan Agong dan semasa pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Yang Di Pertuan Agong juga bertanggungjawab menjaga kedudukan peribumi Sabah dan Sarawak.

           24.  Op cit., hlm. 17.

           25.  Constitution of Federation of Malaya, Part XIV, Saving for Rulers Sovereignty, etc., hlm. 93.

No comments:

Post a Comment