Pendahuluan:
Fasal 152, Perlembagaan Persektutuan Tanah Melayu 1957
dan Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan bahawa, ‘bahasa kebangsaan adalah
bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh
Parlimen, dengan bahawa (a) tidak ada seseorang pun yang akan dihalang dari
menggunakan (kecuali hal-hal rasmi), atau mengajar atau mempelajari
bahasa-bahasa lain dan (b) tidak ada sebarang peruntukan dalam fasal ini yang
boleh mengganggu hak kerajaan Persekutuan atau sebarang kerajaan negeri untuk
memelihara dan memperkembangkan penggunaan dan pengkajian bahasa komuniti
lain’.1
Latarbelakang:
Pencapaian ini adalah hasil usaha dan perjuangan yang
panjang dari semua golongan cerdik pandai Melayu, terutama golongan nasionalis yang
bertanggungjawab mencari satu identiti kebangsaan bagi negara ini sesuai dengan
kemerdekaan yang dicapai . Gerakan kebangsaan negara ini, yang bermula sejak
kurun 19, telah menggunakan isu bahasa sebagai salah satu tanda
kebangsaan negara. Isu ini diperjuangkan bersama dengan isu-isu lain seperti
penghakisan kuasa. Raja-raja Melayu, kemasukan orang-orang dagang yang terlalu
mudah , sikap negatif orang Melayu terhadap pendidikan serta nilai-nilai sosial
dan adat istiadat Melayu yang memberi kesan buruk kepada kedudukan ekonomi
mereka dengan kaum lain. Kekayaan ekonomi orang dagang pula telah menyebabkan
orang Melayu begitu miskin di tanah air sendiri. Tambahan pula tuntutan politik
kaum dagang mula menghimpit orang Melayu. Ini semua sangat membimbangkan para
nasionalis Melayu.
Kesedaran terhadap kelemahan bahasa Melayu sebagai
bahasa pentadbiran telah mula disedari oleh pegawai-pegawai Melayu yang
menguruskan pentadbiran negeri seperti Johor. Johor yang mula mengalami dan
menjalani proses pembangunan ekonomi dan pembangunan ekonomi dan pembaharuan
pentadbirannya sejak pertengahan kurun 19 tetapi tetap mengekalkan identitinya
sebagai negeri Melayu, mendapati bahasa Melayu perlu dipertingkatkan penggunaan
dan pembelajarannya. Ini telah menyebabkan lahirnya sebuah persatuan yang cuba
mengatasi masalah ini di negeri tersebut. Dato’ Abdul Rahman Andak, Dato' Bentara
Luar Johor, seorang pembesar penting Johor, telah menubuhkan Persekutuan
Belajar Mengajar Bahasa Melayu Johor (PBMBM) pada 1890an dengan tujuan ‘untuk
membetulkan, menambah dan meminda perkataan bahasa Melayu yang akan diakui oleh
kerajaan seperti perkataan setiausaha, timbalan, jawatankuasa, kerajaan, datin
dan lain-lain lagi.2 Selepas itu Johor menubuhkan Bahagian
Penterjemahan bagi memperkayakan bahasa Melayu di bawah pimpinan Ungku Abdul
Hamid bin Tengku Majid ,ayahanda kepada Profesor Diraja Ungku Aziz.
1900-1930an
Perjuangan dan kegiatan kebangsaan memajukan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah menjadi begitu ketara awal tahun
1900 apabila adanya Kaum Muda dan para ulamak yang menggunakan bahasa
Melayu untuk penyebaran dakwah Islam kepada masyarakat Melayu diseluruh
Kepulauan Melayu,termasuk Semenanjung Tanah Melayu. Mereka secara sedar telah
menambahkan perkataan bahasa Melayu dengan meminjam perkataan Arab dan
menjadikan tulisan Jawi sebagai tulisan orang Melayu secara lebih meluas.
Pembelaan mereka kepada bahasa Melayu lama juga dilakukan dengan menggunakannya
secara kerap di akhbar-akhbar ,ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah mereka. Kumpulan
ini telah mampu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutama dalam
menghasilkan kitab-kitab agama Islam sebagai alat penyebaran dakwah Islam dan
idea-idea baru dalam akhbar,majalah,risalah dan cerita-cerita tauladan yang
dihasilkan. Malah seperti Syed Sheikh Al-Hadi, Jelutung Press,Penang telah
ditubuhkan bagi menentukan penerbitan ilmu Islam melalui bahasa Melayu tulisan
Jawi dapat disebarkan kepada masyarakat. Dengan itu, bahasa Melayu telah menjadi
lebih meluas penggunaannya dan bukan hanya sebagai bahasa hikayat.3
Di sekitar tahun 1920-an dan 1930-an pula,
Zainal Abidin Ahmad (Za'ba), Abdul Rahim Kajai, Onn Jaafar, Ibrahim Haji
Yaakob, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamad dan ramai lagi telah menjadi
pendukung kepada pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran dan
bahasa ilmu/pendidikan. Mereka merasa cukup bimbang dengan bahasa Melayu yang
semakin terpinggir penggunaannya dalam pentadbiran British dan Negeri-negeri
Melayu.4
Tanpa penggunaan itu, mereka bimbang identiti orang Melayu
sebagai bumiputra Semenanjung Tanah Melayu, akan terhapus.
Pada 1930, Onn Jaafar sebagai pengarang Warta
Malaya telah
membangkitkan hal ini. Dalam satu rencana pengarangnya pada 8 Mac 1930, beliau
menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap sikap kerajaan negeri Johor yang
lebih mengutamakan bahasa Inggeris dalam pentadbiran dan permakluman surat
pekeliling kerajaan kepada orang ramai .5 Kata Onn
Jaafar:
“Bagi sebuah negeri Melayu, yang diperintah oleh Raja
Melayu, yang dipunyai dan diduduki oleh orang Melayu, maka keadaan seperti
tidak sekali-kali betul dan patut … mustahaklah kerajaan negeri itu melihat
keadaan itu.... Nampaknya dengan perjalanan... sekarang ini bahasa Melayu akan hilang sama sekali seperti bahasa Jakun yang
hanya ditutur sesama sendiri sahaja”.6
Kebimbangan ini dikongsi sama oleh Abdul Rahim Kajai,
ketua pengarang Majlis,sebuah
akhbar berpusat di Kula Lumpur. Beliau melihat sikap kerajaan Inggeris dan
cerdik pandai Melayu, yang terlalu mengutamakan bahasa Inggeris dalam
persidangan negeri, peraturan polis dan lain-lain lagi,akan menjadikan bahasa
Melayu sangat rendah kedudukannya atau dalam bahasanya sendiri sebagai` pokok
teratai di atas tidak berpucuk di bawah tidak berurat (berakar), di tengah
ditarik kumbang’.7
Sekolah vernakular Melayu merupakan satu manifestasi
sikap penjajahan British yang merendahkan martabat bahasa Melayu. Sistem
pendidikan venekular Melayu yang dilihat oleh British sebagai satu
tanggungjawab politik kepada orang Melayu,telah dijalankannya `seperti
melepaskan batuk ditangga sahaja.’Silibusnya sangat mudah dan bersifat
kekampongan. Sekolah venekular Melayu hanya menyampaikan pengetahuan asas iaitu
menulis, membaca dan mengira serta bercucuk tanam dan menganyam bakul, yang
sangat sesuai dengan kehidupan luar bandar.8 Ia
tidak bertujuan untuk membangunkan keupayaan mental dan intelektualisme orang Melayu.
Sistem itu hanya membolehkan orang Melayu bekerja sebagai kuli dan peon
dipejabat,menjadi pemandu tuan mat salleh.Kebanyakan lepasan sekolah venekular
ini akan terus hidup dalam kedaifan dan kemunduran luarbandar. Walaupun ada
peluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris, namun itu
hanyalah untuk mereka yang berdarah bangsawan. Keadaan ini membolehkan British
memerintah dalam sistem pecah-pecah lalu perintah dan mengelakkan orang Melayu bersatu
dan mencabar penguasaan British .9
Kedudukan sekolah vernakular Melayu yang tidak
memuaskan itu menjadi cermin kerendahan martabat dan kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu. Oleh kerana bahasa Melayu menjadi bahasa pengantarnya,
maka taraf pendidikan yang rendah itu memberi kesan langsung kepada kedudukan bahasa
Melayu itu sendiri sebagai bahasa ilmu.Malah,ia menjadi lebih parah lagi
apabila British hanya menyediakan pendidikan sekolah rendah sehingga darjah 4
atau 5 sahaja.Tidak ada sekolah menengah,sekolah tinggi, atau kolej dalam
bahasa Melayu.Dengan itu, bahasa Melayu tidak dapat berkembang lebih jauh dan
berfungsi sebagai bahasa ilmu. Ia menjadi bahasa yang kecil, dan dipandang
rendah10
kerana semua peningkatan pendidikan untuk penduduk Tanah Melayu
telah dilakukan dalam bahasa Inggeris.11
Para nasionalis Melayu melihat ini sebagai satu
tekanan politik kepada orang Melayu.12Mereka mencadangkan bahasa
Inggeris diajar di sekolah vernakular Melayu untuk membolehkan anak-anak Melayu
menguasai kedua-dua bahasa secara serentak.13Mereka juga membantah
sikap kerajaan Inggeris yang menggunakan hikayat-hikayat Melayu seperti Hikayat
Hang Tuah, Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah sebagai
bahan bacaan di sekolah Melayu14.Bagi Za’ba, hikayat-hikayat yang
penuh dengan mitos itu tidak akan memajukan pemikiran dan meningkatkan ilmu
moden dikalangan orang Melayu. Za’ba mencadangkan supaya buku-buku teks yang
digunakan di sekolah Inggeris itu digunakan juga di sekolah Melayu. Beliau
turut mencadangkan penubuhan sebuah pejabat terjemahan bagi tujuan tersebut.15
Pengenalan sekolah vernakular Melayu juga dilihat oleh
golongan nasionalis sebagai satu usaha British untuk mengurangkan penggunaan
tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu. R. J. Wilkinson dan R. O.
Winsteadt, penyelia dan pengarah pendidikan Negeri Selat dan Negeri Melayu
Bersekutu,diawal kurun 20, dengan sengaja telah memperkenalkan tulisan rumi pada
tahun 1904 dan memupuknya terus dengan mencetak hikayat-hikayat Melayu dan
karya-karya mereka dalam tulisan rumi.ini kemudian digunapakai dalam sekolah
venekular Melayu.Penyingkiran secara halus ini dilakukan juga bagai memisahkan tulisan
Jawi yang sentiasa digunakan untuk penyebaran agama Islam dan tulisan al-Quran.
Sebagai penjajah, British melihat pengenalan tulisan rumi akan mencabut akar
umbi bahasa Melayu dan pendidikan Islam orang Melayu.16Sifat sekular
bahasa Melayu telah dimulakan oleh British sebagai satu alat politik dan
pendidikan.
Para nasionalis Melayu dalam tahun 1930-an ini,
melihat penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan akan membolehkan
kedudukan politik yang lebih kuat kepada bahasa Melayu. Mereka mencadangkan
bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan kaum yang
mendiami Semenanjung ini. Dalam erti kata lain, mereka mendesak British supaya
menerima dan memastikan bahasa Melayu diletakkan pada kedudukan politik yang
tinggi selaras dengan ketuanan politik orang Melayu itu sendiri. Abdul Rahim
Kajai misalnya mencadangkan supaya orang asing diajar bahasa Melayu di sekolah
kerajaan untuk membolehkan mereka menghormati bahasa Melayu dan memudahkan
perhubungan dengan orang Melayu; ini akan membolehkan bahasa Melayu menjadi
bahasa rasmi. Beliau menentang pendapat Tan Cheng Lock, seorang tokoh
perniagaan dan pemimpin Negeri Selat, yang mengatakan bahasa Melayu tidak
berguna bagi orang India dan Cina dan menolak bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negeri Melayu. Sebagai seorang peniaga dan pedagang, Tan Cheng Lock lebih
selesa dengan bahasa Inggeris.17
Dalam usaha menjadikan bahasa Melayu itu kukuh dan
mampu bersaing dengan bahasa lain untuk jangka panjang, Onn Jaafar mencadangkan
beberapa langkah penting. Antara langkah itu ialah:
(a) mengadakan sebuah jawatankuasa bagi tiap-tiap
negeri Melaya membincangkan penambahan perkataan Melayu dari bahasa Inggeris.
Jawatankuasa negeri-negeri itu kemudian berunding di antara satu sama lain
untuk tujuan tersebut.18
(b) mencetak semula kitab-kitab lama yang penuh dengan
‘perkara yang tinggi seperti siasah negeri dan maklumat dan nasihat
membangkitkan perasaan bangsa Melayu dan meningkatkan pengetahuan bahasa Melayu
lama’19kepada generasi baru yang ‘memandang rendah kepada bahasanya sendiri’
dan ‘bagi mengelakkan kemunduran bahasa yang berterusan.’20
(c) mengarang lebih banyak buku tentang ilmu
pengetahuan seperti ‘ilmu pertukangan dan pertanian supaya dapat dijadikan
panduan dalam mencari nafkah kehidupan-kepandaian yang tersimpan dalam kepala
itu tidak berguna kepada orang lain.’21
(d) Patut diadakan satu pejabat bahasa (yang) besar
yang dihimpunkan di dalamnya pegawai-pegawai dari tiap-tiap negeri Melayu dalam
Semenanjung ini khasnya kerana membahaskan, meluaskan dan membesarkan bahasa
Melayu sehingga dapat dicakapkan dengan semua makna oleh semua penduduk dalam
Semenanjung ini.’22
Idea Onn Jaafar dan nasionalis-nasionali yang lain,
memperlihatkan tumpuan mereka terhadap bahasa Melayu sebagai satu isu
kebangsaan Melayu yang mesti ditangani. Untuk menjaga kepentingan mereka dan
menonjolkan diri sebagai tuan Semenanjung Tanah Melayu, orang Melayu dan
British wajib memajukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pentadbiran
negeri-negeri Melayu.
1940an….
Pendudukan Jepun telah membantutkan pembelaan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu dan pentadbiran.Sesuai dengan dasar penjajahan Jepun
yang keras dan kejam, semua tulisan mereka tentang kebangsaan Melayu termasuk
juga bahasa Melayu, disesuaikan dengan kehendak Jepun. Sebagai penjajah baru,
Jepun telah menjalankan konsep ‘Kawasan Kemakmoran Bersama Asia Raya’, yang
membawa konsep persaudaraan Asia, dengan Jepun sebagai ketuanya. Dengan itu semua
sistem politik, ekonomi dan kebudayaan Jepun diajar dan disebarkan kepada
penduduk Tanah Melayu. Ini sangat jelas dalam kandungan akhbar-akhbar Melayu
yang diterbitkan dalam pemerintahan Jepun,seperti Malai
Shimbun, Berita Malai, Fajar Asia dan Semangat Asia.23Yang
peleknya,nasionalis-nasionalis Melayu diatas,kecuali Onn Ja’afar,telah
bekerjasama dengan Jepun untuk menegakkan bahasa Jepun sebagai bahasa
utama,walaupun bahasa Melayu masih digunakan.
Nasib bahasa Melayu
menjadi lebih parah lagi apabila para nasionalis Melayu itu secara terbuka
mencadangkan bahasa Indonesia menggantikan bahasa Melayu.Pemikiran dan
pengucapan mereka mula beralih angin.Mereka mula mendewa-dewa penulis-penulis
dan nasionalis Indonesia seperti Sukarno,dr.Hatta, Hamka, Sanusi Pane, Tan
Malaka, dan beberapa orang tokoh politik dan seniman Indonesia yang lain.24Sebenarnya
ini selari dengan perancangan politik yang tersirat sejak tahun 1938
lagi.Konsep Melayu Raya telah bermula dikalangan mereka sejak penubuhan
Kesatuan Melayu Muda (KMM) (1938) dan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)
(1945) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob.Beliau ejen Jepun untuk menduduki Tanah
Melayu pada tahun 1941. Sebagai balasan,pihak Jepun membenarkan Tanah Melayu
merdeka bersama Indonesia dalam konsep Melayu Raya atau Indonesia Raya pada
tahun 1945. Mereka ingin menggabongkan atau meletakkan Tanah Melayu dibawah
Republik Indonesia Raya.25Penjajahan baru ini dimulakan dengan
penerimaan bahasa Indonesia sebagai bahasa bersama. Alasannya, seperti kata Abdul
Rahim Kajai:
Perubahan baru ini - terima kasih kepada Dai Nippon –
telah membuang segala pagar dan segala sempadan yang menceraikan Semenanjung
daripada saudara-saudaranya terutama Sumatra. Peluang bekerjasama di antara
satu sama lain bukan sahaja terbuka tetapi ialah jua digalakkan oleh Dai Nippon
- Johan Bangsa Asia. Tidaklah mungkin bagi kita menghasilkan rnaksud ini
jikalau kita tidak dapat bertukar-tukar fikiran jika kita tidak sebahasa.
Sebahasa sahaja pun belum sempurna jikalau tidak sehuruf. Oleh itu kita
berhajat kepada peribahasa yang satu dan huruf yang satu. Mana dia bahasanya!
Yang mana jikalau tidak bahasa dan huruf yang dipakai oleh sebilangan yang
banyak bahasa Indonesia dan huruf Latin yang dipakai oleh 80 juta orang
berbanding dengan Semenanjung dan huruf jawi yang hanya dipakai oleh semillion
orang sahaja.26
Cadangan Abdul Rahim Kajai ini yang senada dengan
tulisan Za’ba dalam Fajar
Asia,27 yang menunjukkan adanya satu agenda politik
yang besar dari golongan nasionalis Melayu ini. Dengan mengambil bahasa
Indonesia dan membuang bahasa Melayu, gabongan politik yang telah
dirancang oleh Ibrahim Yaakob dengan sopkongan Jepun itu dapat dilaksanakan
dengan mudah dan kemas.Perjumpaan Sukarno,Dr.Hatta,Dr.Burhanuddin dan Ibrahim
Yaakob diTaiping,Perak,pada 1945,merundingkan persetujuan ini.Indonesia yang
sedang menyediakan kerangka kemerdekaannya telah bersetuju menerima Semenanjung
Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada Republik Indonesia. Pengisytiharan
kemerdekaan Indonesia yang cepat (pada 15 Ogos 1945) ,telah membantutkan
persetujuan itu. Dengan itu harapan Abdul Rahim Kajai, Za’ba dan Ishak Haji
Mohamad untuk menerima pakai bahasa Indonesia bagi menggantikan bahasa Melayu
tidak tercapai.27Ternyata para nasionalis ini,yang dahulunya
menentang British kerana meminggirkan bahasa Melayu,kini dalam pentadbiran
Jepun,telah membunuh bahasa Melayu untuk menerima Indonesia sebagai bahasa dan
ketua politiknya.
Selepas 1948,pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan bagi Tanah Melayu berlaku dengan jelas dalam usaha untuk mendapatkan
kerajaan sendiri dan merdeka.Salah satu perkara yang dipersetujui di antara
AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) dan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat)28ialah
menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Manakala dalam Perjanjian
Persekutuan 1948,yang menggantikan Perjanjian Malayan Union 1946, bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi pentadbiran di semua
peringkat. Bahasa Melayu tulisan Jawi, bagaimanapun tetap menjadi bahasa utama
masyarakat Melayu dan pentadbiran Negeri Melayu. Kedudukan bahasa Melayu dalam
Perjanjian 1948 ini tetap sama seperti sebelum 1941.29
1950an…..
Pendaulatan bahasa Melayu sebagai satu alat politik
penyatuan negara-bangsa Persekutuan Tanah Melayu berlaku pada tahun 1955. Parti
Negara (PN) dalam Federal Legislative Council (FLC) atau Majlis Perundangan
Persekutuan (MPP),telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Cadangan PN ini adalah satu pandangan jauh dari sebuah parti
politik yang cuba mencari identiti kebangsaan bagi Tanah Melayu yang akan
mendapatkan kemerdekaan dari British selepas pilihan raya persekutuan 1955. Ada
beberapa alasan yang telah diberikan. Pertamanya, PN melihat bahawa bahasa
Melayu telah menjadi lingua franca bagi Semenanjung dan persekitarannya dan
alat perhubungan antarabangsa dalam perdagangan di rantau ini. Penjajahan Barat
di rantau ini telah menghilangkan peranannya yang penting itu sehingga bahasa
Inggeris, Belanda dan Perancis menjadi bahasa pentadbiran dan perdagangan
dinegeri-negeri yang dijajah oleh mereka.Oleh itu,` adalah sesuai sebagai
sebuah negeri yang akan bergerak kearah kerajaan sendiri,bahasa Melayu diberi
tugas semula sebagai satu alat pengucapan yang sama diantara kita dan digunakan
diantara kaum sebagai alat komunikasi dan ia sebenarnya adalah bahasa
kebangsaan yang sebenarnya negeri ini.”30
Perbincangan tentang cadangan PN ini menerima
pandangan balas dari ahli MPP. Seorang anggota UMNO, Dato' Haji Mohammed Eusoff
telah menyokong cadangan ini. Bagi beliau telah tiba masanya untuk ahli-ahli
MPP memikirkan kepentingan bahasa kebangsaan sebagai alat pembinaan negara yang
akan merdeka.Sokongan juga diterima dari MacLeod, seorang penyokong PN; yang
bersetuju bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan kerana sifatnya sebagai
negeri Melayu.S. O. K. Ubaidullah juga menyokong cadangan ini di samping
beberapa anggota MPP yang lain seperti, Encik Mohd. Yusof, Haji Ahmad Fuad,
Leong Yew, Koh, Tunku Abdul Rahman, Saadon Zubir dan R. Ramani.Malah angora MPP
telah bersetuju sebulat suara menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu.31
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957….
Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu selepas 1957,telah dilakukan dengan bersusah payah
oleh Parti Perikatan yang menjadi kerajaan. Parti Perikatan terpaksa,
menghadapi permasalahan itu di dalam dan di luar partinya. Pertelingkahan UMNO
dan MCA terhadap isu itu telah menyebabkan ketegangan dan kekecohan dalam Parti
Perikatan. MCA yang didukung oleh dua golongan yang bertentangan pendirian
terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,terpaksan menghadapi satu
krisis dalaman yang besar.Kumpulan MCA yang pro-pendaulatan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan telah ditentang oleh sebuah kumpulan yang mahu bahasa
Mandrin menjadi salah satu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Negara ini. Ia
diketuai oleh Dr.Lim Chong-eu,Presiden MCA yang pula disokong oleh
beberapa persatuan sekolah Cina dan badan bukan kerajaan Cina .Tengku Abdul
Rahman sebagai Presiden Parti Perikatan terpaksa memberi kata dua kepada kumpulan
itu.Untuk mengatasi kumpulan itu,Tun Tan Siew Sien telah menjadi Presiden MCA .
Dr.Lim Chong-eu menubuhkan sebuah parti baru yang disokong oleh kumpulan kedua
daripada MCA dan diluar MCA.
Ketidaktegasan UMNO/Parti Perikatan untuk memutuskan
soal bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tercatit jelas dalam Testament
Amanah Politik Perikatan 1956. Dalam peruntukan `Bahasa Melayu dan bahasa
lain’, dicatitkan bahawa bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa kebangsaan
dan bahasa Inggeris hendaklah dipakai sebagai bahasa rasmi dalam tempoh 10
tahun… kelayakan-kelayakan bahasa bagi calon-calon (parlimen) hendaklah
dihapuskan dan di dalam tempoh 10 tahun seseorang ahli Dewan Undangan yang
tidak boleh bertutur dalam ‘Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan fasihnya
adalah berhak bertutur dalam bahasanya sendiri dengan syarat pengerusi
mengetahui bahasa itu serta pula boleh menyalin pertuturan itu’.32
Peruntukan seperti ini tidak menyenangkan parti-parti
pembangkang Melayu itu. PN, PAS dan Parti Rakyat Malaya (PRM) pimpinan Dato’
Onn, Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam telah mempertikaikan pelaksanaan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi secara berkesan.Bahasa
Melayu tidak akan dapat memainkan peranannya dengan berkesan kerana adanya
kelonggaran seperti itu.Ia akan sentiasa tercabar kerana peruntukan seperti
itu.33 PAS juga
mengambil pendirian yang sama. Dengan kebudayaan Melayu menjadi teras
kebudayaan kebangsaan dan pendidikan kebangsaan, bererti PAS dengan tegas
mendaulatkan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan kebangsaan Tanah Melayu
merdeka34.Ahmad Boestamam, pemimpin PRM juga mendaulatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Parti Buruh Malaya mendesak supaya bahasa
Mandrin dijadikan bahasa rasmi dan sistem sekolah Cina diterima sebagai sistem
sekolah kebangsaan. Pendirian PBM ini sama dengan sebilangan anggota MCA
dan Dr.Lim Chong- eu.
Suruhanjaya Reid,yang dianggotai oleh orang luar untuk
mendraf perlembagaan Tanah Melayu merdeka, telah menerima cadangan Parti
Perikatan yang mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa-bahasa boleh digunakan dalam masa 10 tahun selepas merdeka. Walaupun
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi pembelajaran, penggunaan dan
perkembangan bahasa-bahasa lain tetap dibolehkan kecuali urusan rasmi.
Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
tidak dapat tidak mesti diselarikan dengan dasar pendidikan kebangsaan. Ini
kerana melalui sistem pendidikan kebangsaan ini, pembentukan negara-bangsa
merdeka Tanah Melayu akan dapat dipupuk dan dikembangkan supaya perpaduan
rakyatnya dapat dilahirkan dengan lebih mudah.Pembinaan Negara-bangsa bagi
sebuah masyarakat majmuk seperti Tanah Melayu perlukan satu ejen yang berkesan
untuk mencapai matlamat itu; pendidikan adalah pemangkin yang penting bagi
proses pembinaan perpaduan politik dan sosioekonomi masyarakat negara
ini.Melalui pendidikan ini juga bahasa Melayu boleh memainkan peranan dan
dikembangkan sebagai bahasa ilmu.
Penyata Razak 1956 yang menjadi pembina dasar
pendidikan negara merdeka telah mengikut peruntukan dalam perlembagaan itu.
Penyata Razak mengatakan bahawa sekolah kebangsaan adalah dalam bahasa Melayu
dan sekolah-sekolah bahasa venekular lain akan terus kekal selama 10 tahun dan
dinamakan sebagai sekolah jenis kebangsaan. Semua sekolah jenis kebangsaan (
sekolah yang mendapat bantuan kerajaan) itu, bahasa Melayu akan diajar sebagai
mata pelajaran wajib.Bagi sekolah kebangsaan pula, bahasa-bahasa lain akan
diajar sebagai satu mata pelajaran jika ada permintaan dari 5 orang penuntut.
Pelaksanaan sekolah kebangsaan itu hanya dapat dilaksanakan pada tahun 1970-an
;dengan itu peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat
dilaksanakan.Sebaliknya,sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil terus
dipertahankan dan tidak berubah statusnya walaupun mendapat bantuan
kerajaan.Kekuatan politik kaum-kaum itu telah menyebabkan ia diiktiraf dalam
sistem pendidikan kebangsaan pada hari ini.
Dengan itu pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi selepas merdeka tidak dilaksanakan dengan lancer.
Akibat tentangan dari kelompok-kelompok masyarakat yang disokong oleh
parti-parti politik dan persatuan-persatuan quasi politik, proses mendaulatkannya
mengambil masa yang begitu panjang dan penuh bermasalah dan masih tidak
mencapai matlamatnya. Kepercayaan masyarakat kepada kemampuannya sebagai bahasa
perpaduan dan sebagai satu identiti kebangsaan hanya tercetus dalam minggu
bahasa kebangsaan dan lagu Bahasa Kebangsaan yang berkumandang di radio
sahaja.Hasrat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga tidak
mudah dilaksanakan. Ini terus menjadi isu politik sehingga tercetusnya
peristiwa 13 Mei 1969.
Kesimpulannya boleh dikatakan bahawa pendaulatan
bahasa Melayu yang bermula sebagai satu isu nasionalisme orang Melayu telah
menjadi satu dasar perjuangan kaum nasionalis yang tidak jemu-jemu dibangkitkan
sejak awal kurun ini. Mereka melihatnya sebagai satu identiti ketuanan Melayu
ke atas negara ini. Setiap parti politik Melayu yang ditubuhkan mendukung
cita-cita ini sehinggalah mereka dapat menterjemahkannya dalam perlembagaan
Merdeka 1957. Namun terjemahan itu tidak sepenuhnya berjaya kerana
desakan-desakan politik kelompok lain. Sistem pendidikan kebangsaan yang
menjadi penterjemah itu juga berkompromi dengan desakan kelompok bukan Melayu
sehingga ke hari ini. Malah dengan penekanan Wawasan 2020 yang mahukan industri
dan globalisme sebagai senjata pembangunan negara dan ummah, bahasa Inggeris
telah menjadi tumpuan. Bahasa kebangsaan dengan itu menjadi bahasa rasmi di
majlis-majlis kecil negeri dan persekutuan serta majlis sastera dan budaya
etnik Melayu. Bahasa Inggeris pula menjadi bahasa ilmu di universiti, bahasa persidangan
dan seminar universiti dan badan bukan kerajaan walaupun hanya untuk
membincangkan masalah kemiskinan dan sosial untuk masyarakat di Malaysia secara
umum. Segala pertemuan politik, ekonomi dan perdagangan antarabangsa di
Malaysia menggunakan bahasa Inggeris walaupun wakil dari Indonesia, Jepun dan
China tetap berucap dalam bahasa masing-masing.
Apakah kata-kata seorang nasionalis ini masih sesuai
kepada kita. `Jika inilah sikap (British) nyata sekali bahasa Inggeris lebih
utama dari bahasa Melayu, maka bahasa Melayu nanti jadi bahasa kuli iaitu
bahasa yang dicakapkan oleh orang yang tidak berpelajaran Inggeris."35Apakah
ini juga satu realiti politik bahasa Melayu dalam zaman yang bukan lagi dijajah
oleh British?
Penggunaan Bahasa Melayu Bahasa Pendidikan Dan Ilmu Pada
1970an Hingga 1980an
Pada tahap-tahap ini,pelbagai langkah telah dilakukan uintuk memastikan
bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.
Bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah,
bahasa pentadbiran kerajaan , bahasa perhubungan dan bahasa ilmu dipusat
pengajian tinggi.Bahasa Melayu juga sedikit demi sedikit menggantikan aliran
Inggeris untuk menjadi aliran kebangsaan sepenuhnya. Bahasa Melayu juga mula
diajar sebagai mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah swasta dan jenis
Kebangsaan Inggeris,Cina dan Tamil. Malah,semua kuliah yang diajar di
universiti-universiti telah digantikan secara beransur-ansur dalam bahasa
Melayu seperti di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia,P.Pinang. Di
samping itu, perancangan bahasa juga telah berlaku dalam tempoh 1970-an.
Pembinaan istilah-istilah baru, sistem ejaan yang baru dan kamus-kamus pelbagai
konsep,telah dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP),sebagai badan khas
untuk membena bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.
Menurut Mukhtaruddin (1982), mulai daripada tahun 1970, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) telah menggesa supaya semua darjah Satu dan darjah
Dua sekolah-sekolah jenis kebangsaan Inggeris menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantarnya. Di samping itu, jumlah waktu mata pelajaran bahasa Melayu
ditambah. Selain itu, pada peringkat sekolah menengah pula, PENA
juga telah menggesa supaya bahasa pengantar di kelas peralihan ditukar daripada
Inggeris kepada bahasa Melayu. Tambahan itu, calon Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) diwajibkan mengambil ujian lisan sebagai sebahagian daripada penentu
untuk lulus Bahasa Kebangsaan dan mulai tahun 1971 Kertas Am Bahasa Kebangsaan
diisyaratkan lulus untuk Sijil Tinggi Persekolahan,yang masih beraliran
Inggeris. Di samping itu,kolej-kolej pendidikan tinggi digesa mengambil lebih
ramai murid aliran kebangsaan,bagi memobolehkan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu dapat dipertingkatkan.Bagi maktab-maktab perguruan pula
bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantarnya dan pelajar-pelajar yang
lulus haruslah mampu menguasai dan mengajar dalam bahasa Melayu. Pada peringkat
universiti pula, bahasa Melayu telah diwajibkan dalam menyampaikan kuliah. Pada
tahun 1976, semua kuliah telah dijalankan dalam bahasa Melayu di Universiti
Malaya dan Universiti Sains Malaysia.Pada 1983,aliran kebangsaan sepenuhnya
telah memasuki universiti sebagai tanda perlaksanaan dasar bahasa kebangsaan
dan bahasa pendidikan dan ilmu dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Dalam tempoh 1970-an,sistem peperiksaan juga telah menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pepeeriksaan. Peperiksaan Sijil Persekolahan Seberang
Laut telah dimansuhkan. Di samping itu, murid-murid Tingkatan Lima di sekolah
menengah jenis kebangsaan Inggeris yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia dikehendaki lulus dalam bahasa Melayu. (Ahmat Adam, 1994: 95). Pada
tahun 1971, mata pelajaran Geografi dan Sejarah di dalam peperiksaan Penilaian
Darjah 5 telah diperiksa dalam Bahasa Melayu di sekolah rendah jenis kebangsaan
Inggeris. Pada tahun 1974 semua mata pelajaran dalam peperiksaan
penilaian telah dijalankan dalam bahasa Melayu. Dengan itu penyampaian ilmu dan
pendidikan dalam bahasa Melayu telah dimulakan diperingkat sekolah menengah, maktab
dan universiti pada 1970an dan 1980an. Malah,tidak keterlaluan jika
dikatakan,bahasa Melayu telah dapat menjadi matang sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa ilmu dengan perlaksanaan yang jelas dan tegas dalam semua struktur
dan ilmu pengetahuan. Cuma disekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil sahaja ia
masih tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana campurtangan politik parti
pembangkang atau kurangnya kuasa politik kerajaan untuk melaksanakannya.
Tindakan Memperkukuhkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Kebangsaan Dan Bahasa Ilmu.
Perancangan untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu tidak akan lengkap jika perancangan untuk
meningkatkan mutunya tidak dilakukan oleh DBP,sebagai ejen
perkembangan,pemantapan dan pelindong survival bahasa Melayu.Antara
langkah-langkah itu ialah memperkukuhkan sistem ejaan Rumi bersama kerajaan
Indonesia,penubuhan majlis bahasa Melayu antarabangsa,pembentukan tatabahasa
baru,pembentukan sebutan yang baru,penciptaan istilah-istilah dan penghasilan kamus-kamus
pelbagai penggunaan.
Sistem Ejaan
Pada 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran
Malaysia, Tun Hussein Onn dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik
Indonesia, Tuan Mahsuri. Kenyataan bersama tersebut mengandungi persetujuan
untuk melaksanakan asas yang telah dipersetujui oleh para ahli linguistik dan
bahasa daripada kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan.
Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi ialah perumusan
dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu dan bahasa
Indonesia pada 16 Ogos 1972. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai
Ejaan Rumi Bersama (ERB) yang diguna hingga kini. Ejaan Rumi
Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan
prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan
penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang
menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya.
Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa
yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan
Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua
golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Namun,ia tidak
terlaksana sepenuhnya;tiap-tiap negara masih terpisah dalam sistem ejaan mereka.
Pembentukan Istilah
Dari sudut istilah bagi menggarap ilmu pengetahuan pula,sebuah majlis yang
dinamakan Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM),bagi membuat kerjasama itu
telah ditubuhkan pada tahun 1972. Majlis ini telah berjaya menghasilkan sebuah
garis panduan untuk ejaan baru, iaitu Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan
sebuah lagi untuk peristilahan, iaitu berjudul Pedoman
Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu pada tahun 1975 yang telah
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan terbitnya buku ini, maka
sebahagian besar kekeliruan tentang sistem ejaan bahasa Melayu dapat diatasi. Pada
tahun 1976 pula, Majlis Bahasa Malaysia-Indonesia yang telah mengadakan
persidangan di Kuantan memutuskan bahawa akhiran “ysis” dan “esis” dalam bahasa
Inggeris perlu diterjemahkan secara malar dan diberikan bentuk “isis” sahaja
dan bukan “isa”. Misalnya perkataan “analisa” kini telah menjadi
“analisis”.
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Pembentukan
Istilah Bahasa Melayu merupakan
hasil yang penting daripada kerjasama tersebut yang telah banyak membentuk
kerja-kerja peristilahan. Sejumlah 164,049 istilah dalam pelbagai
bidang/subbidang ilmu telah berhasil disepakati. Selain itu, 40 buah kamus
istilah dapat diterbitkan dalam tempoh dari tahun 1986-2002 dan beberapa buah
kamus lain sedang diusahakan.
Dewan Bahasa dan Pustaka telah menubuhkan Jawatankuasa Istilah Kerajaan dan
Perjawatan, dan Jawatankuasa Istilah Sains Am. Panduan dan falsafah yang
dipegang dalam pembentukan istilah tahap awal itu ialah menjaga kemurnian
bahasa Melayu dan panduan ini sebenarnya mengongkong proses pembentukan istilah
itu. Namun begitu, beberapa istilah telah dapat bertahan sampai sekarang
seperti stesen, kimia, dan sains. Terdapat beberapa istilah waktu itu sudah
dipinda oleh sebab tidak dapat mendukung konsep asalnya. Contohnya ilmu jiwa,
kajirumpun bangsa, ilmu hisab dan kajibentuk bumi. Istilah yang dipakai
sekarang ialah psikologi, ethnologi, matematik dan geomorfologi.Tahap kedua
dalam pembentuk istilah berlaku sekitar tahun 1960 hingga1975. Jawatankuasa
Istilah ini telah menghasilkan 71,887 istilah sehingga tahun 1975. Jawatankuasa
Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) telah ditubuhkan sejak Disember 1972, sebagai
penasihat tertinggi mengenai bahasa bagi membantu usaha-usaha Dewan Bahasa dan
Pustaka. Pada tahap awal penubuhan JKTBM ialah untuk mewakili Malaysia dalam
usaha kerjasama bagi menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru dengan Indonesia. Usaha
ini berhasil dan dipertingkatkan kemudiannya. Selanjutnya tugas jawatankuasa
tersebut mencakupi pula aspek peristilahan dan malahan dianggap oleh
kerajaan sebagai badan tertinggi dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu.
Pedoman Umum Pembentukan Istilah (PUPI) telah menandakan bermulanya zaman
ini. PUPI diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1975. Pedoman
ini ialah hasil usaha MBIM yang mengambil masa tiga tahun untuk dibentuk bagi
membantu pembentukan istilah untuk bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia. PUPI
dibentuk dengan sumbangan pakar ahli bahasa dan ilmu kedua Negara, dengan
berpandu kepada amalan dalam usaha yang sama di peringkat antarabangsa. Pedoman
ini telah diisytiharkan pemakaiannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 30 Ogos
1975 (Abdullah Hassan, 1987: 85).
Pada tahun 1981, DBP telah mengeluarkan buku Daftar Ejaan Rumi
Bahasa Melayu. Buku yang paling muktahir tentang sistem ejaan
Rumi bahasa Melayu ialah Pedoman Ejaan Rumi Bahasa
Melayu yang diterbitkan pada tahun 1996. Menjelang
pada tahun 1980-an, akhiran “isasi” atau “ifikasi” yang sangat popular pada
tahun 1960-an dan 1970-an telah digantikan dengan penggunaan “pe-an” oleh para
penerbit karya ilmiah tanpa sebarang sokongan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP)
Keperluan terhadap istilah-istilah baharu dalam bidang tertentu dan
keperluan terhadap istilah bidang ilmu dan profesional yang baharu
terus-menerus ditangani oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama
pakar-pakar ilmu yang sebilangan besarnya terdidik dalam sistem pendidikan
kebangsaan,yang menggunakan bahasa Melayu.Mereka terlibat secara intensif
melakukan penggubalan istilah, menyususn glosari dan kamus istilah serta
mengembangkannya dalam kuliah mereka di institusi pengajian tinggi dan juga
dalam pengurusan institusi profesional masing-masing. Mereka juga terlibat
terlibat dalam penghasilan karya ilmiah dalam bentuk buku dan kamus
ensiklopedik dalam bidang masing-masing.Dijangka bahawa dengan strategi
bersepadu ini, penghasilan karya ilmu dalam bahasa Melayu akan dapat memenuhi
keperluan mengilmukan generasi pembina negara.
Pembentukan Tatabahasa
Tatabahasa Melayu sebagai asas sistem bahasa Melayu yang berkaitan dengan
proses pembinaan kata dan ayat telah menjadi perhatian dan kajian sarjana
Eropah, iaitu Belanda dan Inggeris sejak abad ke-17. Usaha penyusunan
tatabahasa Melayu yang meninggalkan kesan dan pengaruh yang cukup besar ialah
yang dilakukan oleh Pendeta Za`ba. Karyanya yang berjudul Pelita Bahasa
Melayu sebanyak tiga jilid telah membantu memantapkan perkembangan
bahasa Melayu apabila buku tersebut menjadi rujukan utama dalam sistem
pendidikan di negara ini selama puluhan tahun sejak 1940-an. Pada tahun 2000,
buku itu diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam ejaan Rumi baharu
sebagai buku edisi mewah.Dewan Bahasa dan Pustaka berusaha mengemaskinikan
tatabahasa Melayu dengan menerbitkan Tatabahasa Dewan Jilid 1 (1986),
Tatabahasa Dewan Jilid II (1989) dan Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu (1993).
Pembentukan Sebutan dalam Bahasa Melayu
Usaha membakukan sebutan bahasa Melayu telah mula dibincangkan dan
dirumuskan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956.
Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Persatuan Linguistik Malaysia pada
tahun 1984 telah mula menggerakkan perumusan sebutan baku yang berasaskan
rumusan Kongres dan bersempena dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu di
sekolah pada tahun 1988, sebutan baku yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka telah diintegrasikan dalam sukatan pelajaran baharu mata pelajaran
Bahasa Melayu. Bahan terbitan yang telah dihasilkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka antaranya termasuklah Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Sebutan
Baku Bahasa Melayu(berserta kaset) dan DaftarKata Bahasa Melayu:
Rumi – Sebutan – Jawi.
Masalah sebutan disifatkan sebagai masalah yang sangat rumit. Oleh sebab
itu, perancangan pembakuannya di Malaysia dilaksanakan selepas dimantapkan
aspek-aspek bahasa yang lain. Antara kegiatannya diperturunkan seperti yang
berikut:
(i)Mengadakan penyelidikan melalui beberapa bengkel dan seminar sejak awal
Rancangan Malaysia keempat (1981)
(ii)Kegiatan kajian tentang sistem fonologi bahasa Melayu dan dialek
diadakan sejak awal 1980-an. Beberapa bengkel diadakan sehingga tahun 1987.
(iii)Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan
pakar-pakar bahasa.
(iv)Perumusan tentang pedoman sebutan baku dibuat oleh sebuah Jawatankuasa
Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia dan PLM serta pakar-pakar bahasa pada tahun 1987.
Pembentukan dan Pengembangan Kamus
Kamus Dewan, iaitu kamus ekabahasa yang pertama bagi DBP adalah satu
kegiatan memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang dihormati.inilah
asas maruah bahasa Melayu sebagai bahasa tamadun bangsa dan negara.Pelbagai
jenis dan kopnsep kamus yang telah diterbitkan oleh DBP.Penerbitan kamus untuk
penyebaran ilmu dan penyatuan masyarakat sejak 1970 lagi.Antara kamus yang
telah diterbitkan oleh DBP bagi memperkukuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu,adalah:
1)Kamus Dewan,tang telah diterbitkan pada tahun 1970 dan diulang
cetak pada tahun 1984, dengan perubahan ejaan mengikut sistem ejaan baru.Ia
telah diusahakan sejak 1964.Terdapat 30,000 patah perkataan didalamnya.
2)Kamus Dewan Edisi Baru diterbitkan pada tahun 1989(edisi
kedua)dengan tambahan perkataan/entri sebanyak 900. Edisi ketiga diterbitkan
pada tahun 1994 dengan tambahan entri sebanyak 2000 perkataan.Terbitan pada
1995 pula telah menambah 6,000 perkataan dan terbitan 2005 pula telah menambah
5,000 entri.
3)Kamus Bahasa Melayu Edisi Pelajar, diterbit pada tahun 1975
4)Kamus Pelajar Bahasa Melayu telah diterbitkan pada tahun 1983. Kamus
Pelajar disusun berasaskan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar .
5)Kamus Dwibahasa, iaitu Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu juga
telah diterbitkan pada 1984.
6)Untuk pelajar sekolah menengah pula, Dewan Bahasa dan Pustaka menyusun
dan menerbitkan Kamus Bahasa Melayu Edisi Pelajar pada tahun 1975 dan
Kamus Pelajar Bahasa Melayu pada tahun 1987.
7)Kamus Rendah Dewan Bergambar telah diterbitkan pada tahun 1989 dan pada
tahun 2003 terbit edisi keduanya dengan judul Kamus KBSR Dewan Bergambar.Ini
adalah kusus untuk pelajar sekolah rendah.
8)Terdapat juga kamus yang diusahakan oleh penerbit-penerbit swasta.
Contohnya ialah seperti kamus-kamus ekabahasa dan dwibahasa yang diusahakan
oleh A.S Hornby et al. (1972), A.K. Mohamad (1973), Mohd Salleh Daud (1973),
Sulaiman Masri (1973), Meji Sulung (1974) dan Kader M.A. (1974).
9)Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris-Bahasa Cina;
10)Kamus istilah dalam pelbagai bidang sains asas, sains kemasyarakatan,
dan lain-lain lagi, contohnya Kamus Istilah Sains Am (1988); kamus
khusus seperti kamus tentang sinonim, dialek, etimologi, ungkapan, peribahasa,
dan lain-lain. Kamus ini disusun mengikut keperluan golongan profesional.
Ternyata ,sepanjang tempoh 1970-an dan 1980-an, terdapat banyak perubahan
yang telah dibuat dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi memertabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pendidikan.Usaha-usaha itu juga
memperlihatkan peranan DBP yang penting sebagai ejen melastari bahasa Melayu
sebagai bahasa yang berkualiti,maju dan profesional bagi menggarap ilmu dan
tamadun bangsa dan negara.
Kempen Kesedaran Bahasa
Bagi mengekalkan kewujudan bahasa khususnya bahasa Melayu, beberapa usaha
telah dilaksanakan. Sebagai contoh ialah “Program Gerakan Cintailah Bahasa
Kita” yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 oleh Perdana Menteri Malaysia,
bertujuan untuk membina kesedaran dan mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan
dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa di Malaysia. Pelbagai kempen
kesedaran bahasa telah dijalankan supaya masyarakat yang menggunakan bahasa
Melayu khususnya akan lebih menghargai bahasa kebangsaan iaitu Bahasa
Malaysia. Walaupun kita telah menempuh era yang baru, tidak bermakna bahasa
yang kita gunakan juga baru. Kita harus mengekalkan keaslian bahasa kita dalam
negara mahu pun di luar negara. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bangga
dengan bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian yang melambangkan
identity sesebuah bangsa.
Cabaran Bahasa Melayu tahun 1990 hingga 2012 sebagai bahasa ilmu:
1)Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?
Pada tempoh ini bahasa Melayu mula dicabar kedudukannya dan namanya.
Isu bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia sering kali diperdebatkan kerana
masyarakat Malaysia masih tidak tahu perbezaan Bahasa Melayu dan Bahasa
Malaysia. Sebenarnya kedua-dua bahasa tersebut walaupun pada zahirnya sama,
ianya tetap berbeza dari segi pendefinisian maksud dan latar belakang sejarah.
Bagaimana kedua-dua bahasa ini berbeza di kotak fikiran kita? Menurut Pengerusi
Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rahim Aman, berkata penggunaan istilah
bahasa Malaysia lebih berbentuk politik dan tidak merujuk kepada ilmu bahasa,
sedangkan istilah yang tepat ialah bahasa Melayu dengan mengambil kira sejarah,
akademik dan hakikat ilmu.
Istilah Bahasa Melayu diganti dengan istilah bahasa Malaysia
kerana ianya dikatakan bersifat majmuk dan sesuai bagi menggambarkan bahasa
yang diterima pakai secara meluas oleh rakyat Malaysia. Bahasa Melayu kononnya
menjadi tidak sesuai dengan kerencaman bangsa di negara ini selain tidak
seiringan dengan cita-cita mahu mewujudkan bangsa Malaysia yang selayaknya
menggunakan bahasa Malaysia. Kononnya juga apabila disebut bahasa Malaysia,
maka dunia luar akan menggambarkan satu bahasa yang digunakan oleh bangsa
Malaysia sedangkan hakikatnya tidak begitu. Isu Bahasa Melayu atau Bahasa
Malaysia mula ditimbulkan kerana kehadiran sesetengah pihak yang melihat bahawa
“Melayu” dan Bahasa Melayu tersebut merujuk kepada kaum Melayu sahaja dan
kerana itu bahasa Melayu adalah bahasa perkauman,walaupun perlembagaan negara
telah meletakkannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahada pendidikan/ilmu
negara,seperti yang disebut oleh Perkara 152,sejak 1957 lagi.
Desakan mereka itu berjaya sehingga Kabinet telah membuat keputusan untuk
menggantikan sebutan bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia.Kata Datuk Seri Najib
Tun Abdul Razak :
“Keputusan Kabinet menukar istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia
bagi mengelakkan polemik selain bagi menunjukkan bahasa itu milik semua kaum.
Kita tahu Bahasa Kebangsaan itu merupakan Bahasa Melayu, tetapi kita nak bahasa
itu dijadikan bahasa kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira keturunan,
kumpulan etnik dan sebagainya.Kita anggap Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik
kita semua, itulah rasionalnya”.
“Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin dilaporkan berkata
keputusan sebulat suara itu dibuat Kabinet pada April memandangkan ia bakal
menanamkan semangat bahasa kebangsaan milik semua tanpa mengira kaum.
Sehubungan itu, semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi yang
lain telah diarahkan supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk
menggunakan istilah Bahasa Malaysia dalam surat-menyurat, notis dan dokumen,
berkuatkuasa serta-merta. Istilah Bahasa Malaysia diperkenalkan Bapa
Kemerdekaan iaitu Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman selepas negara
mencapai kemerdekaan sebagai langkah menanam identiti Malaysia. Ia diguna pakai
secara meluas sehinggalah 1986 apabila ditukar kepada istilah Bahasa Melayu,
kata Zainuddin. Beliau berkata RTM sudah mula menggunakan istilah Bahasa
Malaysia untuk merujuk kepada bahasa Melayu dan mengarahkan semua stesen
televisyen dan radio swasta serta suratkhabar supaya turut menggunakannya.” ( Berita
Harian ,4 Jun 2007)
Adakah alasan itu bernas? Soal perkauman terus ditimbulkan sehingga hari
ini; kali ini menyentuh soal agama dan institusi raja.Ternyata ada agenda
politik yang tersirat sehingga perlembagaan diganggu gugat. Dasar berlembut
kerajaan nampaknya terus digunakan untuk mencabut akar umbi perlembagaan.
.Harga yang dibayar ialah perpaduan kaum dan keharmonian negara.Rakyat Malaysia
,terutama yang mencabar perlembagaan atas nama kebebasan bersuara dan berpolitik,patut
disedarkan dengan bersungguh-sungguh. Cukuplah bahasa Melayu menjadi korban
kerakusan politik mereka.Namun,bahasa Melayu kekal dalam perlembagaan dengan
kedudukannya pada 1957.Biarkan ia terus menjadi bahasa Melayu yang
membawa konotasi asimilasi bahasa yang dituturkan oleh semua kaum.(Utusan
Malaysia Online, 5 Oktober 2012)
2) Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam penyebaran
pendidikan /ilmu?
Isu pengunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan juga hangat diperkatakan dan
banyak mengundang kontroversi. Tetapi , yang menjadi mangsa ialah para pelajar
yang keliru dengan sistem pendidikan di Malaysia. Bila isu ini mula
dibangkitkan? Isu mula timbul apabila pada tahun 1993, Perdana Menteri waktu
itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat pengumuman bahawa semua kuliah sains dan
tekonologi di universiti hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris.Nada ini
tidak sama pada awal tahun 1970-an ketika menjadi Pengerusi Majlis
Universiti Kebangsaan Malaysia.Beliau dengan tegasnya menyatakan bahawa bahasa
Melayu mestilah dijadikan bahasa penghantar untuk semua kursus di
universiti.Semasa menjadi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah membuat
pengumuman bahawa mata pelajaran sains dan matematik di sekolah akan diajarkan
dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Alasan yang diberi ialah untuk
mendapatkan ilmu antarabangsa yang disebarkan dalam bahasa Inggeris.Kepayahan
untuk melakukan terjemahan dan pembentukan istilah dalam
disiplin-disiplin ilmu itu diperingkat universiti juga dibangkitkan,walaupun berjuta
mereka yang telah belajar disekolah dan bergraduat diuniversiti menggunakan
bahasa Melayu sebagai pengantaran pendidikan dan penyebaran ilmu itu.Usaha DBP
selama ini sia-sia belaka.Wang yang telah dikeluarkan oleh negara untuk
menguruskan perkara itu juga menjadi sia-sia.Peranan tenaga-tenaga pakar
tempatan dalam perbagai disiplin ilmu,berkubur begitu sahaja.
Pada tahun 2003,Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) telah dilaksanakan dengan kebingongan yang jelas.Semua
perkara seperti buku teks,latihan semula guru-guru,kewangan yang banyak dan
elaun-elaun khas terpaksa diadakan.Namun,apa yang sangat dasar ialah bahasa
Melayu sebagai bahasa pendidikan dan ilmu telah tercabar dan
dipinggirkan.Malah,bahasa Melayu dimalukan dengan peranan yang didokong sejak
kemerdekaan negara.Ia sebenarnya adalah satu kejayaan politik kepada golongan
yang menolak bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu
sejak merdeka lagi.Mereka berjaya mempertahankan pengajaran kedua-dua mata
pelajaran itu dalam bahasa ibunda masing-masing,tetapi tidak disekolah
kebangsaan.Ini yang amat menyedihkan;dasar negara boleh diketepikan oleh
golongan tertentu kerana kekuatan kuasa politik dan perpaduan mereka.Dasar
negara menjadi berbolak balik kerana pendirian politik yang
berbeza-beza.Patriotisme negara tidak penting kepada segelintir rakyat Malaysia.
Penerimaan rakyat Malaysia perbagai dalam soal ini.Pemuda UMNO/ Barisan
Nasional melahirkan kebimbangan dengan keberkesanan pelaksanaan dasar tersebut.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) menyambut dengan
baik pengunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik bagi
mengelakkan sindrom tidak tahu berbahasa inggeris menjadi semakin buruk dalam
kalangan pelajar luar bandar khasnya. (Tajul Ariffin Noordin, Roslee
Ahmad, Rahimawati Abdul Rahim, 2007).Menteri Pengajian Tinggi,menjawab:
“Yang pertama kita kena faham bahawa pelajar-pelajar tahun satu yang masuk
sekolah pada tahun 2003 mempunyai masa selama enam tahun untuk memantapkan
bahasa Inggeris mereka. Enam tahun itu adalah satu jangka masa yang panjang.
Saya yakin selepas enam tahun, mereka akan fasih dalam bahasa
Inggeris.Peperiksaan UPSR dalam bahasa Inggeris sepenuhnya hanya akan
diwajibkan selepas enam tahun. Cara kerajaan menggerak kemajuan
ialah dengan memaksa kemajuan itu berlaku dan bukannya memupuk benda itu sampai
matang,... Kita pula masih lagi leka membaiki itu, membaiki ini. Saya tidak
khuatir jikalau pada tahun 2003 nanti akan ada banyak masalah. Kita harus
berani menghadapi masalah. Kalau dilihat di luar bandar, masalah itu lebih
besar. Kita kena terima dan kita kena hadapi masalah itu dengan berani. Jangan
kita lari daripada masalah.”(Musa Muhamad:Jangan lari daripada masaalah.)
3)Isu Bahasa Rojak
Bahasa Melayu kini juga terkena pencemaran yang jelas akibat daripada
tindakan mencamporadukkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan juga
bahasa-bahasa lain kedalam penuturan dan penulisannya.Ini tidak berlaku kepada
bahasa inggeris yang terus kukuh sebagai bahasa yang disegani.Menurut Menteri
Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam sebuah
kenyataan akhbar , beliau menyatakan bahawa bahasa kebangsaan kini didapati
luntur terutamanya dalam pertuturan kerana ia dicampur aduk dengan unsur-unsur
bahasa rojak.``Kini, jarang kita dapati orang yang boleh bertutur dalam bahasa
kebangsaan yang utuh.``Kebanyakan kita di Malaysia berbahasa Melayu sekerat
belut, sekerat ular iaitu sekerat bahasa Melayu, sekerat bahasa Inggeris,''
.(Utusan Malaysia?..........)
Bahasa rojak bukan sahaja meracuni bahasa Melayu dalam pertuturan seharian,
di dalam Dewan Parlimen juga berlaku perdebatan dalam bahasa rojak. “Harapkan
pagar, pagar makan padi’, kita mengharapkan pemimpin-pemimpin memberi
teladanyang baik, lain pula kejadiannya. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri
Ramli Ngah Talib membuat teguran terhadap ahli Parlimen yang suka
mencampur-adukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ketika berucap di Dewan
Rakyat. Menurut beliau, “bukan sahaja ini tidak sedap didengar, tetapi lebih
serius lagi ialah ia mencemarkan bahasa Melayu”. Ramli berkata kecenderungan
mencampur-adukkan bahasa timbul antaranya didorong oleh faktor berpengetahuan
lebih daripada satu bahasa atau merasakan perkataan Bahasa Inggeris mampu
memberikan penerangan yang lebih baik lagi kepada daya fikirannya daripada
menggunakan Bahasa Melayu. (http://www.malaysiakini.com/news, 18 April 2006)
Maka, melihat keadaan bahasa Melayu yang semakin parah, pelbagai langkah
dan tindakan oleh kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan untuk memastiikan
martabat bahasa kebangsaan kita tidak luput ditelan bahasa rojak. Sehubungan
dengan isu tersebut , pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959
diharap dapat memberi lebih kuasa kepada DBP untuk menangani penggunaan 'bahasa
rojak' di kalangan masyarakat negara ini. Dr.Mohd. Puad Zarkashi,Timbalan
Menteri Pendidikan, menyatakan bahawa kuasa yang diberi kepada Dewan Bahasa dan
Pustaka bukanlah bertujuan untuk menghukum tetapi memberi pendidikan bahasa
Melayu yang betul.Raja Muda Perak Darul Ridzuan iatu Duli yang Teramat Mulia,
Raja Dr. Nazrin Shah pula telah bertitah bahawa:
“Bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan diberi kemuliaan sebagai bahasa
kebangsaan yang merupakan sebahagian daripada semangat perjuangan kemerdekaan
ketika negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50.”
Ucaptama baginda dalam Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan penggunaan Bahasa
Melayu, pada 19 Julai 2007 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP).
Nota Hujung
1.Malaysia, 1972. Perlembagaan Persekutuan (Terjemahan),
Jabatan Peguam Negara, Jabatan Cetak Kerajaan, K. Lumpur, hlm. 171-172.
2.Warta Malaya, 5 Jun 1931.
3.Perbincangan mengenai sumbangan Kaum Muda dalam
memajukan bahasa Melayu ini tidak dapat dihuraikan dengan lanjut kerana ini
adalah tanggapan penulis yang paling awal terhadap perkara ini. Kajian yang
lebih serius terhadap hal ini patut dibuat, terutama dalam memberi
persepsi-persepsi baru terhadap kumpulan ini ataupun gerakan kebangsaan Melayu
secara menyeluruh di awal kurun 20.
4.Ini dibangkitkan oleh Onn Jaafar dalam Warta
Malaya, 23 Oktober 1930 dengan mengatakan bahawa, ‘...kurang semakin lama
semakin kurang. Lihalah sekarang berapa banyak pemberitahu-pemberitahu,
kenya.taan dan berbagai karangan berkenaan pejabat tanah, mahkamah, cukai dan
lain-lain dalam bahasa Inggeris, padahal tujuannya kepada orang Melayu..’.
Abdul Rahim Kajai juga membangkitkan hal yang sama. ‘Mengikut Kajai, penggunaan
bahasa Melayu tidak dihiraukan oleh kerajaan Inggeris di dalam menjalankan
pentadbirannya di TanahMelayu’. Abdul Latiff Abu Bakar, 1984.Abdul Rahim
Kajai,Wartawan dan Sasterawan Melayu,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 163.
5.Warta Malaya, 8 Mac 1930, 'Kerajaan Johor dan
bahasa Melayu'.
6.Warta Malaya, 23 Oktober 1930.
7.Abdul Latiff Abu Bakar, 1984. Abdul
Rahim Kajai,Wartawan dan Sasterawan, hlm. 164.
8.Sebuah
petikan yang sangat popular dalam menggambarkan sikap dan polisi pendidikan
British ini ialah: The
curriculum of work will be to be very elementary, but it is sufficient for the
ordinary requirements of Malay boys, who will become bullockwagon drivers, padi
growers, fishermen, etc. and enable them by the time they have passed the
fourth standard for read or to write the simple literature of their mother
tounge either in Jawi or in rumi, to keep accounts of they become small
shopkeepers and to work simple problems in money currency, weights and measures
of their country. The System of Education in the Federated Malay States,
Special Report on Education Subject, 1905, cd. 2379,pp. 9.
9.Untuk keterangan lanjut mengenai dasar pendidikan
British kepada orang Melayu lihat Philip Loh, The Seed of Separatism, Kuala
Lumpur: OUP, 1974, Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1922, Kuala
Lumpur: DBP, 1991
10.Abdul Rahim Kajai mengatakan Tan Cheng Lock telah
menolak bahasa Melayu oleh kerana kalimah-kalimah bahasa Melayu ini tidak
faedah untuk pengetahuan am, tidak mengandungi peribahasa yang dalam untuk
khidmat berbagai-bagai ilmu wajib seperti sains, kedoktoran, kehakiman,
geografi, falak...'. Majlis, 6
Disember 1934, dipetik dari Abdul Latiff Abu Bakar, op
cit., hlm.
164.
11.Ahmad Boestamam dalam Majlis,
17 Januari 1940.
12.R. O. Winteadt, Pengarah Pelajaran Negeri Selat dan
Negeri Bersekutu pada tahun 1931 telah mengatakan bahawa 'to introduce English
would have the penicous result of sending the Malay away from his land to seek
town life, generally as government subordinate'. The
Educational Yearbook of the International Institute of Teachers College,
Columbia University, 1931, pp. 98.
13.Onn Jaafar dalam Warta Malaya, 28
Oktober 1930.
14.Ahmad Boestamam dalam Warta
Ahad, 23
Januari 1937.
15.Cadangan Za’ba ini telah dilaksanakan pada
1924,apabila sebuah institusi yang dikenal sebagai Pejabat Karang Mengarang
Sultan Idris Training College(SITC)atau Maktab Perguruan Sultan Idris),telah
ditubohkan.Za’ba menjadi Pengarahnya yang pertama.Untuk keterangan lanjut
tentang pejabat ini lihat Abdullah Sanusi Ahmad, Peranan
Pejabat Karang Mengarang Dalam Bidang-bidang Sekolah Melayu dan Kesusasteraan
Di kalangan orang Ramai, Kuala Lumpur: DBP, 1966.
16.Teguran Za'ba ini agak kurang benar sepenuhnya.
Pada tabun 1924 atau 1927, telah diterbitkan sebuah buku teks bagi bahasa
Melayu oleh guru besar SITC, Haji Hashim Hj. Talib, dengan judul Pelita
Mengarang. Buku bahasa ini digunakan bagi panduan guru-guru bahasa Melayu
sebelum Za'ba menghasilkan bukunya Pelita Bahasa. Mengikut Buyung
Adil, Za'ba menjadikan buku teks ini sebagai salah satu rujukannya dalam
menghasilkan kerjanya menyediakan teks bahasa Melayu yang baru, yang
dihasilkannya sekitar tahun 1930-an. R. J. Wilkinson juga telah menghasilkan
kamus Melayu pada awal 1910-an tetapi Za'ba melihat ia tidak sempurna kerana
ditulis oleh orang asing.
17.Majlis, 26 Februari 1936, dipetik dari Abdul
Latiff Abu Bakar, op cit., hlm. 164-165.
18.Warta Malaya, 5 Jun 1931.
19.Ibid,11 Januari 1930.
20.Ibid, 16 April 1931 dan 28 Mei 1931.
21.Warta Malaya 11
Januari 1930.
22.Warta Malaya, 15 Febuari 1931.Cadanganya ini
telah dilaksanakan oleh beliau semasa menjadi Ahli Dalam Negeri pada
1955,dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa penubuhan sebuah pusat pengkajian
dan perkembangan bahasa Melayu.Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada
1956 dengan Ungku Abdul Aziz,pensyarah Universiti Malaya menjadi Pengarahnya
yang pertama.Ungku Aziz adalah anak saudara Dato’ Onn dan sepupu kepada Prof
Syed Naguib dan Syed Hussain Al-Attas,tokoh-tokoh ilmuan Melayu yang tersohor.
23.Untuk keterangan lanjut lihat Ramlah Adam,
`Semangat Asia and Fajar Asia: A Study of local magazines during the Japanese
Occupation in the Malay Peninsular, 1943-1944’, 13th IAHA Conference, Sophia
University, Tokyo, September 5-9, 1994.
24.Ini sangat ketara dalam Fajar
Asia yang
dipimpin oleh Zainal Abidin/Za’ba. Rencana-rencana nasionalis-nasionalis
Indonesia itu dimasukkan dengan begitu kerap sekali dan kadang-kadang dalam
bahasa dan ejaan Indonesia sepenuhnya.
25.Ishak Haji Mohamad yang menjadi pengarang Semangat
Asia merupakan
penulis rencana yang kerap sekali mengagungkan pihak pentadbiran tentera Jepun.
Beliau menulis sebuah cerpen bertajuk Menebus Dosa dengan
menggalakkan perpaduan semua bangsa di Semenanjung bagi menakluk Sumatera dan
Malaya dalam Semangat Asia Raya. Sebuah ruangan ‘Taman Kanak-Kanak’ yang
dikendalikannya dengan nama pena Bung Sakura, cuba menanamkan semangat
pentingkan kerja tangan dan membuat perkakas keperluan harian dengan tunjuk
ajar Jepun, yang dianggapnya sebagai ‘saudara tua kita'. Dalam rencana bertajuk
‘Mengajar bangsa dengan perbuatan', yang menggunakan nama H.M. Ishak, beliau
memuji semangat seorang pemuda Melayu yang menunjukkan satu perubahan sikap
baru orang Melayu, yang sepatutnya mengutamakan ekonomi perniagaan dan barang
keluaran Jepun. A. Samad Ismail pula menulis sebuah cerpen yang memuji seorang
petani yang berusaha mengatasi kekurangan makanan dengan menanam ubi kayu bagi
menyambut seruan pemerintah Jepun. Za'ba pula mencadangkan orang Melayu menjadi
“Malai baru” dan bekerjasam dengan Jepun bagi mendapat bantuan memajukan
bangsanya. Ibrahim Haji Yaakob pula menulis rencana mengenai keagungan Melaka
sebagai sumber semangat kekuatan orang Melayu untuk menyokong Jepun dalam Semangat
Asia Raya. Untuk keterangan lanjut mengenai hal ini, SP84-Surat
Persendirian Haji Abdul Manan Chik ,Arkib Negara, K.
Lumpur.
26.Semangat Asia, Bilangan 8, 2603.
27.Za'ba mencadangkan supaya tulisan bahasa Melayu
disatukan dengan bahasa kawasan kepulauan Melayu yang lain di bawah
lindungan Jepun.Fajar Asia, No. 10 Sichigatsu 2603.
28.Ibid.
29.Gabungan AMCJA-PUTERA ini telah dibuat pada
Disember 1946 bagi menentang UMNO yang telah diterima oleh politik orang Melayu
dalam merundingkan pembubaran Malayan Union yang ditentang oleh orang Melayu.
PUTERA adalah terdiri daripada persatuan dan parti politik radikal dengan
diketuai oleh PKMM, manakala AMCJA pula terdiri dari persatuan/Parti politik
bukan Melayu yang dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya (PKM ).Mereka
menentang British, Raja-raja Melayu dan UMNO kerana mengekalkan penjajahan
British dan ketuanan Melayu dalam politik Semenanjung. AMCJA-PUTERA dan PKM
mahu British memberikan kemerdekaan dan menggunakan prinsip demokrasi di
kalangan penduduk Tanah Melayu seperti yang terdapat dalam
Perlembagaan Rakyat yang dibuat pada akhir 1947.
30.ini didasarkan kepada kandungan isi Perjanjian
Persekutuan 1948 mengatakan dalam Bahagian 15-Berbagai-bagai, fasal 156,
mengatakan perjanjian ini hendaklah dizahirkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu tetapi bagi memahamkan pengertian perjanjian ini hendaklah satu naskhah
dalam bahasa Inggeris sahaja. Federation of Malaya Goverment Gazette Federal,
1949. The
Federation of Malaya Agreement 1948, K. Lumpur,hlm.2-134.
31.Federation of Malaya, Proceedings of the Federal
Legislative Council, (7th Session), March 1955 to Jun 1955, 'National
Language', 31 March 1955.
32.Untuk keterangan lanjut mengenai hal ini lihat
Ibrahim Mahmood, 1981.Sejarah Pejuangan Bangsa
Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara .
33.Warta Negara, 6 Julai 1955, 26 Februari 1955 dan
8 Mei 1955.
34.SP 28 (Surat Persendirian Hassan Adli) - PAS
1955-1964, Memorandum PAS kepada Suruhanjaya Bebas.
35.Warta Malaya,16 April 1931.
Bibliografi
Abdullah Hassan, 1987, Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran
Bahasa Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rashid Melebek& Amat Juhari Moain, 2006, Sejarah
Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn.bhd.
Abdullah Hassan, 1987. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Awang Sariyan, 2002, Ceritera tentang Kejayaan Perancangan Bahasa
Melayu di Malaysia, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors
Sdn Bhd.
Ibrahim Ahmad, 1994, Perkamusan Melayu Suatu Pengenalan, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
James T.Collins, 2005, Bahasa Melayu,Bahasa Dunia:Sejarah Singkat,
Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.
Kamal Shukri Abdullah Sani, 2007, Bahasa Melayu: Apa Sudah Jadi?,
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Rogayah Binti Osman.
http//jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20-%20Perancangan%20
BAHAN%20EJAAN%20DAN SEBUTAN.pdf. Perancangan Bahan Ejaan Dan Sebutan,
Peristilahan Dan Perkamusan Dalam Bahasa Melayu Di Malaysia.
Tajul Ariffin Noordin, Roslee Ahmad, & Rahimawati Abdul Rahim,
2007, Membina Pelajar Cemerlang, Johor: Universiti
Teknologi Malaysia. Diperoleh pada 7 Ogos 2010,www.google books. Com.
Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, 2009,Perkembangan Pembentukan Istilah
Bahasa Melayu di Malaysia, Indonesia: Kimli Malang..
Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat, 2009,Pemerkasaan Pendidikan
Bahasa Melayu dari Teori ke Praktik,Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn.bhd.
Yahya Othman, 2005, Trend dalam Penagajaran Bahasa Melayu, Pahang
Darul Makmur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Yahya Don, 2007, Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Selangor:
PTS Publication. Diperoleh pada 7 Ogos 2010, www.google books. Com.
Zulkifley, Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman, 2007 ,Linguistik Melayu
Edisi Kedua, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Akhbar Tempatan daripada Laman Sesawang:
Azahari Edin, (15 ogos 2007), Seminar Bahasa Rojak : Kecelaruan
pengunaan bahasa Melayu, diperoleh pada 5 Ogos 2010, http://www.bharian.com.my/bharian/article
“Bahasa mampu memantapkan perpaduan kaum”. (29 Julai 2008). Diperoleh pada 4 Ogos 2010. http://www.utusan.com.my/utusan
“Jangan kita lari daripada masalah – Musa”, (2002). Diperoleh pada 6 Ogos 2010.http://www.tutor.com.my/tutor/dunia
Keputusan tukar B. Melayu kepada B. Malaysia elak polimek (4 Jun 2007). Diperoleh pada 3 Ogos 2010,http://www.bharian.com.my/bharian/article
Kerajaan Perlu tegas tangani isu Bahasa rojak .( 29 April
2004). diperoleh pada 4 Ogos 2010.http://dbp.gov.my/lamandbp
Memberi signifikan Bulan Bahasa. (5 Oktober 2009) .diperoleh pada 3 Ogos 2010. http://www.utusan.com.my
Ramli tegur penggunaan bahasa rojak di Dewan Rakyat . (18 April 2006) .
Diperoleh pada 7 Ogos 2010.http://www.malaysiakini.com/news, ,
Rejab Ismail , (22 November 2007), Guna semula bahasa Melayu ,
diperoleh pada 1 Ogos 2010,http://www.utusan.com.my
Shura Gesa Kerajaan Mansuhkan PPSMI . (10 JUN 2009). Diperoleh pada 6 Ogos 2010.http://www.bernama.com/bernama/v3/bm
Artikel dari laman sesawang:
Abdullah Sani. (2009). Bahasa dan Pembinaan Tamadun Bangsa. Diperoleh
pada 8 Ogos 2010. www.kongresbahasa.org
http://ifeanesilval.blogspot.com/2010/10/pembinaan-dan-perkembangan-bahasa.html
Artikel majalah:
Rohaidah Mashudi, J. Sham Wahid . (Julai 2010).Fungsi bahasa Melayu
dalam sistem pendidikan, Dewan Masyarakat, 26-2
No comments:
Post a Comment