7
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU:SATU ANALISIS SEJARAH DAN PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA.
Pengenalan:
Pada 5 Ogos
2011,Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah,telah mengingatkan rakyat tentang Wasiat Raja-raja Melayu,yang telah
ditulis pada ketika Raja-raja Melayu menurunkan tandatangan mereka untuk
menyokong kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang dicapai pada 31 Ogos 1957.Wasiat
Raja-raja Melayu itu dengan sendirinya menunjukkan perhatian mereka terhadap
masa depan rakyatnya dalam sebuah Negara yang merdeka.Wasiat Raja-Raja Melayu
tidak pernah dizahirkan secara terbuka sebagai satu peringatan kepada
rakyat.Ini kerana selama ini institusi Raja-Raja telah diterima secara pemerintahan,pentadbiran
dan sosio-budaya masyarakat Malaysia tanpa ada apa-apa cabaran.Namun,dalam
perkembangan terakhir ini kedudukan
Raja-Raja mula diperkatakan dengan perpektif yang salah dalam media baru dan
media sosial,sehingga imej dan
perspektip terhadap institusi raja itu tercabar.Raja-Raja Melayu sendiri
terpaksa mempertahankan institusi itu
dengan menyatakan pendirian dan
kedudukan mereka didalam perlembagaan dan dalam masyarakat.Salah satu cara
untuk mengingatkan rakyat tentang hal itu adalah dengan mengeluarkan semula 7 Wasiat Raja-Raja Melayu ini.
Mengapa 7 Wasiat Raja –Raja Melayu dizahirkan?
Kebimbangan
Raja-raja Melayu terhadap keadaan masa depan rakyatnya terhadap cabaran-cabaran
politik dan perpaduan mereka ,adalah sangat berasas sekali.Dengan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu itu bererti Raja-raja Melayu telah melepaskan
pentadbiran dan pengurusan negeri dan Negara kepada rakyat jelata.Dalam konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan
selepas kemerdekaan,Raja-raja tidak lagi berhak untuk memilih pentadbir-pentadbir negeri dan Negara.Kini
pilihan itu dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya yang dijalankan selama 5 tahun sekali.Orang
ramai berhak memilih sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai pada pandangan
mereka sebagai kerajaan untuk mengurus dan mentadbir Negara.Dengan itu kuasa
mutlak Raja dalam pentadbiran telah ditiadakan;kuasanya hanya melantik Perdana
Menteri,Jemaah Menteri dan Menteri Besar daripada parti yang mendapat suara
majoriti dalam pilihan Parlimen ataupun Negeri.Dengan itu ,melalui Wasiat
ini,Raja-raja Melayu boleh mengingatkan rakyat tentang perlunya menguruskan
pentadbiran negeri dan Negara dengan tidak meninggalkan perkara-perkara yang
disebutkan dalam Wasiat itu.
Kedua,7 Wasiat
Raja-Raja Melayu itu ingin menegaskan bahawa semua perkara yang dituntut untuk
dijaga dan dipelihara adalah asas-asas tamadun kerajaan –kerajaan Melayu yang
telah bertapak di Tanah Melayu sejak beratus tahun yang lalu,lama sebelum
kedatangan barat dikawasan ini.Kerajaan-kerajaan Melayu yang terbentuk dan berkembang
maju dan digantikan pula oleh kerajaan Melayu yang lain diseluruh Alam Melayu
atau Kepulauan Melayu ini ,adalah penegak tamadun bangsa yang penting.Mereka
sentiasa berhubung dan bertanding kuasa untuk menjadi hebat dan menguasai
perairan dan Kepulauan Melayu ini.Ciri penting mereka sebagai penegak tamadun
bangsa ialah sistem pentadbirannya,bahasa dan kesusasteraannya dan agama Islam
yang disebarkan melalui perdagangan,perkahwinan, penaklokan dan penubuhan pusat pengajian
dengan para ulama yang tersohor.Tidak kurang juga sistem perdagangan yang hebat
dengan barang dagangannya menjadi rebutan seenterio dunia.Kesultanan Melayu
Melaka tidak akan ditaklok oleh Portugis jika ia tidak sehebat itu.Belanda dan
British juga tidak akan menguasai Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu yang lain
jika mereka tidak makmor ekonominya.Kewujudan kerajaan-kerajaan sejak beratus- beratus tahun itu juga telah
membolehkan tamadun yang dibena menjadi mantap dan kuat.Walaupun sejarah telah
menelan mereka,namun asas-asas tamadun yang dibena dapat bertahan sehingga kini
melalui tindakan-tindakan positib Raja-raja itu.Dengan itu 7 Wasiat Raja-raja
Melayu adalah satu tindakan peringatan kepada rakyatnya untuk terus mendokong
pencapaian penting kerajaan-kerajaan Melayu terdahulu.(1)
Ketiga,Raja-raja
Melayu ingin menentukan bahawa pembelaan dan perlindongan keatas rakyatnya, terutama
orang Melayu akan berterusan demi menjaga keharmonian dan keamanan masyarakat
dan Negara.Pembukaan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu kepada semua bangsa
yang lahir di Tanah Melayu telah menambahkan jumlah penduduk Tanah Melayu
dengan begitu ketara sekali.Tambahan pula ada
peruntukan kerakyatan secara Permohonan,yang begitu mudah diisi
oleh kaum imigran.Jika dalam Pilihanraya
1955,jumlah pengundi Melayu ialah 84.2 peratus,tetapi dalam Pilihanraya
1959,peratus undi orang Melayu menjadi 55
peratus sahaja.Ini bermakna pembukaan kerakyatan kepada semua kaum,telah
melemahkan kuasa politik orang Melayu.Keadaan ini amat membimbangkan Raja-raja
Melayu yang melihat rakyat asalnya bukan sahaja telah menjadi kecil jumlahnya
dan lemah kuasa politiknya,tetapi juga akan menjadi lebih parah kedudukannya dengan
kemunduran ekonomi dan pendidikannya.Oleh
itu perlindongan atau kedudukan dalam Perlembagaan Merdeka 1957 itu dirasakan
perlu dipertegaskan lagi dengan 7 Wasiat Raja-raja Melayu,sebagai tambahan
pendinding kedudukan dan perpaduan mereka dalam sebuah Negara yang merdeka.(2)
7 Wasiat itu
meliputi semua perkara asas yang telah bertapak dalam kegemilangan kerajaan-kerajaan
Melayu sebelum kedatangan penjajah,yang
kemudian dimasukkan kedalam perlembagaan Negara sebagai perkara-perkara pokok
kenegaraan Persekutuan Tanah Melayu ( Malaysia kemudiannya).Perkara asas itu
adalah tanah air yang bernama Persekutuan Tanah Melayu,Tanah Simpanan
Melayu,Rejimen Askar Melayu,Kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu Sebagai
Pemerintah,Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,Agama Islam sebagai agama
Persekutuan dan Kedudukan Istemewa Melayu dan Kepentingan Sah kaum-kaum lain
dalam Persekutuan Tanah Melayu.
7 Wasiat Raja-Raja Melayu:
7 Wasiat ini
telah ditimbulkan semula oleh Raja Muda Perak,Raja Dr.Nazrin,pada 6 Ogos
2011,yang menyebutkan:
“Hubaya-hubaya
bangsa,bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957,Dulu-Duli Yang Maha Mulia Sembilan Raja-Raja
Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima
Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah memberikan perkenan menurunkan tandatangan
persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan
memahat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang berbunyi:
Wasiat Raja-Raja
Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu yang merupakan
rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu adalah seperti berikut”:
“Kami
wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7
perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang tegtuh kepadanya selama
itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera”.
Analisis:
Mukadimah 7
Wasiat Raja-raja Melayu ini menyebut dengan jelas beberapa perkara penting yang mungkin tidak
disedari oleh orang ramai terhadap kepentingannya kepada Negara ini .Antaranya
ialah tarikh 5 Ogos 1957;tarikh ini disebut dengan cara kusus sebagai satu
tarikh penting menandakan tertulisnya 7 Wasiat Raja-Raja Melayu itu ,beberapa
minggu sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diistiharkan.Ini bermakna
wasiat ini telah ditulis mendahului tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
itu sendiri.Ia adalah saat yang sangat bermakna bagi Raja-Raja Melayu melepaskan tanggongjawab mereka kepada
rakyatnya.Dibawah kerajaan yang merdeka ini,Raja-Raja mahu melihat rakyatnya
bersedia dengan satu kemerdekaan politik membuat keputusan memilih pemimpin mereka
melalui pilihanraya.Ditangan rakyatlah terletaknya kebijaksanaan mereka memilih
pemimpin.Pihak Raja-Raja Melayu didalam konsep Raja Berperlembagaan hanya
melantik ketua-ketua pentadbiran penting diperingkat Negara dan negeri.
Wasiat ini
dibuat sebagai satu perkara yang berbeza
dan terasing daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 atau
juga dikenal sebagai Perlembagaan Merdeka 1957.Ia adalah satu amanah Raja-Raja
Melayu bagi menguatkan lagi pendirian mereka terhadap perkara-perkara yang sama
yang telah dimasukkan kedalam Perlembagaan 1957.Wasiat ini bolehlah dianggap sebagai peringatan khas
orang Melayu daripada Raja-Raja mereka.Ia sepatutnya menjadi alat kesedaran
kepada mereka.
Wasiat itu
ditujukan kepada orang Melayu yang merupakan rakyat dan subjek Raja-Raja Melayu sejak daripada
awal kebangkitan kerajaan-kerajaan Melayu dahulu.Orang Asli juga adalah rakyat
asal Raja-Raja Melayu yang telah ada sebelum kerajaan Melayu terbena,malah
disesetengah negeri mereka menjadi sebahagian kepada kerajaan Melayu itu
sendiri.Tanpa rakyat Melayu ini sesebuah kerajaan Melayu itu tidak akan dapat
ditubuhkan kerana rakyat adalah penyokong dan pengikut kepada institusi raja
dan kerajaan itu sendiri.Dengan itu Raja
akan sentiasa melihat rakyatnya sangat penting kepada kewujudan dan survival
mereka;oleh itu Raja sentiasa menyayangi rakyat yang mendokongnya;maka ingatan
terhadap perpaduan dan kekuatan orang
Melayu dengan berteraskan 7 Wasiat itu adalah sangat releven dalam mendokong
kelangsungan Raja-Raja Melayu dan kerajaan negeri dalam Malaysia.Keselamatan
orang Melayu adalah penting sekali kepada Raja-Raja Melayu.
7 Wasiat Raja-Raja Melayu itu adalah:
Pertama:“Kami namakan dan kami panggil akan dia,bumi
yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung,PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.”
Analisis:
Persekutuan
Tanah Melayu
yang merdeka pada 31 Ogos 1957 adalah satu entiti politik yang telah diasaskan
pada 1 Febuari 1948 .Ia menggabongkan sebelas buah negeri dengan 9 orang negeri
yang beraja dan dua Negeri Selat.Dengan itu konsep kerajaan Persekutuan telah
dimulakan sebagai dasar atau bentuk pentadbiran
Negara.Nama ini digunakan sehingga kemerdekaan 1957 bagi negeri-negeri
Melayu,Melaka dan P.Pinang dan berlanjutan sehingga penubuhan Malaysia pada
1963.Ini bermakna,bumi yang telah diwasiatkan ole Raja-Raja Melayu sebagai
tanah air orang Melayu dan langit yang melindungi dan memayunginya sebagai
bumbungnya adalah sebuah Negara yang
akan menjadi milik mereka buat selama-lamanya.Ini kerana nama itu melambangkan
satu kata dasar yang penting iaitu TANAH
MELAYU.Tanah Melayu itu menggambarkan tanahair orang Melayu yang telah
wujud sejak beribu tahun lalu dengan pelbagai nama panggilan oleh pengembara
dan pedagang yang tiba dan melintasi kawasan tanah yang berbentuk Semenanjung
ini.Ia cukup terkenal dengan nama Semenanjung
Emas dan kemudiannya sebagai Semenanjung Melaka dengan Selat Melaka menjadi begitu penting
sebagai selat laluan para pedagang dan penjajah kerantau Kepulauan Melayu atau
Dunia Melayu itu.Semua kerajaan Melayu yang terbena disepanjang pantainya tidak
begitu terkenal sehinggalah kemunculan kehebatan Kesultanan Melaka pada kurun
15.Kesultanan Melaka kemudian membena sebuah empayer yang hebat sehingga
Semenajung itu dikenal sebagai Semenanjung
Melaka. Ia kemudian berubah menjadi Semenanjung
Melayu(Malay Peninsular oleh
British)sebelum bertukar menjadi Semenanjung
Tanah Melayu bagi menandingi nama Malaya,ciptaan
British.Semenanjung Tanah Melayu lebih dekat dihati rakyat Melayu daripada
Malaya;sebagai contoh ia tetap dikekalkan ialah Keretapi Tanah Melayu Berhad.
Nama ini
kemudian hilang dengan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.Sebenarnya
inilah satu pengorbanan yang amat penting kepada orang Melayu dan Raja-Raja
Melayu apabila nama Persekutuan Tanah Melayu itu tidak lagi tersebut dan
terpamir dalam Perlembagaan Malaysia.Nama itu hilang buat selama-lamanya;nama
Tanah Melayu yang begitu jelas maknanya kepada orang Melayu telah
terhapus.Penubuhan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan dengan anggotanya lebih
besar,14 buah negeri,tetap direstui dan ditandatangani Perjanjian
Malaysia 196) oleh Raja-Raja Melayu ,yang
kini menjadi Raja-Raja Malaysia.Ini terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 1(1,2) Negeri-Negeri, Ugama dan
Undang-Undang Bagi Persekutuan.(3)PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN sehinnga 15 Mei
2008.Petaling Jaya:International Law Book Services,muka surat 1)
Dalam erti kata
lain,Raja-Raja Melayu yang telah mewasiatkan
bumi dan langitnya dengan nama Persekutuan Tanah Melayu,kini telah
mewasiatkan pula Malaysia sebagai tanah air dan bumi serta langit yang
dijunjung oleh mereka.Raja-Raja Melayu,yang menandatangani Perjanjian Malaysia
itu juga dengan penuh sedar telah mengubah nama Negara yang telah
diwasiatkannya itu kepada nama baru;tetapi ini tidak mengurangkan amanahnya
kepada orang Melayu,penduduk terbesar Negara ini,yang akan hidup bersama-sama
bumiputra Sabah dan Sarawak serta lain-lain kaum yang telah menjadi rakyat
Malaysia.Dengan itu Raja-Raja Melayu yang memerintah negeri-negeri beraja dan
akan menjadi Yang diPertuan Agong apabila tiba gilirannya,telah meluaskan
kedudukannya sebagai pelindung rakyat dan bersemayam diatas semua rakyat Malaysia
sebagai rakyatnya. Dengan itu adalah adalah menjadi tanggongjawab rakyat untuk
setia kepada Raja ,seperti yang terdapat
dalam prinsip kedua Rukun Negara.Maka
dengan perubahaan nama Negara kepada
Malaysia, Raja-Raja Melayu kini menjadi Raja-Raja Malaysia dengan raklyatnya
terdiri daripada pelbagai kaum walaupun amanahnya tetap mendalam dihati
sanubari orang Melayu.
Wasiat Raja Melayu yang Kedua:”Kami istiharkan dan
kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan untuk anak
cucu kamu,selain gunung ganang,tasik dan hutan simpan,TANAH SIMPANAN
MELAYU sehingga nisbah 50%,selebihnya
kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.”
Analisis:
Tanah Simpanan Melayu
adalah satu peruntukan undang-undang yang telah dibuat sejak tahun 1900 oleh
British bagi menyahut desakan Raja Chulan ibni Sultan Abdullah Perak,yang mahu
tanah-tanah kepunyaan orang Melayu dan sebahagian daripada tanah
dinegeri-negeri Melayu diwartakan sebagai tanah adat dan tanah rezab
Melayu,yang tidak boleh dijual kepada kaum lain.ini adalah satu perlindungan kepada orang Melayu sebagai
pribumi atau son of the soil Tanah
Melayu daripada tekanan kemasukan orang dagang ke Tanah Melayu.British melihat
ini sesuatu yang menasabah sehingga sanggup melahirkan sebuah akta itu bagi tujuan
tersebut dinegeri-negeri Melayu.Malah dinegeri yang tidak beraja seperti di
Melaka,P.Pinang,Sarawak dan Borneo Utara(Sabah),British juga menjalankan dasar
yang sama.Tanah Simpanan Melayu, Tanah Adat Melayu dan Tanah Anak Negeri
dibuat bagi menentukan kemasukan pelabur luar dan imigran yang boleh membeli
tanah-tanah negeri dan persekutuan dengan tanpa sekatan,tidak akan menjejaskan
kedudukan dan kebajikan anak negeri.
Dalam
Perlembagaan Merdeka 1957 hal ini telah dijadikan satu fasal perlembagaan yang
jelas.Ia kemudian dipanjangkan dalam Perlembagaan
Persekutuan (Malaysia)1963 sebagai Fasal 89,Tanah Rezab Orang Melayu,Fasal
90,Peruntukan Khas mengenai Tanah Adat di Negeri Sembilan dan Melaka,dan Tanah
Pegangan orang Melayu di Terengganu.(4) Peruntukan-peruntukan ini adalah
jelas menunjukkan peruntukan pentadbiran
British itu dikekalkan. Namun,bidang kuasa Dewan Undangan Negeri yang boleh
membuat enakmen baru bagi mengubah Tanah Rezab Melayu ini,telah mengurangkan
kredebalitinya.Sikap orang Melayu yang
suka menjual tanah kepada orang bukan Melayu,juga menjadi sebab kehancuran
Tanah Simpanan Melayu itu.Duli Yang Maha Mulia(DYMM)Sultan Selangor,Sultan
Idris Sharifudin Shah telah bertitah pada tahun 2012,supaya Tanah Simpanan
Melayu dikekalkan dalam kedudukannya asalnya bagi menjamin kebajikan orang
Melayu dimasa hadapan.Perbuatan mengambil Tanah Simpanan Melayu atas dasar
pembangunan negeri dan persekutuan dan tidak menggantikan seperti sepatutnya,benar-benar
membimbangkan Baginda.Tegoran DYMM Sultan Selangor itu ada benarnya;kini Tanah
Simpanan Melayu telah merosot kedudukannya kepada kurang 30 % sahaja diseluruh
negara.
Wasiat Raja-Raja Melayu yang Ketiga:”Bagi menjaga kamu
dan bagi melindungi anak cucu kamu serta hak milik kamu,kami telah tubuhkan
REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam Negara dan
ancaman dari luar Negara”
Analisis:
Rejimen Askar Melayu
adalah satu pasukan ketenteraan Negara yang ditubuhkan dibawah Seksyen 16(1) Akta Angkatan Bersenjata 1972.Seksyen
ini menyatakan bahawa` Mana-mana orang boleh diambil masuk kedalam angkatan tetap;dengan syarat bahawa hanya orang
Melayu masuk kedalam Askar Melayu Diraja”.Ini bermakna Akta Angkatan
Bersenjata 1972 itu telah memperuntukan satu bahagian yang jelas tentang
keanggotaan Askar Melayu Diraja yang hanya terbuka kepada orang Melayu sahaja.
Ini kerana
penubuhan Askar Melayu pada asalnya,seperti yang diwasiatkan oleh Raja-Raja
Melayu itu ialah untuk mempertahankan kedaulatan raja dan Negeri-negeri Melayu yang menjadi pemimpin dan tanah air rakyat Melayu. Hasrat
Raja-Raja Melayu ini yang diutarakan pada 1902,selepas penubuhan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu(Federated Malay States)pada 1896.Ia telah diutarakan dalam
Durbar oleh Almarhum Sultan Perak,Sultan Alang Iskandar
dan Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Mohamad Ibni Yam Tuan Antah.Pembesar-pembesar
Melayu seperti Dato’ Abdullah Dahan dan Raja Sir Chulan juga turut mendokong
cadangan itu.Selepas itu British telah mengadakan beberapa perbincangan dengan
Raja-Raja Melayu,sehingga akhirnya Rejimen Askar Melayu ini telah ditubuhkan
pada 1 Mac 1933 dibawah Malay Regiment Ordinance.Kompeni
Percubaan Pertama dengan 23(ada yang kata 25 ) orang
anggota,dibawah Mejar G.Mc Bruce telah diadakan sebagai perintis kepada satu
pasukan pertahanan tempatan yang pertama.Ia menjadi satu kebanggaan anak negeri
kerana dasar British yang membawa masuk British
Indian Army dan British Army sebagai
pembantunya menguasai negeri-negeri Melayu,telah dapat dicairkan dengan penubuhan Rejimen Askar Melayu itu.
Walaupun susah
untuk berkembang kerana sekatan kewangan British,bagaimanapun Rejimen Askar
Melayu kemudian sedikit demi sedikit telah diperkukuhkan sehingga menjadi 2
Batalion sebelum Perang Dunia Kedua.Kebolehan dan kesetiaan mereka kepada
bangsa dan Negara diuji dengan hebat sebagai penentang kemasukan Jepun di Bukit
Chandu ,Singapura dibawah Leftenan Adnan.Selepas British menguasai semula Tanah
Melayu pada tahun 1945,Rejimen Askar Melayu telah berjuang menentang Parti
Komunis Malaya bersama-sama dengan pasukan keselamatan yang lain.Bukan sedikit
mereka yang terkorban kerana menentang ancaman Kominis pada tahun 1948-1960
itu.Peristiwa Sungai Semur yang berlaku pada 25 Mac 1950,oleh 250 orang anggota pengganas Parti Kominis
Malaya keatas Rejimen Askar Melayu sehingga mengorbankan 25 orang anggota dari Kompeni D,3 Rejimen Askar
Melayu,adalah satu peristiwa sedih yang tidak dapat dilupaka.Begitu juga dengan
pengorbanan Askar Melayu dalam pertempuran
di Sungai Yu,Titi ,N.Sembilan dan beberapa tempat lain diseluruh
Negara.Rejimen Askar Melayu juga terlibat dalam gerakan Konfrantasi Indonesia keatas
Malaysia pada 1963.Peristiwa Kalabakan juga telah meragut nyawa anggota Rejimen
Askar Melayu kerana memepertahankan
tanah air.Misi pengamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga menjadi satu
sumbangan Rejimen Askar Melayu diperingkat antarabangsa,seperti Congo,Bosnia
dan banyak lagi.
Hari ini Rejimen
Askar Melayu Diraja telah menjadi satu pasukan ketenteraan Negara yang amat
berwibawa.Peranannya sebagai pasukan tempur infantri utama dalam Tentera Darat
Malaysia adalah sangat disegani.Kini ia menjadi barisan pertahanan Negara yang
hebat dengan kekuatan 25
Batalion.Harapan Raja-Raja Melayu yang merupakan satu Wasiat mereka yang
penting untuk keselamatan orang Melayu dan cucu cicitnya kini serta rakyat
Malaysia yang lain,kini menjadi satu tanggungjawab Rejimen Askar Melayu untuk mempertahankan Negara tercinta ini.
Wasiat Raja-Raja Melayu yang Keempat:`Kami kekalkan dan kami jamin
Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini’.
Analisis:
Apa yang
diwasiatkan oleh Raja-Raja semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
ialah jaminannya untuk mengekalkan Raja-Raja
Melayu sebagai pemerintah yang berdaulat
bagi memerintah Negara ini.Ini bermakna,Raja-Raja Melayu akan terus
terjamin kedudukannya dalam perlembagaan Negara dan negeri dalam Persekutuan
Tanah Melayu.Inilah juga peruntukan yang telah dimasukkan dalam Perlembagaan
Merdeka 1957 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.(Peruntukan
Perlembagaan akan disebut kemudian)
Institusi
Raja-Raja Melayu adalah satu institusi
yang sangat lama,yang telah tercipta
dengan berlakunya Wa’adat Rakyat dan Raja Melayu di Bukit Siguntang
Mahameru, Palembang, Sumatera. Dalam wa’adat atau kontrak sosial itu, rakyat Melayu
dibawah Demang Lebar Daun telah bersetuju menerima seorang Raja sebagai ketua
mereka selagi Raja itu bersifat adil dan menjaga kepentingan rakyat dalam
konsep `Raja adil Raja disembah dan Raja zalim Raja disanggah’.Sejak itu konsep
Raja sebagai kerajaan dan ketua orang Melayu menjadi konsep pemerentahan
seluruh kerajaan Melayu di Kepulauan Melayu. Sejak daripada kerajaan
Funan, Champa, Sri Wijaya, Majapahit, Demak, Banjarmasin, Brunei, Acheh dan
Melaka, Raja menjadi tonggak kekuatan kerajaan dengan konsep Raja Mutlak.Ini bermakna bahawa semua
keputusan pemerintahan dan kegiatan kerajaan berada didalam tangannya.Manakala
perlaksanaannya diwakilkan kepada pembesar-pembesar negeri dan daerah yang
dilantik mengikut budi bicaranya.Kesetiaan kepada Raja menjadi asas pentadbiran
dan konsep Daulat menjadi pengikat penghormatan dan kesetiaan rakyat kepada
Raja.Kelangsungan kerajaan Melayu berlaku dengan jelas mengatasi semua cabaran yang dilaluinya.
Di Semenanjung
Tanah Melayu,Kesultanan Melaka telah menjadi kerajaan dan empayer yang
tersohor,yang merupakan kelangsungan daripada kerajaan Sri
wijaya.Parameswara,Raja kerajaan Melayu di Palembang,telah membuka Melaka dan
keturunannya pula talah menjadikan Melaka empayer yang hebat sebagai pusat perdagangan
dunia dan perkembangan Islam serantau.Sultan-sultan Melaka seperti Sultan
Mudzafar Shah,Sultan Mansur Shah,Sultan Alaudin Riayat Shah dan Sultan Mahmud
Shah telah bertanggongjawab membangunkan Melaka bersama-sama para pembesar yang
tersohor seperti Tun Perak dan Laksamana
Hang Tuah lima bersaudara.Perluasan empayer telah membolehkan semua sistem
pemerintahan,ekonomi dan kebudayaan tersebar keseluruh jajahannnya yang
meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Pantai Timur Sumatra dan kepulauan
Riau-Lingga.Konsep pemerintahan Raja Mutlak digunakan sepenuhnya.
Walaupun
Siam,Belanda,British dan Jepun menduduki Negeri-negeri Melayu,tetapi institusi
raja tetap kekal sebagai ketua pemerintah dan masyarakat tempatan.Hanya
Portugis sahaja yang telah membuang institusi raja di Melaka,yang kekal
sehingga kehari ini.Dasar mengekalkan institusi raja ini telah berterusan
sehingga Negara mencapai kemerdekaan.Malah Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah
tidak pernah hilang kedudukannya sebagai ketua negeri walaupun pentadbiran dan
pengurusan negeri dikuasai oleh British.British mengekalkan institusi raja
sebagai pemerintah negeri seperti mana mereka meneruskan kepimpinan Raja/Ratu England sebagai ketua
negaranya.Dengan itu konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan di England
diguna-pakai di Persekutuan Tanah Melayu semasa Negara membentuk Persekutuan
Tanah Melayu11948) dan mencapai kemerdekaan pada 1957 dan seterusnya penubuhan
Malaysia pada 1963 .
Satu perkara
penting yang menandakan perubahaan kuasa Raja-Raja Melayu yang termaktub dalam
Perjanjian Persekutuan 1948 ialah kewujudan konsep Raja Berperlembagaan,yang menggantikan konsep Raja Mutlak yang
selama ini terpakai dalam sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu.Didalam sistem
ini,Raja-Raja Melayu bertindak sebagai pemerintah yang bertahta diatas negeri
dan rakyatnya dan menyerahkan pengurusan negeri kepada pegawai-pegawai yang
dilantiknya.Sultan setiap negeri melantik seorang Menteri Besar,sebuah jawatan yang seragam
bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu,sebagai ketua pentadbir negeri.Dibawahnya
terletak ketua-ketua jabatan negeri.Kerjasama Negeri dan Persekutuan berlaku dalam pengetahuannya.Sistem
pengurusan negeri seperti ini memang berlaku semasa pemerintahan Raja
Mutlak,tetapi dibawah sistem yang terbaharu ini,undang-undang dan prosedur
bertulis yang terletak dibawah pentadbiran kuasa Menteri Besar diperjelaskan
dengan nyata.Dengan itu perintah Sultan adalah tertaklok kepada perundangan dan
prosedur yang ada;bagaimanapun budi bicara Sultan masih boleh berlaku dengan
nasihat Menteri Besar.
Konsep
Pilihanraya juga dimasukkan didalam Perjanjian itu,iaitu artikel 40,yang
menyebut bahawa apabila tiba masa yang sesuai,pilihanraya akan dilaksanakan
bagi membolehkan rakyat Persekutuan Tanah Melayu memilih wakil-wakil mereka
untuk menjalankan pemerintahan daerah,negeri dan Negara.Dengan peruntukan
itu,Raja-Raja Melayu telah melepaskan kuasa melantik pegawai-pegawai daerah dan
negeri serta Negara kepada rakyat itu sendiri.Dengan ini Raja-Raja Melayu telah
memberikan separuh daripada kuasanya kepada rakyat melalui pengenalan sistem
pilihanraya itu.Dengan peruntukan itu,Pilihanraya Bandaran(Municipal Election)
telah diperkenalkan melalui Local
Authorities Ordinance 1953.Sebelum itu
sebagai percubaan,pilihanraya bandaran pertama telah dijalankan di George Town
pada 1951 dan di Kuala Lumpur pada 1952.Ia kemudian dijalankan disemua ibu
negeri,yang merupakan bandar utama disetiap negeri.Dengan terciptanya pula The Election Ordinance 1954,(5))maka pilihanraya Negeri telah
diadakan pada tahun yang sama.Dalam kedua-dua peringkat pilihanraya itu,Parti
UMNO(United Malays National Organization)
dan MCA(Malayan Chinese Association)telah
memenanginya dengan cemerlang sekali.Dengan itu konsep Raja
Berperlembagaan,yang membawa maksud bahawa Raja-Raja sebagai pemerintah tidak
terlibat langsung dalam kepimpinan,pentadbiran pengurusan Negeri telah
dilaksanakan sebelum kemerdekaan 1957. Peranan Baginda semua sebagai ketua
negeri dan hanya berkuasa melantik Menteri Besar,yang telah dipilih oleh
rakyat,adalah jelas sekali.
Sebagai ketua
Negeri-Negeri Melayu ,Raja-Raja Melayu telah turut sama terlibat dalam proses
mencapai kemerdekaan Negara pada 1957.Raja-Raja Melayu sebagai satu kumpulan,seperti
yang diputuskan oleh mesyuarat Majlis
Raja-Raja Melayu,telah mengeluarkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Reid tentang
kehendak mereka dalam sebuah Negara yang merdeka.Dalam memorandum itu Baginda
semua meminta supaya kedudukan mereka sebagai Raja Berperlembagaan dikekalkan
dengan kedudukan mereka sebagai ketua negeri dan Negara dimasukkan kedalam
perlembagaan Negara dan negeri. Kedudukan mereka juga diletakkan diatas
undang-undang dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Memorendum Sultan-Sultan itu
telah terima oleh Suruhanjaya Reid dengan mengekalkan kedudukan, bidang kuasa, keistemewaan dan kedaulatan mereka tanpa ada kekurangan seperti Perjanjian
Persekutuan 1948.Dengan itu,Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintah Negeri-Negeri
telah menandatagani Perjanjian Persekutuan 1957 dengan gilang gemilangnya pada 27
Jun 1957 di Kings House(Carcosa Seri Negara),K.Lumpur.Rasa sayang Baginda semua
kepada semua hal tentang Persekutuan Tanah Melayu telah dibuatnya sebagai 7 Wasiat Raja-Raja
Melayu pada 5 Ogos 1957,beberapa hari sebelum Kemerdekaan diistiharkan.Pengistiharan
kemerdekaan di Stadium Merdeka oleh Tengku Abdul Rahman telah disaksikan oleh Baginda semua diatas pentas yang indah permai.
Sebagai ketua
dan pemerintah rakyat,Baginda semua menyaksikan kegembiraan rakyat mendapat
kemerdekaan bukan sahaja daripada British tetapi yang sebenar-benarnya juga
adalah daripada Raja-Raja Melayu itu sendiri.Raja-Raja Melayu secara
berperlembagaan telah melepaskan kuasanya untuk memilih pegawai-pegawai ataupun
pemimpin-pemimpin yang diberikan kepada rakyat melalui Pilihanraya
Bandaran(1951),Negeri (1954)dan Majlis
Mesyuarat Persekutuan( 1955).Dengan pilihanraya-pilihanraya ini,rakyat berkuasa
membuat keputusan sendiri dalam memilih pemimpin mereka,iaitu wakil rakyat
untuk menguruskan pentadbiran negeri dan Negara.Raja-Raja tidak lagi bersifat
Raja Mutlak yang boleh memaksa rakyat dengan arahan dan perintahnya tanpa
berlandaskan undang-undang dan prosedur.Pemodanan dalam sistem pentadbiran
Negara ini telah mengurangkan kuasa raja yang sepenuhnya dan memberi ruang
untuk rakyat bersuara.Suara rakyat kini
menjadi teras pentadbiran dan pengurusan Negara.Kemerdekaan suara dan
kemerdekaan bertindak rakyat dalam membuat keputusan ini adalah kemerdekaan
rakyat dalam kemerdekaan Negara pada 1957 itu.
Dengan
itu,walaupun Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 itu adalah sebuah nama
baru menggantikan nama Persekutuan Tanah Melayu 1957,kedudukan,bidang
kuasa,keistemewaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negara dan
Negeri diteruskan dan dikekalkan dalam perlembagaan Negara dan Negeri.Dalam
Perlembagan Persekutuan Malaysia,banyak sekali
Perkara-perkara yang menunjukkan kedudukan,bidang kuasa dan keistemewaan
Raja-Raja Melayu diperingkat Persekutuan .Antaranya:
1)Bahagian 4 Persekutuan,Bab1 Kepala Utama Negara,32.Kepala
Utama Negara bagi Persekutuan,dan Permaisurinya.
(1)Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi
Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong,yang mengambil keutamaan mengatasi
segala orang dalam Persekutuan dan tidak boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua
perbicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang
ditubuhkan dibawah Bahagian 15(Perlembagaan Persekutuan(hingga 15 Mei
2008,ms19.)
2)Bahagian 4,Bab2 Majlis Raja-Raja, 38 Majlis
Raja-Raja.(1)Maka hendaklah ada suatu Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan mengikut
Jadual Kelima(Ibid,ms 22)
3)Bahagian 4,Bab 3 Pemerintah,39. Kuasa pemerintah
Persekutuan:
`Kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak
pada Yang di-Pertuan Agong ndan tertakluk kepada peruntukan mana-mana
undang-undang Persekutuan dan peruntukan Jadual KLedua,kuasa itu boleh
dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah
Menteri,tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas
pemerintah kepada orang-orang lain.
4)40(1),`Yang
diPertuan Agong hendaklah bertindak mengikut Nasihat.
5)41,Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
6)42(1)_Kuasa Bagi Mengampun,dsb.
7)43,Jemaah Menteri(1),43A.Timbalan-Timbalan Menteri.
8)Bahagian 5 Negeri-Negeri,Artikel 70(1)(2)Keutamaan
Raja dan Yang diPertua Negeri.
9)71. Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan
Negeri.
10)Bahagian 9 Penghakiman,Artikel 122AB,Perlantikan
Pesuruhjaya kehakiman.
11)122b.Perlantikan hakim-hakim Mahkamah
Persekutuan,Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Tinggi.
12)Bahagian 10 Perkhidmatan Awam,Artikel 137.Majlis
Angkatan Tentera(1)
13)145.Peguam Negara.
14)Bahagian 11 Kuasa-kuasa khas Menentang
Perbuatan Subersif,Kekarasan Yang Dirancang
Dan
Perbuatan-Perbuatan dan Jenayah-jenayah Yang Memudaratkan Awam dan Kuasa-Kuasa Darurat,Artikel 150.Peristiharan
Darurat(1)(2)(2A)(2B)
15)Bahagian 12 Am Dan Pelbagai.153. Perbezaban
quota mengenai perkhidmatan awam,permit dsb.,untuk orang
Melayu(1)(2)(3)(4)(5)(6)(8A)(10),.
16)160(2),`Melayu’(a,b),`Raja’(a,b).
16)Bahagian
14 Perkecualian Bagi Kedaulatan Raja-Raja,DSB.
181.Perkecualian Bagi kedaulatan Raja-Raja,dsb.
17)Bahagian
15 Prosiding Terhadap Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja,.
18)182(1)(2)(3)(4)(5)(6)(7).
19)183.Tiada Tindakan boleh dimulakan terhadap
Yang Di Pertuan Agong atau Raja-Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara
sendiri.(6)
Kesemua artikel
Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini memperlihatkan bahawa Wasiat Raja-Raja
Melayu tentang Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah yang dijamin kedudukannnya
telah dimasukkan dalam Perlembagaan Merdeka 1957 dan diteruskan dalam
Perlembagaan Malaysia 1963.Kesediaan Raja-Raja Melayu berkongsi kuasa dengan
rakyat itu telah menyelamatkan institusi raja itu daripada terhakis dalam
pentadbiran Negara yang merdeka.Dibandingkan dengan Republik Indonesia yang
membuang institusi raja dalam Revolusi 1945 itu,Raja-Raja Malaysia adalah lebih
bijaksana bekerjasama dengan rakyat untuk melangsungkan kedudukan dan
kedaulatannya.Apabila telah termaktub dalam perlembagaan Negara dan
negeri,kedudukannya adalah sah dan bukan semata-mata sebagai simbol atau
retorik masyarakat tradisional sahaja.Ia telah menjadi satu legitimasi
pemerintahan dan pentadbiran Negara Malaysia hari ini.
Wasiat Raja-Raja Melayu yang Kelima ialah:Kami
istiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
Analisis:
Wasiat ini
sangat penting kerana ia adalah satu amanah untuk menjaga agama Islam sebagai
agama Persekutuan untuk selama-lamanya.Ini kerana agama Islam adalah agama
kepercayaan dan cara hidup orang Melayu
yang telah beratus-ratus tahun diamalkan oleh kerajaan-kerajaan Melayu sebelum kedatangan pengaruh barat kerantau ini.Dengan itu ia telah menjadi
sebati dengan system pentadbiran dan pemerintahan kerajaan dan kehidupan masyarakat
tempatan.
Islam telah mula
tersebar dengan kemunculan kerajaan Melayu di Kedah,Terengganu dan
Melaka.Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengembangan agama Islam kerana
agama itu didokong oleh Raja-Raja Melaka dan para pembesarnya dengan penoh
kesungguhan.Sultan Mansor Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah dan Tun Perak
adalah diantara tokoh yang dikenali sebagai pendokong syiar Islam yang unggul.Hukum Kanun Melaka juga menggunakan
undang-undang Islam sebagai cara hidup mayarakat Melaka pada masa itu.Apabila
Melaka bertaraf sebuah empayer,agama Islam turut berkembang melalui
penaklukan,perkahwinan diraja dan juga persahabatan yang terjalin serta
hubungan dagangan yang berlaku.Agama Islam akhirnya menjadi agama rasmi negeri
dan pegangan rakyat diseluruh Tanah Melayu.
Kedatangan dan
pendudukan kuasa luar di Tanah Melayu
tidak menggugat Islam sebagai sebuah sistem kepercayaan dan cara hidup
pemerintah dan masyarakat Melayu.Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 ditangan
Portugis hanya melumpuhkan Islam di Melaka sebagai agama pemerintah,tetapi di
Negeri-Negeri Melayu yang lain,yang menjadi
jajahan atau mendapat pengaruh Melaka,tidak terganggu dengan agama
Kristian dokongan Portugis.Oleh itu,agama Islam sebagai akidah masyarakat dan
pemerintah tetap kekal;semua Raja-Raja pemerintahnya menggunakan dan
mengekalkan Islam sebagai pegangannya dan cara kehidupannya.Ini dibuktikan
dengan tulisan-tulisan yang ditinggalkan dalam bentuk Hikayat,Kitab Agama dan
manuskrip Melayu yang tersimpan didalam negeri dan diluar Negara.
British yang
mempengaruhi Tanah Melayu pada 1870an sehingga awal kurun 20,tidak mengganggu
kedudukan Islam di Negeri-negeri Melayu.Malah adalah menjadi polisi British
yang meletakkan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu dibawah kuasa
Raja-Raja Melayu.Larangan juga dibuat kepada mubaligh-mubaligh Kristian supaya
tidak menyebarkan agama itu kepada orang
Melayu.Ibubapa orang Melayu juga tidak menghantar dengan sewenang-wenangnya anak-anak
mereka kesekolah Inggeris yang dikendalikan oleh mubaligh-mubaligh Kristian
kerana bimbang anak-anak mereka akan terpengaruh dengan ajaran agama
Kristian.Masyarakat Melayu juga melangsungkan sistem pendidikan Islam
dirumah,masjid,surau,pondok,madrasah dan kolej didalam dan diluar negera untuk
membekalkan pendidikan Islam kepada generasi mudanya.Oleh itu sewaktu
kemerdekaan dirancang dan akhirnya dicapai,agama Islam tetap didokong oleh
masyarakat Melayu.
Maka Wasiat
Raja-Raja Melayu itu telah dimasukkan kedalam Perlembagaan Merdeka dengan kedudukan Islam adalah agama
Persekutuan,iaitu agama yang akan dilindungi dan didaulatkan oleh Negara.Diperingkat
negeri pula,11 buah negeri dalam Malaysia telah mendaulatkan Islam sebagai
agama negeri.Dalam Bahagian
1,Negeri-Negeri,Ugama dan Undang-Undang Bagi Persekutuan,Artikel 3.Ugama Bagi
Persekutuan (1)`Ugama Islam ialah
ugama bagi Persekutuan;tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai dimana-mana bahagian Persekutuan’.(7)Bidang kuasa Raja-Raja Melayu
didalam agama Islam juga kekal sehingga kehari ini.Didalam keadaan yang
perlu,Raja-Raja Melayu bertitah mengingatkan rakyat dan pemimpinnya supaya
mendokong agama Islam sebagai agama Negara tanpa membabitkannya dengan politik
kepartian.Dalam penggunaan nama Allah sebagai Tuhan umat Islam,Sultan Selangor
misalnya memberi ketetapan bahawa Allah
adalah untuk agama Islam sahaja.Undang-undang Islam dan syariat Islam dijaga
oleh Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam disetiap negeri.Kuasa Yang
DiPertuan Agong pula mengenai agama Islam meliputi negeri-negeri yang tidak
beraja.Mahkamah Syariah pula ditubuhkan setiap negeri bagi meguruskan hal-hal berkaitan dengan
perundangan masyarakat Islam manakala Mahkamah Syariah Persekutuan sedang
diusahakan untuk menjadi penyatu dan penyeragam
perundangan dan pentadbiran Islam.
Wasiat Raja-Raja Melayu Keenam:Kami tetapkan bahasa
kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
Analisis:
Bahasa Melayu
adalah bahasa tamadun Melayu yang telah mendasari perkembangangan dan
pertumbuhannya.Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi negeri-negeri Melayu sebagai bahasa pentadbiran dan pemerintahan
negeri.Ia juga bahasa yang telah digunakan bagi memperkembangan kesusasteraan
dan penyibaran syiar Islam.Ia juga menjadi bahasa perdagangan dan lingua
franca Kepulauan Melayu.Perhubungan luar
Raja-Raja Melayu juga dijalankan dalam bahasa Melayu dengan Negara-negara
barat.Pegawai-pegawai barat mempelajari bahasa Melayu dan tulisan Jawi demi
untuk berdagang dan berurusan dengan kerajaan Melayu.Bahasa Melayu menjadi
begitu hebat semasa kerajaan-kerajaan Melayu berkembang maju di Kepulauan
Melayu dan Asia Tenggara.
Kedatangan
pengaruh luar telah memperkayakan lagi bahasa Melayu sehingga ia menjadi lebih
kompleks dan sesuai dengan kehendak masyarakatnya itu sendiri.Walaupun pengaruh
luar yang menduduki Tanah Melayu memperkenalkan bahasa masing-masing,namun
Bahasa Melayu tetap kekal sebagai bahasa pentadbiran kerajaan disamping
penggunaan bahasa asing itu juga.Bagaimanapun,kedatangan Inggeris telah memberi
kesan besar kepada bahasa Melayu,sehingga ia disaingi dan dicabar
integritinya.British berjaya melahirkan satu golongan yang mendokong bahasanya
melalui sistem pendidikan Inggeris yang diperkenalkan oleh golongan
mubaligh.Untuk menjadikan ia lebih berkesan lagi pentadbiran British telah
menjadikan ia sebagai cara untuk mendapatkan pekerjaan dalam pentadbirannya.Bahasa
Inggeris menjadi keutamaan dalam urusan perniagaan dan perdagangan mereka.Bahasa
Melayu dengan itu menjadi bahasa pentadbiran dikalangan orang Melayu dan Raja
Melayu sahaja.Ia menjadi bahasa kedua dalam pentadbiran British diperingkat
pusat dan negeri Melayu.
Hal ini
menjadikan Raja-Raja Melayu sedar dengan kedudukan Bahasa Melayu yang boleh
tenggelam dalam perubahaan semasa.Dengan itu apabila Persekutuan Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan,Raja-Raja Melayu berkewajipan untuk menjaga kedaulatan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu sebelum ini.Dengan itu
dalam Wasiat Raj-Raja Melayu 1957 itu,kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu telah dilembagakan kedalam Perlembagaan
Persekutuan 1957 dalam BAHAGIAN 12 AM
DAN PELBAGAI ,Artikel 152. Bahasa Kebangsaan(1)Bahasa kebangsaan ialah Bahasa
Melayu dan hendaklah ditulis dalam
apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.Dengan syarat bahawa-a)tiada sesiapa
pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan bagi apa-apa maksud,lain daripada maksud rasmi),atau
daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa mana-mana kaum lain dalam
Persekutuan.(8)
Dengan itu ,walaupun,Bahasa
Melayu hari ini terus ditandingi oleh Bahasa Inggeris,kedudukan Bahasa Melayu
adalah sangat istemewa iaitu bahasa kebangsaan bagi sebuah Negara yang merdeka
dan berdaulat.Bahasa Melayu juga tetap menjadi
bahasa perpaduan rakyat Malaysia dan bahasa ilmu dipusat pengajian
tinggi dan bahasa pendidikan bagi sekolah kebangsaan dan jenis
kebangsaan.Wasiat Raj-Raja Melayu itu nampaknya terus dipegang oleh generasi
hari ini.
Wasiat Raja-Raja Melayu yang Ketujuh:`Kami amanahkan
dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN
ISTEMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN(Kemudian ditambah
kedudukan istemewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Analisis:
Kedudukan
Istemewa Melayu adalah satu perkara yang
memang menjadi perhatian Raja-Raja Melayu sejak sebelum Perang Dunia
Kedua lalu.Malah perhatian kepada untung nasib orang Melayu memang sangat dekat
dihati Baginda semua kerana orang Melayu adalah rakyat Raja-Raja Melayu sejak
daripada penubuhan kerajaan Melayu pada kurun 1 Masehi lagi.Bagi Raja-Raja
Melayu di Kepulauan Melayu dan Tanah Melayu,kontrak social Raja dan Rakyat
Melayu itu telah telah dibuat di Bukit Siguntang Mahameru dan dilaksanakan di
Melaka oleh Hang Jebat;namun didokong dengan kuat oleh Hang Tuah sehingga
sistem Raja sebagai penaong rakyat itu kekal sehingga kehari ini.Hubungan Raja
dan rakyat adalah hubungan diantara pemimpin dan orang yang dipimpin seperti
mana sebuah kerajaan Melayu yang wujud memerlukan kepimpinan raja dan dokongan
rakyat.Tanpa rakyat tidak ada raja dan tanpa raja ,rakyat tidak ada kepimpinan
yang berdaulat.Inilah konsep kerajaan Melayu pada masa dahulu;oleh itu
Raja-Raja Melayu sentiasa memikirkan kepentingan rakyatnya disepanjang masa.
Misalnya dalam
menandatangani Perjanjian Malayan Union
pada akhir Disember 1945 dan awal Januari 1946,Raja-Raja Melayu telah
mempersoalkan tentang kerakyatan yang terlalu terbuka dalam kerakyatan Malayan Union.1946 itu.Dasar
kerakyatan Malayan Union itu membenarkan sesiapa sahaja yang lahir dalam Malayan Union,
atau telah tinggal 7 tahun disini atau sesiapa sahaja rakyat tanah jajahan taklok British untuk menjadi
warganegara Malayan Union.Bagi Duli Yang Maha Mulia(DYMM) Sultan abdul Aziz
Shah,Sultan Perak,dasar kerakyatan itu akan menenggelamkan jumlah rakyat Melayu
dan nasibnya pada masa hadapan.Ini kerana dengan kemunduran ekonomi,pendidikan
dan taraf hiidupnya,orang-orang Melayu akan terus terkebelakang dan tertingal
serta terpinggir dalam Malayan Union.Begitu juga dengan DYMM Sultan Ismail
Nasisudin Shah,Sultan Terengganu,mempunyai pandangan yang sama.Baginda bimbang
orang Melayu,rakyat Baginda akan terus terpinggir dalam negerinya
sendiri.Begitu juga dengan DYMM Sultan
Hishamudian Alam Shah,Sultan Selangor,yang bimbang dengan kemasukan imigran
yang ramai sehingga menjejaskan jumlah dan kedudukan serta nasib orang
Melayu.Walaupun desakan dan rayuan mereka tidak diiendahkan oleh British yang
memang menggunakan pentadbiran tentera British untuk mengambil kuasa daripada
Raja-Raja Melayu,namun,Raja-Raja Melayu tetap mempertahankan kedudukan
rakyatnya sebagai penyokong Baginda.Begitu juga dengan DYMM Sultan
Badlishah,Sultan Kedah,telah mempertahankan tahta dan rakyatnya dengan surat
bantahan,walaupun Baginda terpaksa menurunkan tandatangannya.(9)
Raja-Raja Melayu
dan Rakyat Melayu sentiasa bekerjasama untuk mempertahankan tahta dan kedudukan
orang Melayu sebagai anak negeri Tanah Melayu.Malayan Union tidak dapat
diteruskan oleh British kerana kerjasama dan perpaduan Raja-Raja Melayu dengan
rakyatnya.Walaupun Raja-Raja Melayu telah menurunkan tandatangan dalam
Perjanjian Malayan Union 1946,namun ,kerana sokongan rakyat yang padu kepada
mereka,Raja-Raja Melayu yang diketuai oleh DYMM Sultan Ibrahim,Sultan
Johor,telah menarik semula persetujuan mereka terhadap Malayan Union.Baginda
semua mendengar permohonan rakyat jelata yang berkumpul di Station
Hotel,K.Lumpur,untuk memboikot majlis perlantikan Sir Edward Gent sebagai
Gabnor Malayan Union di Kings House,K.Lumpur.Raja-Raja Melayu juga mendengar
permintaan rakyat Melayu yang diwakili oleh UMNO(United Malays National
Organization)untuk berunding semula dengan British supaya menarik semula
Malayan Union.Perundingan yang berakhir selama hampir dua tahun itu akhirnya
menyebabkan British menarik semula Malayan Union,yang diperkenalkan pada 1April
1946 itu dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Febuari 1948.(10)
Kejayaan
ini membawa banyak makna kepada sistem beraja dan institusi raja dinegara
ini.Dengan Perjanjian Persekutuan 1948 dan pengenalan Persekutuan Tanah Melayu
sebagai sebuah kerajaan persekutuan,Raja-Raja Melayu menaiki semula tahta
sebagai Raja Berperlembagaan.Rakyat pula diberi peluang untuk menjalankan
pilihanraya secara berperingkat.Dengan itu Raja dan rakyat berkongsi kuasa
tetapi Raja-Raja Melayu tetap bersemayam diatas semua rakyat;dengan itu konsep
kedaulatan Raja-Raja tetap kekal dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri.Dengan
kedudukan ini,Raja-Raja Melayu dapat menjadi ketua kepada rakyatnya berterusan
seperti sebelum itu.Perlindungan keatas rakyat juga dapat dilakukannya;dengan
itu kedudukan istemewa Melayu dapat dimasukkan kedalam Perjanjian Persekutuan
1948.Dalam Fasal 19,dikatakan Perlindungan Istemewa kepada orang Melayu adalah
terletak dibawah Pesuruhjaya Tinggi British. ‘Raja-Raja Melayu kemudian
mendesak ia diteruskan dalam Perjanjian Merdeka 1957.Dalam Perjanjian ini,kuasa
melindunginya diletakkan dibawah DYMM Yang Di Pertuan Agong diperingkat Negara
dan Raja-Raja Melayu diperingkat negeri.Majlis Raja-Raja pula menjadi badan pelindungan
yang terakhir.
Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
ia diteruskan dan disebut dengan jelas
sekali.Dalam BAHAGIAN 12 AM DAN
PELBAGAI,ARTIKEL 153.Perezapan quota mengenai perkhidmatan,permit dsb.,untuk
orang Melayu ‘,mengatakan:
(1)Adalah
menjadi tanggungjawab Yang diPertuan
Agong memelihara kedudukan istemewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri
Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan
Perkara ini.
(2)Walau apa pun yang terkandung dalam Perlembagaan
ini,tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara
ini,Yang diPertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya dibawah
Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara
sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istemewa orang Melayu dan
bumiputra mana-mana negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezaban bagi
orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu
kadar yang difikirkan patut oleh Yang diPertuan Agong mengenai jawatan dalam
perkhidmatan awam9lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai
biasiswa,bantuan dan lain-lain keistemewaan pelajaran atau latihan yang
seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberik atau diadakan oleh
Kerajaan Persekutuan dan sesuatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang
diPertuan Agong mengenai permit atau lessen bagi menjalankan apa-apa tred atau
perniagaan,dan perezapan permit dan lessen itu adalah tertakluk kepada
peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.
Dan seterusnya(3),(4),(5),(6),(7),(8)(8A),(9),(9A)(10).
Dalam Perkara 153(10) dikatakan:Perlembagaan bagi
Negeri yang berRaja boleh membuat peruntukan-peruntukan yang bersamaan(dengan
apa-apa pengubahsuaian yang perlu)dengan peruntukan-peruntukan Perkara ini.(11).
Ini bermakna bahawa satu peruntukan perlembagaan
mengenai Kedudukan Istemewa Orang Melayu telah diletakkan dalam sebuah
perjanjian dengan British oleh Raja-Raja Melayu sebelum merdeka,telah
dilangsungkan dalam Perlembagaan Merdeka dan Malaysia.Kebimbangan Raja-Raja
Melayu keatas rakyatnya dapat dimasukkan
dalam Perlembagaan yang berterusan sehingga kehari ini.Dengan pembentukan
Malaysia, keistemewaan itu diperpanjangkan kepada anak negeri Sabah dan
Sarawak.Satu perkara yang patut diingat bahawa Kedudukan Istemewa Melayu itu
tidak mengurangkan kedudukan kaum-kaum lain dalam Malaysia.Apa yang
diperuntukan kepada DYMM Yang diPertuan Agong ialah hak untuk membuat quota
tertentu bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dalam
biasiswa,permit dan lesen perdagangan
dan perniagaan,perkhidmatan awam dan
latihan serta peluang pendidikan diuniversiti,maktab dan kolej.Parlimen juga
tidak boleh membuat undang-undang
menyekat perezapan quota ini.Raja-Raja Melayu diperingkat negeri boleh
menggunakan peruntukan ini dinegeri masing-masing.Wasiat Raja-Raja Melayu yang
ketujuh itu telah dapat diamanahkan secara berperlembagaan bagi rakyat
Raja-Raja Melayu Malaysia.
Kesimpulan
7 Wasiat Raja-Raja Melayu yang ditandatangani
pada 5 Ogos 1957,adalah satu ingatan dan amanah Raja-Raja Melayu bagi rakyatnya
orang Melayu supaya menjaganya dengan baik .Semua Wasiat itu telah dimasukkan
kemudian dalam Perlembagaan Merdeka 1957 sebagai satu persetujuan oleh semua
rakyat pelbagai kaum pada masa itu.Perluasan kerakyatan kepada semua orang yang
lahir dalam Persekutuan Tanah Melayu ,yang dilaksanakan pada 1957,telah menjadi
satu tukarganti kepada kedudukan istemewa Melayu yang telah diasaskan pada
Perjanjian Persekutuan 1948.Perkara-perkara lain yang telah dimasukkan
dalam Wasiat itu adalah perkara-perkara
yang telah berlaku lama sebelum kedatangan kuasa barat keatas Tanah Melayu.Ia
adalah perkara-perkara yang telah menjadi asas tamadun bangsa dan kerajaan
Melayu,yang diasaskan oleh empayer Melaka.Kedudukanan Raja sebagai ketua pemerintah,Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan lingua franca,agama Islam sebagai agama dan
cara hidup,Askar Melayu DiRaja sebagai pasukan tentera Melayu,Tanah Simpanan
Melayu sebagai menjaga tanah miliknya dan nama Persekutuan Tanah Melayu sebagai
negaranya,adalah hal-hal tradisional bagi Negara bangsa Malaysia.Namun,system
pentadbiran dan kenegaraan yang mengamalkan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi
Berparlimen ini,telah berjaya mengadun dan menjalankan kedua-dua sistem yang
lama dan baru ini dengan baik dan berjalan licin selama 55 tahun ini.Perubahan
perspektif mungkin berlaku kerana perubahaan masa dan
persekitarannya,namun,kedudukan pemerintahan BerRaja sebagai pengimbang kepada
sistem pentadbiran dan pengurusan Negara yang diterajui oleh rakyat itu
sendiri.Wasiat ini juga ingin mengekalkan tanggungjawab orang Melayu untuk
menjaga hal-hal yang berkaitan dengan mereka dalam Negara Malaysia yang
bersifat majmuk rakyatnya.Rakyat Malaysia juga diseur oleh Raja-Raja Melayu
yang kini menjadi Raja-Raja Malaysia untuk terus bekerjasama dan berharmoni
dalam Negara yang dahulunya bernama Persekutuan Tanah Melayu tetapi kini telah
bernama Malaysia.7 Wasiat Raja-Raja itu tetap releven sehingga kehari ini
kerana telah dimetrikan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,yang
diguna-pakai sehingga kehari ini.
Nota Hujung
(1)Untuk
keterangan lanjut mengenai sistem kerajaan Melayu ini lihat Sejarah
Melayu,Fajar Bakti,K.Lumpur.)
(2)Untuk
keterangan lanjut mengenai perluasan kerakyatan ini lihat R.K.Vasil,1974.Politics In Plural
Society,K.lumpur:Oxsford Universiti Press.)
(3)PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN sehinnga 15 Mei
2008.Petaling Jaya:International Law Book Services,muka surat 1.
(4)PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEHINGGA 15
Mei,2008.Petaling Jaya:International Law Book Services,ms 56-58.
(5)Ramlah Adam,Dato’
Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan,2005.K.Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka,ms 262,272,274.
(6)PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN sehingga 15 Mei 2008.Petaling Jaya:International Law Book
Services,ms 19-29,34-41,67,84,88,90,91,99,102-104,107,110,111-114,128-129.
(7) PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN,15 Mei 2008.Petaling Jaya:International Law Book Services,ms.1-2.
(8)PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN,15 Mei 2008.Petaling
Jaya:International Law Book Services,ms 110-111.
(9) CO 537/1541,Sir MacMicheal,Negotiations with the Malay
Rulers.
(10) Untuk keterangan
lanjut lihat Ramlah Adam,2005.Dato’ Onn
Ja’afar Pengasas Kemerdekaan,K.Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka,muka surat
85-119.
(11)PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN(hingga 15 Mei 2008.Petaling Jaya:International Law Book Services,ms
111-114
The whole article is suspect. There is not a single footnote that is cited in support of the wasiat raja-raja melayu. All honest historians who are well versed in Malaysian history must come together and get to the roots of this shameful historical propoganda.
ReplyDeletePROFESSOR DI MANA DAPAT WASIAT INI.
ReplyDeleteSUMBER MANA?